IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Sunday, May 19, 2013

Melangkah Duhai Anakku

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!




Salam rejab..

Rejab datang lagi
sebagai pintu bulan ramdhan
rejab penuh kerahsiaan
bagi para kekasih Allah

Bulan Rejab bulan muhasabah
Bulan istigfar dan zikir
Bulan menajamkan rohani
Bulan pembuka segala hijab

Para kekasih Allah
akan berlakunya jazbah jiwanya
bagaikan meronta jiwanya
rindu pada yg esa tiada terkira

Bulan rejab
bulan ziarah Rasulullah saw kpd Allah
sidratul muntaha menjd saksi
Pertemuan kekasih dan KEKASIH
menghilangkan segala kerinduan

Bulan rejab adalah bulan musafir rohani
bykkan khalwah dan zikir
bykkan ziarah maqam para aulia
bykkan ziarah para Arifbillah
bykkan amal bakti mu
bykkan lapar perut mu
bykkan diam lisan mu
bykkan berjaga malam

semoga dgnnya..
rohani dapat musafir pada Allah
sehingga terbuka hijab sidratul muntaha
maka engkau akan faham rahsia pandang memandang...

Melangkah duhai anakku
kebulan ramadhan yg penuh barakah
bermula dgn langkahan bulan rejab ini


-AW-

Monday, April 22, 2013

DEMAM

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!




Rutin baru musim Pilihan Raya

Tidur sekejap lepas isyak. Keluar rumah jam 10 malam. Balik seawal jam 12 tengah malam.

Agenda: Pasang bendera dan seangkatan dengannya.
Lokasi tetap: Kubu Pertahanan; Markaz 

....

Lagak gayanya seperti seorang pemerhati politik yang selalu membuat analisis-analisis terkini dan kontrovesi , pengkritik politik kotor yang tegar, ahli parti politik yang setia dan tak kan berpaling dari perjuangan ini!


"Bapak..pandu kereta ni cepat sikit..dah nak tutup pintu asrama.."

"Sabarlah..orang nak tengok pemandangan bendera2 di sepanjang jalan ni.."

(Bukan setakat melihat pemandangan, malah memberi komen dan kritikan yang umph di setiap kampung yang dilewati)

Lagak gaya seperti YB yang mencemar duli melihat kawasan.


"Banyaknya bendera ni..mak nak jahit ka?"

"Ha la..bapak bwk balik 2 gulung kain bendera..jahit tepi untuk pasang buluh.."

"Mana bendera? berapa yang dah siap jahit? nak pasang dah ni.."

Lagak gaya seperti anak muda yang gila.


"Adeh..sakit pinggang..adeh.."

"Nape pak?"

Semalam lama sangat membongkok buat kerja.. (pasang bendera)


"Winnable tu apa iqa?"

..

Dia..banyak mencorakkan pemikiran saya..Dia..tempat saya meluahkan pendapat. Dia..ruang untuk saya mendengar sisi pandang masyarakat marhaen.. Pandangan yang lebih matang dari budak mentah spt saya. 



*Pemerhati Politik*



Ada satu kisah:

Tok Guru malu dengan Rasulullah saw.

Hari itu , penyokong PAS berusia veteran bersama yang muda segar dari PENDANG melawat TGNA di Pulau Melaka sempena lawatan tarbawi.

Gembira mereka kerana hajat untuk bertemu dengan jarak dekat tercapai. Lalu situasi agak beremosi. Sudah lama berbicara...

Semua diam ...

TGNA sambung ; "

Ambo ni dak tak berapa nak larat. Ada yang suruh saya berenti sebab faktor usia dan kesihatan " .

Tok guru berhenti..

kami yang hadir menarik nafas , kembang kembung dada . Sebak...

Argh.. Situasi menjawab. Sebak. Ya Rabb..

Seorang pak cik tua berseka air matanya mencelah ; " Tapi tok guru , Rasulullah berjuang sehingga
wafat. " Di lap air jernih panas yang mengalir.

Tok guru angkat kepala ; " Sebab itu ambo malu pada Rasulullah (untuk berenti perjuangan walhal hayat masih dikandung badan ) "...




*Fikir-fikirlah*


PRU 13 kali ini, saya layak mengundi.. 24 tahun. Umur yang matang untuk membuat keputusan. Satu keputusan yang sangat besar, yang dapat mengubah dunia dan seisinya..(over ter :D )

Ini Kalilah!



*Kuala Terengganu, Februari 2013*



Wednesday, April 3, 2013

Terima Saya Seadanya

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



Hebatnya dia..takut saya..monolog

The Expectation

"Saya nak suami saya selalu menjadi imam di rumah, menyemak bacaan Al-Quran saya...blablabla.."

"Saya nak suami saya nanti boleh tolong sama2 mengemas rumah blablabla.."

"Saya nak kehidupan yang teratur dan tak perlu lagi bersusah payah ke dapur memasak selepas mempunyai isteri nanti..."


Sepatutnya Yang Tak Patut

"Sepatutnya, awak sbg isteri kenalah..."

"Awak sebagai suami sepatutnya..."

...............

Banyak sangat sangkaan. banyak sangat jangkaan.

Macam mana nak overcome benda-benda ni? huhu

KURANGKAN SEPATUTNYA dalam hidup ini bak kata Ust Hasrizal Abd Jamil.

Pelik kan?

"Memang SEPATUTNYA adalah sesuatu yang diperlukn utk kita menetapkan matlamat, tetapi ia juga boleh menjadi racun yang memusnahkan kehidupan berumah tangga tatkala SEPATUTNYA menjadi sesuatu yang dipertahankan melebihi APA YANG PATUT.

Sukar untuk sebuah rumah tanggaberdiri dgn aman apabila terlalu banyak SEPATUTNYA yang diperjuangkan.

Kita meletakkan banyak jangkaan dan jangkaan itulah yang kemudiannya berubah menjadi kekecewaan.."

......

Terima dia seadanya.

Terima saya seadanya.

Buang segala inferiority 


#Erti Hidup Pada Memberi



*Gambar Hiasan