Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Saturday, August 11, 2012

Serikandi Berselawat

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!


Pd anakanda yg dikasihi,

Masyarkat Jahiliyah Mekah merasa hina dgn anak perempuan,membunuhnya dianggap kemuliaan.Tiada bangsa didunia ini ketika itu memuliakan wanita malah ada kajian yg buat oleh rom adakah wanita boleh dimasukkan dlm kategori manusia. Isteri menjd pusaka yg boleh diwariskan pd anak2 jika mrk mahu pdnya samada sebagai hamba atau mahu dijualnya.

Ketika masyarakat menghina wanita,Rasulullah ketika bergelar Rasul lg dgn penuh kasihsayg mendukung anak2 perempuannya kemana Baginda pergi,Baginda tak peduli cemuhan disekelilingnya,jiwanya yg suci dan penuh cinta tak akan terikut dgn budaya hidup masyarakat jahilyah yg sudah hancur jiwa sucinya.

Baginda disekelilingi dlm sejarah hidupnya amat mencintai wanita dan amat dicintai wanita. Nabi seorg yg lembut dan semua wanita berani bergurau dgn Nabi sehingga dlm disebut dlm hadis bukhari ,jika Baginda pergi kepasar,ramai wanita kalangan yg menjual menarik tgn Rasulullah saw mengeliligi pasar krn kasihnya pd Baginda saw. Namun Baginda saw adalah seorg yg amat pemalu dan sentiasa menundukkan wajahnya yg mulia apabila berada dlm majlis yg ramai.

Baginda adalah pejuang bagi kemuliaan wanita ,melarang menghina dan melakukan kezaliman pd wanita. Baginda amat lapang jiwanya bila bersama dlm majlis bersama wanita.Pernah sekali Rasulullah bersama jamaah wanita,suasana ketika itu amat bising krn mengambil peluang bicara dgn Baginda,apabila dtgnya Saidna Umar ra. semua wanita td terdiam,lalu Baginda tersenyum dan mengatakan secara bergurau pd saidina umar ra.'Ya umar,syaitan lebih takut kamu pd diriku" lalu marah saidina umar pd jamaah wanita itu krn lebih takut dirinya drpd Rasulullah saw.

Rasulullah amat mencintai anaknya bungsunya Fatimah ,apabila anaknya dtg,Baginda bangun memegang tgn fatimah dan membawa duduk bersamanya dan berbual dgn penuh kasih. Berkata Aisyah ra" sungguh indah bila melihat pertemuan anak dan ayah iaitu Rasulullah dan Fatimah ra.Nmun cintanya pd fatimah tidak diberinya dgn kemewahan,tiada dijodohkan dgn anak/ raja dan bangsawan yg ramai meminangnya,dijodohkan dgn Saidina Ali r.a. yg miskin dan serba daif.Saidina Ali sendiri pd awalnya menutup niat utk meminang Fatimah r.a walaupun amat dicintainya memandanhkan kekurangan dirinya,namun apabila disuruh oleh Saidina Abu Bakar baru berani meminang krn Saidina Abu Bakar memberitahu bahawa Baginda sentiasa menunggu pinangan dari Saidina Ali.

Begitu jg apabila anaknya Fatimah dtg meminta pembantu rumah,Baginda tiada memberi hanya menyuruh anaknya bykkan zikir..."Ya Fatimah,engkau adalah penghulu wanita disyurga,bersabarlah engkau..."

Cinta Baginda amat tinggi pd kaum wanita sehingga khutbah haji wida memberi pesanan agar muliakan wanita,...maka wajarlah anakanda semua cinta pd Baginda melebihi yg lain didunia yg fana ini dan mengajak kaum hawa mencintai Baginda bersma ssbagai membals cinta Baginda walaupun mungkin tiada boleh mengatasi cintanya yg agung..

Selamat menyambut lailatul qadar mlm yg bersamaan dgn seribu bulan kelebihannya..