Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Monday, July 16, 2012

Nabi Muhammad Afdholur Rasul

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Semoga kita mendapat limpahan keberkatan apabila mengalunkan qasidah ini..


video






Sollahhu alan Nabi..Ya Nabi
Sollahu ‘alar Rasul
Sollahu ‘alaL habibi
Nabi Muhammad afdholur Rasul

Saidina Umar,Uthman,Ali, Ya Rabbi
Abu bakar sahabat Nabi
Siti Fatimah binti Rasuli
Ya Rasulullah,junjungan kami

La illaha illallah Ya Allah
Kalimah tauhid penyejuk hati
Siapa benci kalimah Allah
Kelu lidah di waktu mati

Ya Rasulullah Ya Habibi
Tunggu kami di titian meniti
Peganglah kami duhai Nabi
Agar tiada ke neraka menanti

Islam ,iman,tauhid makrifat
Pegang teguh syariat Nabi
Islam itu membawa rahmat
Hidup bahagia mukmin sejati

Baitul makmur di langit tinggi
Tempat tawaf malaikat suci
Rajin- rajin menyuci Qalbi
Itu amalan Allah cintai *2x rangkap akhir

Sollahhu alan Nabi..Ya Nabi
Sollahu ‘alar Rasul
Sollahu ‘alaL habibi
Nabi Muhammad afdholur Rasul
 

Thursday, July 12, 2012

Perempuan Pendesak

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



"Dasar perempuan pendesak!"

"Attiq!! Zul kata kau perempuan pendesak..haha" 

Tertampar hatiku..tapi..itulah hakikatnya.


Sejak dua menjak ni, aku selalu nampak diri aku pada orang lain.

seperti ingin memantulkan bagaimana aku bermuamalat, bersosial dengan manusia lain.

memang hodoh..sangat hodoh..

malunya jika benar aku berkelakuan sebegitu..

Aku nampak dia membentak-bentak meminta sesuatu benda.


Aku nampak dia merengek memaksa sahabatnya melakukan sesuatu.


Aku nampak dia bercakap meninggikan suara apabila berbicara.


Aku nampak bagaimana respon individu yang berada disekelilingnya..




Dia itu seperti aku. Aku nampak aku melalui dia..


Hodohnya aku..
............


Puncanya satu.


Tiada kesabaran. Tak sabar langsung. Memang tak boleh bersabar.. Hai la..


Aku memang tak boleh kalau bab-bab menunggu ni..paling lemah.Failed. habis orang tu aku fire.huh


Semua sahabat faham perangai buruk aku yang satu ni..


Ada yang pernah menangis kerana sikapku ini..


.....


Suatu hari kami pergi shopping barang di Tesco.


Barang yang aku nak cari semua dah selesai. tinggal tunggu dia selesaikan barang yang ingin dibeli..Masa ni mula la bahang nya..


"Wan....cepat la.."


"Wan~~~"


Dia buat dek jah..taw dah kata aku nak cepat..dia buat tak layan ja.


"Wann........jom la..."


"Attiq..kau ni kan..cuba la sabaq sikit..Nanti mesti Allah uji kau menunggu bakal suami kau datang meminang..Apa kau nak buat? hai la.."


Tak maw la..(hatiku berbicara.hahaha.taw takut..) 


"Ye la..ye la.."












...........


Minggu lepas aku pergi ke satu program. Aku sangat terkesan dengan sikap buruk ku ini..


"Kak attiq ni kan..itu namanya kerja orang tak sabar..hish.."


Dan




Aku rasa aku perlu berubah..









Aku nak Nabi Muhammad bangga aku menjadi ummatnya..


Aku nak Nabi Muhammad tersenyum melihat indahnya akhlak ku bermasyarakat dengan yang lain..


Aku nak nabi Muhammad mengaku aku ummatnya..


Aku nak mintak syafaat Nabi Muhammad di akhirat nanti..




Aku nak semua orang selesa bekerjasama dengan ku..


Aku nak Islam menang!




.......


Kekecewaan itu akn terubat,Kelukaan itu akan pulih,
Akhirnya aku menanggung rindu lantaran sikapku,
Tidak akan ku berpaling,
Walau ia meniti hari.....


.: Datin Alwani Abu Bakar :.




Doakan yang terbaik untuk aku..


Yang bakal menempuh madrasah Ramadhan yang mulia.


Tiada aku dalam aku..

Wednesday, July 11, 2012

Emak

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



Suatu hari.

"Assalamualaikum pak..sihat ka? tengah buat apa?"

"Sihat..bila nak balik?"



4 hari kemudian.

"Assalamualaikum pak..tengah buat apa? semua ok?"


"Sihat..bila nak balik?"


....


Munawir bagi mesej dalam inbox Fb


"gtw mak mlm ni kul 9 ak tepon rmh. ok"




Aku pun terus mesej bapak dengan emak balik sekolah hari tu..




Bapak balas, Emak kat hospital Ampang.




Tersentap bila baca mesej tu.Terus telefon bapak..




"Memang dah sampai jadual mak ke hospital ke pak?"


"tak la..kimo pot mak sakit.bernanah-nanah..gi klinik Amin, dia suruh gi jumpa doktor kat Ampang.."




"Aha..dah dapat giliran belum ni?"


"Baru je sampai..ramai orang hari ni..harap-harap mak tak kena tahan kat wad.."


.....


Aku pun kalut la bagi mesej pada munawir semula yang mak tak kan sempat sampai rumah jam 9 malam tu..kena telefon no hp emak..jenuh cari internet..huhu




......


Masa dengar kuliah magrib kat surau bapak telefon semula..




"Emak kena tahan wad. Doktor nak cek lebih lanjut.tak dak sapa jaga mak malam ni.."




......


Chat dengan Munawir..dia dah telefon mak kat hospital..Flight dia ke Yaman kul 3 pagi waktu Mesir..mintak doa dari emak dengan bapak..Semoga selamat semuanya..




...........




11 Julai jam 9.05 minit pagi kakak mesej.




Emak tengah dibedah


Nanti dah keluar aku mesej lain..








Al-Fatihah!

Saturday, July 7, 2012

Ramadhan terakhir di Bainun

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!




Ramadhan terakhir ku di Bainun...(semoga Allah panjangkan umurku ke Ramadhan tahun ni)


Terawih pertama, Surau Al-Ghazali pasti akan melimpah ruah dengan ramainya guru pelatih yang menyambut malam Ramadhan dengan penuh kegembiraan.

Para imam ditempah khas untuk solat terawih yang akan dilaksanakan selama sebulan ini..


Ramadhan yang lepas, kami banyak ke Masjid Ara Kuda dengan alasan, depa solat laju sikit..haha..memandangkan praktikum fasa ke dua berjalan ketika itu..alasannya..RPH tak siap lagi..BBM tak buat lagi...hai la..


Ramadhan tahun ni..aku berazam utk penuh di Surau Al-Ghazali..menikmati detik-detik terakhir di bumi Bainun ini..huhu

InsyaAllah..




Rupa-rupanya ada banyak perkara yang perlu dilakukan untuk menghadapai bulan mulia ini..bukan nya dok saja..heh

Tips ni, jumpa kat FB ust Nik Abduh.Sangat bermanfaat

Menjelang kedatangan Ramadhan al mubarak; 

1) Terus berdoa agar kita dianugerahi kunjungan tetamu agung penuh barakah ini.

2) Rangsangkan dan bekalkan diri seawalnya dengan maklumat Ramadhan dengan membaca tafsir, sunnah al Rasul dan kalam ulama berkaitan kelebihannya. 

3) Mula berlatih sedari bulan Rajab, juga bulan Syaaban ini dengan puasa sunat agar diri lebih bersedia dengan hari-hari puasa yang panjang dan malamnya yang dipenuhi ibadah.

4) Mula memperuntukkan dan menjadualkan masa yang lumayan untuk membaca dan menghangatkan balik hafalan al Quran agar kita terus bercinta dengannya seawalnya menjelang kehadiran bulan al Quran.

5) Mula bangun lebih awal sebelum solat subuh dan nikmati saat hening munajat di hadapan tuhan yang maha pengampun.

6) Mulakan muhasabah diri dengan mengimbau kelalaian diri dan kealpaan lampau semenjak kita meninggalkan Ramadhan lepas dan rasailah kenikmatan menyambut bulan pengampunan yang bakal menjelang.

7) Mula aturkan sebaiknya jadual kehidupan keluarga dengan rangkuman istiqamah solat berjamaah di masjid.

8) Simpan sejumlah wang untuk berbakti dan mengejar kelebihan bersedekah di bulan Ramadhan al mubarak.

9) Berazam untuk beriktikaf, terutama hari-hari 10 akhir Ramadhan. Tiada amalan terbaik saat itu kecuali beriktikaf.

10) Sematkan moto utama perjuangan... 'JAUHI UMNO DI BULAN RAMADHAN'.

Selamat bertemu di anjung Ramadhan. Allahu akbar wa liLlahi al hamd




JOM!


Semoga Allah beri kekuatan


Be prepared!

......


Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.....




Monday, July 2, 2012

SAG

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi
Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI

Pernah ada seorang sahabat mengulas mengenai sajak Pak Lah ini, Aku cari mana dia Al-Ghazali.... 
"tak payah cari jauh-jauh..kat maktab ni ada sebuah..tersergam indah lagi.." hahaha.heh


Surau Al Ghazali..
Sehebat namanya....


Pak Uda selalu buat aku terfikir..Cuba kamu tengok betapa 'izzahnya Al-Gahzali kita..lokasinya sangat strategik..tanahnya pun tinggi..surau kita letak di tempat yang tinggi...



Al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih
Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya



Masa mula-mula masuk maktab dulu..Julai 2007 sampai la sekarang Julai 2012..banyak sangat perubahan yang berlaku..Subhanallah..


Daripada guna karpet hijau kuning sampai tukar ke tile putih
Daripda dinding putih tukar cat hijau oren
Daripada tabir langsir ke papan dinding tukar plak ke langsir semula..
Daripada tak boleh solat jumaat di situ sampai boleh dah solat jumaat sekarang ni..


Allah..macam-macam benda dah terjadi..macam-macam benda dah lalui..


5 tahun setengah hidup bersama surau Al Ghazali..


Masa mula-mula masuk maktab dulu..aku suka bertapa kat dalam surau ni..sorang-sorang pun tak pe. Dulu, surau ni tak berapa nak imarah..jadi kebanyakan waktunya aku akan solat berseorangan di bahagian muslimat...perubahan biah yang berlaku dari Maahad ke maktab buat aku rindu duduk di surau...


Tak lama lepas tu..aku ada geng kalau gi surau..tak janji pung..tapi mesti akan jumpa bila solat di sana..Paling susah nak mujahadah subuh kat surau..Suatu ketika, asrama di pasang grill di semua pintu masuk..Grill akan dibuka hanya pada jam 6 pagi..Turun-turun tangga..sampai depan pintu grill tu,berkunci..kecewanya...Subuh dah la masuk awal..dari kejauhan je dengan imam mengimani makmumnya...


Ada satu waktu, aku batuk dengan sangat teruk. nak katanya, macam sepanjang tahun tu..istiqamah je batuk ni berbunyi..Suatu hari kat kelas, Noh kata "teruknya batuk ko attiq..aku dah taw dah ko gi subuh kat surau bila dengar batuk ni.."


Huh..semenjak tu, tak solat subuh dah kat surau..bukan sebab batuk tu..tapi sebab ada org dah tahu sapa di balik dinding muslimat itu..huh..tapi mana boleh tahan lama sgt tak solat kat surau.........


Sekarang pun masih sama..selepas diarah untuk duduk di luar maktab..tiada peruntukan asrama untuk kami yang semakin membesar..keterikatan dengan SAG tidak terputus..Allah bagi kekuatan untk datang ke program-program yang dianjurkan oleh pihak Badan kebajikan Surau.


Tambah-tambah lagi bila hati ini rasa serabut sangat..memang tak boleh duduk sendiri di rumah..kunci kereta dicapai..SAG yang di tuju..mesti waktu tu, langit akan warna oren..suasana kat maktab yang lengang dan sunyi..bunyi azan magrib bersahutan...dan jadi sangat lega bila pijak kaki ke dalam surau. RASA itu...aura apa ntah..tapi mesti atmosfera nya akan jadi sangat sayu..huhu (ye la..hati serabut kan..)

Muazzin dan imam selalunya akan orang yang sama seperti waktu aku duduk di asrama dulu..Bila lama x menjengah ke SAG dan ke sana semula..RASA itu datang..Tambah pulak bila sohibul qasidah yang jadi imam..huwaaaa..menitik-nitik air mata membasahi telekung rasanya...


Sambung bertapa di surau sampai rasa serabut tuh dah hilang sikit...Terima Kasih ya Allah..


Benda yang akan aku rindu selepas keluar nanti..