Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Sunday, October 31, 2010

SUN DAY

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!




Demi Matahari dan sinarnya di pagi hari...

........


Ya Allah. aku nak mintak cuti ya Allah. today is my day. SUN DAY.



anda bayangkan jika Matahari mintak cuti.



Mintak ampun semua!

Tuesday, October 26, 2010

Umur kami sama.uhuk.

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


ini hari perkahwinan dia (:


ok. sepatutnya sekarang saya kena buat dua slide untuk presentation usrah. tapi..haha.berangan kejap.

Rahmah binti Suffian. Ringkas dan padat je nama dia.

Memang serikandi sejati sejak di maahad lagi.

Dalam bilik prep dulu selalu berangan kahwen nanti nak yang macam mana. nak suami macam mana. keluar maahad nanti jadi macam mana. haha. rindu.

"weh, jom kita wat walimah ramai-ramai nak tak."

"aku cabar kau kahwen pakai telekung". berdekah kah kah kah

.....

Dulu ada program abi wa ummi kat maahad. atau lebih dikenali sebagai mento menti.

Kami ada 6 beradik. 4 perempuan 2 lelaki. semua satu kelas. Ummi kami ialah Pn Pazilah. Cikgu akaun yang paling best. kami jadi adik beradik selama dua tahun. form 4 & 5.

Halim, Ajis, Rahmah, Maryam, Jiji & Attiq.

Sekarang, umur kami semua adalah 21 tahun. 3 daripada kami sudah berkahwen. rare tak? haha.

Jodoh sudah Allah tentukan. Halim kahwen dengan jiji ^_^



Tak dapat gi masa depa nikah -_-''


Depa dah ada baby sekarang. Alesya binti Abdul Halim. comel. Subhanallah.



ini dia budak tomei.hihi.


Depa ni dok mengaji lagi kat UIA tu haa.

Dan umur kami adalah 21 tahun sekarang.

....


Ok. berbalik kepada rahmah;

She deserve what she get now.

Dia sangat menjaga ikhtilat dan muamalat ketika berinteraksi. masa di maahad dulu semua orang gerun dengan dia. Tegas. Tak boleh nak buat main-main. Budak putera pun cuak. haha.

Sinar dia memang sudah dilatih sejak dulu lagi. Habis Maahad, dia ke Darul quran, Habes tu dapat tawaran UIA tapi tak daftar pun. Dia pilih mengaji pondok di Kelantan..


Tup tup. aleh aleh. dapat tahu dia dah nak kahwen. AllahuAkbar. Singa Maahad dah jumpa jodohnya (:

mesti hebat macam dia. punya kepimpinan yang mantap.

Dan yang paling mengujakan ialah dia telah memakai niqab. Bukan untuk hari perkahwinan sahaja. tetapi memang itu attire yang dia pilih. Subhanallah. sahabat..



Majlis ini pun tak dapat p -_-''


Pn Rahmah & En Ali
Barakallahulakuma (:


Aku cabar kau kahwen pakai telekung...

Niqab menjadi pilihanmu Rahmah. Subhanallah. spechless. Gembira sangat. sahabatku..

Selepas ini mereka akan fly ke Yaman untuk sambung study di sana. 

..........

Diingatkan sekali lagi. umur kami adalah 21 tahun sekarang.

Sekarang, saya sedang menunggu 2 orang lagi adik beradik kami iaitu ajis serta pasangannya dan maryam serta pasangannya untuk menghantar kad :)

Pokok sudah mula bergoyang.hihi.



ini Ajis. menagaji kat USIM




ini maryam. mengaji kat UIA
Maryam Jamilah :)


Sekarang semua orang sudah memilih jalan masing-masing. 

Masing-masing ada matlamat tertentu yang ingin dicapai.

Ila Maradhatillah sahabat. Ayuh!



Sunday, October 24, 2010

Fikir dan Risau

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



PM kita (: 



Bangga tidak tengok pemimpin kita sangat bersemangat (seperti gambar diatas). Bangga tidak kita punya pemimpin yang berjiwa besar? Bangga atau tidak? 

Ustad Nasrudin Hasan Tantawi kata  "Pejuang Islam ialah pendakwah yg mendidik jiwa ummah & membimbing arah tujunya. Bukan penghukum & bukan juga pendendam. Jiwanya besar."

....

Minggu ini berlalu dengan topik dan isu yang sangat menarik hingga merobek hati. Perhimpunan Agung UMNO berlangsung seperti yang biasa dilakukan setiap tahun. Dengan propaganda dan janji-janji baru. Cerita lama juga masih ada yang diungkit. [tidak mengapa kalau cerita pasal UMNO, sebab saya bakal penjawat awam.Lainlah kalau saya cerita pasal pembangkang.heh?]

ISLAM merupakan isu utama yang sering diperkatakan samaada di atas pentas, di depan televisyen apatah lagi di warung-warung kopi. TRANSFORMASI.TAJDID.PERUBAHAN.HADHARI? Semua orang ingin bercakap tentang agama ini. Semua orang ingin tunjuk hebat dengan bercakap tentang agama. tanpa tahu apa benda sebenarnya yang mereka dongengkan. Isu Agama bukan boleh dibuat main-main. Ini memberi kesan kepada aqidah seseorang. Terpesong aqidah apa natijahnya? Apa yang nak dijawab didepan Allah kelak. Ouh pemimpinku..


  • Zahid Hamidi: Ada Abu Lahab dalam Umno...
  • IFF: Ulama muda 'pertahan' Rosmah, selar pembangkang.
  • Shafie Apdal: Guna masjid daftar pengundi Umno. 
  • Elakkan 'sindrom bisu' dalam isu agama - wakil Perak.
  • Wakil Puteri: PAS tiru wasatiah Umno. 
  • Umno disaran tubuh majlis ulama. 


Perkara di atas merupakan beberapa pilihan tajuk-tajuk utama berita hangat sepanjang minggu ini. PERHATIKAN. Apa persamaan yang anda dapat lihat daripada tulisan merah di atas. PERHATIKAN. Dapat? YE. Islam isu utama. AGAMA ISLAM. AGAMA RASMI negara ini.

ini perkara sensetif! sakit hati apabila ISLAM cuba diperkotak katikkan. Politik Fitnah semakin hebat berpencak di gelanggang sana. ouh pemimpinku.

....

Bercanda bersama sahabat ketika duduk tiada kerja. (Jangan tiru aksi ini)

"Weh. nanti dah ada anak. kau nak namakan anak kau apa"
Oh! anak petama Najib. Anak kedua Rosmah. Anak ketiga Awang Adek.

kah.kah.kah. bergema bilik.

"Ey. Anak pertama kena letak Rosmah. Ros ni suka jadi yang PERTAMA."

HAK.HAK.HAK.

"Apa la nama anak kau. bagi la nama yang islamik yang kearaban sikit..contohnya macam Fathul Bahri ke.."


Kurang ajar tak mereka? huh.

.........

Ini cerita buat iktibar kita semua. ini cerita buat pengajaran bagi yang mahu amik hikmah di sebaliknya. Ini cerita hanya "dongeng" semata-mata. hahaha.

kata-kata terakhir ini saya petik dari kata-kata Ustad Nasrudin Hasan Tantawi:

"Negara perlukan mujaddid yg berjuang membenteras kemungkaran, menegakkan syariah , menyatukan ummah lalu mentadbirnya dengan petunjuk Allah . Rakyat Perlukan pemimpin yg bertaqwa, adil, mesra, amanah dan merasai derita...mereka lalu beri hak mereka & hargai mereka sebagai aset emas negara. Pemimpin perlukan rakyat yg baik , dengar & taat dlm perkara makruf serta tegur & nasihat jika alpa & menyeleweng bukan mengipas & mengampu."





......

Sekian.







Sunday, October 17, 2010

Pasti Menjemputku.

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



DENGAN NAMA ALLAH AKU MATI DAN AKU HIDUP


Sekarang, aku sedang rasa takut. Sejuk kaki dan tangan. Sejak magrib tadi. Sudah 2 hari kejadian itu berlaku. Rasa itu hadir sekarang. Aku masih belum sedia. Ya Allah..

Seusai magrib tadi aku dibangkitkan lagi dari mati. Sekali lagi aku bersyukur dan takut. Sekejap lagi aku akan mati sekali lagi sekejap lagi. Aku takut mati kecil aku itu tidak diberi peluang untuk bangun sekejap kembali untuk memohon ampun dan bekerja untuk Islam dan Iman lagi. Aku takut...

seram sejuk badan. tapi apa yang harus aku lakukan..Ya Allah..

Ada orang yang matinya dalam bulan ramadan, hari Jumaat pula. Alhamdulillah. Ada orang mati dibunuh. Ada orang mati dalam ketiduran. Ada orang mati saat bersolat. Ada orang mati dalam sujud. Ada orang mati paling suci, mati syahid bermandi darah di medan mempertahankan akidah, diri, akal, kehormatan dan harta. Pilihlah kematian macammana yang kita mahu. Ah, bolehkah aku dan kamu memilih cara untuk mati walaupun kita tahu kematian itu pasti? Ah..

Aku takut nyawa diambil dalam kemurkaan Allah. 

Aku mahu bebas dari Neraka dan seksa azab kubur. Tapi...surah al-Mulk pun jarang aku lazimi sekarang ini, apakah boleh aku menyelamatkan diri? Aku bermimpi mendapat teman yang kacak dan baik di dalam kubur, tapi aku terlalu jarang mendampingi mencintai al-Quran. Ah..aku yang terlalu beretorika.

Jauhkan aku daripada menjadi munafik Ya Allah..

Selagi masih bernyawa. Selagi masih tangan mampu digerakkan. Selagi mata mampu berkedip..tingkaykan imanmu Attiqah. Fokus dan Khusyuk ketika anda solat! tsk..

Tetapkan imanku ya Allah..Matikan aku dalam khusnul khatimah Ya Allah..

Mati itu pasti, cuma caranya berbeza dan tiada dapat kita pastikan lagi. Alangkah indahnya sebuah kehidupan ini jika bermatlamatkan akhirnya mahu berhari raya setiap hari bersama Allah dan Rasul-Nya didalam Syurga-Nya dalam kepuasan, redha dan cinta-Nya. 


Aku takut...doakan aku...


Bau Rindu.

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



Kredit untuk cik xoxo (:


Saya suka bau Al-Quran saya.heh?
Sebelum baca mesti saya cium dan bau Quran tersebut.
Penanda Quran saya ada tiga warna. Saya tocangkan mereka ^__^'

Ok.Weirdo.

My Quran is My Bestest Friend ever!

"Ya Allah, sesungguhnya aku ini hambaMu dan anak kepada hambaMu, urusanku berada pada tanganMu, hukum-Mu terlaksana pada diriku, ketentuan-Mu adil padaku, aku meminta daripada-Mu dengan setiap nama-Mu yang Engkau namakan diri-Mu dengannya atau yang Engkau turunkannnya dalam kitab-Mu atau yang Engkau ajarkannya kepada sesiapa daripada kalangan makhluk-Mu atau yang Engkau peliharanya dalam ilmu ghaib di sisi-Mu agar Engkau jadikan Al-Quran PENGUBAT HATIKU, CAHAYA DADAKU, PENGHILANG KESEDIHANKU dan RASA GUNDAHKU."

Memang jadi penawar bila saya tidak ketahuan, gelong, gundah gulana dan gembira.

Monday, October 11, 2010

JOM KITA HEBOH!

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



anda tak kenal ? tak remaja la der..



Majlis Sama' Ahadis Kutub Sittah sempena pembukaan MAAHAD DARUL HADIS 
مجلس سماع احاديث الكتب الستة


8 Oktober 2010 (Jumaat)2.00 ptg : Ketibaan Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Husaini Al-Kattani di KLIA
8.45 mlm : Ketibaan Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Husaini Al-Kattani di Alor Setar Airport

9 Oktober 2010 (Sabtu)10.00 pg : Ramah mesra Ahbab Al-Kattani & Lembaga Tadbir Darul Hadis
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 1 di Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darul Aman.

10 Oktober 2010 (Ahad)8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 2 di Masjid Bakar Arang, Sungai Petani.

11 Oktober 2010 (Isnin)9.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 3 di Dewan Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 4 di MPI Kodiang (Pondok Syeikh Badarudin).

12 Oktober 2010 (Selasa)2.30 ptg : Muhadhoroh di Yayasan Khairiah, Kupang, Baling.Ziarah Maqam Al-Marhum Ustaz Suhaimi Hj. Ahmad (Pengasas Darul Hadis)
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 5 di Masjid Jamiul Makmur, Kulim.

13 Oktober 2010 (Rabu)10.00 pg : Muhadhoroh di Maahad Tarbiah Islamiah, Derang.
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 6 di Maahad Imam Nawawi, Tmn. Jali, Kangar, Perlis.

14 Oktober 2010 (Khamis)10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 7 di Masjid Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.Ziarah Maqam Us. Fadhil Mohd Nor (Pengasas Darul Ulum)4.00 ptg : Pengijazahan Aurad Al-Kattani di Masjid Sg. Daun Tengah, Smpg 3 Sg. Limau.
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 8 di Kompleks Al-Bukhari, Alor Malai.

15 Oktober 2010 (Jumaat)8.30 pg : Kuliah Hadis PAKSI di Dewan Sri Mentaloon (Kediaman MB Kedah)& Pelancaran Pengajian Maahad DARUL HADIS Bersama :- Allamah Imam Al-Muhaddis Sayyid Muhamad Ibrahim Al-Kattani &- 
Syeikh Nuruddin Marbu Banjar Al-Makki
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 9 di Masjid Bertam, Kepala Batas, P.Pinang.

16 Oktober 2010 (Sabtu)10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 10 di Institut Perguruan Tuanku Bainun, B.Mertajam.4.30 ptg : Majlis Sama' Ahadis 11 di Pusat Islam USM.
8.00 mlm : Ceramah di Pusat Islam USM P.PinangTajuk : Manhaj Aqidah Ahlus sunnah wal Jamaah & Soal Jawab

17 Oktober 2010 (Ahad)10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 12 di Kompleks Tabung Haji P.Pinang (PAKSI).4.30 ptg : Wida' di Airport Bayan Lepas, P.Pinang



JANGAN LEPASKAN PELUANG!

Wednesday, October 6, 2010

Dia tanya kenapa kita gelisah. Hakikatnya dia yang sedang gelisah.

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



Aku ingin terus tersenyum
Biar gundah itu tiada
Biar lara itu hilang
Yang ada hanya gembira
Dan juga makhluk yang bernama bahagia