IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Saturday, October 15, 2011

"ku mahu menjauhi kecintaan pada bayangan..."

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



Inilah masanya..inilah ujian yang paling aku takuti sekali..dah mula terasa.Allah...






Beri aku kekuatan Ya Allah..

Maaf kawan..Rawatan hati sedang mula dijalankan..


Ku Bicara Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar
Kerana dalam diri ada cinta
Namun ianya telah dinodai
 
Dengan bayangan cinta palsu
Sehingga cinta sejati pudar dan suram

Oh betapa insan dalam kepalsuan
Mengejar cinta permainan bayang-bayang
Cinta yang takkan kesampaian
Penuh penderitaan kesedihan dan gelora



Bangunkan cinta sejati dalam dirimu
Pada Tuhan yang menciptamu dengan kalimah cinta
Engkau akan hidup dengan cinta kebenaran
 
Bukan lagi bayang yang tak terpegang

Engkau akan merasai kenikmatan
 
Kerana hidupmu tiada lagi lelah mengejar bayang
Cinta yang sejati membawa cahaya
Menyinar cinta kebenaran
Menghancurkan bayang cinta kebatilan

Engkau akan menemui Dia dan Dia
Hanya Dia yang menyeru kepada kalimah cinta yang hakiki dan abadi
Engkau akan bahagia dan amat bahagia
 
Sehingga engkau tiada peduli lagi
 
Pada siapa di sekelilingmu dan apa yang berlaku

Hanya memandang Wajah-Nya dimana engkau memandang..


Allah..tolong attiqah ya Allah

Thursday, October 13, 2011

Bila kau tidak buat apa yang kau cakap

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Minggu ini minggu cinta. Penuh dengan warna-warni cinta dari sang pencinta. Bila kau rasa betapa manisnya cinta yang sebenar. Cinta yang hakiki. Cinta mutlak. Cinta hanya untuk Allah dan Rasulillah. Allah..


Kau ingat aku pernah cerita tentang sufi..Perjalanan salik menuju Allah..


Cinta dalam dirinya menyala. Inilah bisikan yang ditunggunya selama ini.
Bersuara disebalik Muhammad  صلى الله عليه وآله وسلم:

"Kembalilah wahai hambaku ke dalam dakapanKu!
Engkau yang Ku ciptakan dari tanganKu yang Rahman, suci dan penuh keindahan.
Namun ke mana engkau berpaling selama ini?
Sehingga keindahanmu menjadi luntur..."

Cinta dalam dirinya kembali bergolak.
Pada Kekasih yang sejati.
Segala ikrar diingat kembali.
Malunya tiada terkira sehingga terpaku segala anggota!

Cinta dalam diri kembali mekar.
Indah dan nikmat tiada terkata.
Keindahan dunia menjadi hilang.
Yang ada hanyalah...
Keindahan sifat JamalNya!


(Walid)
....

Hari ini saya sangat-sangat-sangat kecewa dengan diri saya.tsk.

"Imbangi emosi dengan imanmu. Bergantunglah hanya kepada Allah. Selain Allah adalah mengecewakan"



Tsk.tsk.


Kau banyak cakap. Tapi satu pun kau tak mampu buat. Redha. Tawakal. Kebergantungan.urgh. Cakap ikut mulut jah? *ini semua attiqah punya perangai.tsk.

Jangan jadi MUNAfIK!


..........





Cinta



Dia masuk dengan langkah yang sangat bermakna. Penuh dengan mahabbah. Auranya sahaja sudah membuahkan senyum sebugar jambangan bunga. Senyum secerah mentari. hihi ^____________^


"Muslimat ni kurang agama dan akal. Suka main dengan emosi. Itu sebab jin suka rasuk.
Imbangi emosi dengan imanmu ya binti habibati..

Stress itu datangnya dari benda yang kau tidak redha dari Allah. Bertaubatlah engkau.."

 JUJUR, IKHLAS DAN PENUH CINTA




Muhammad itu sebuah cinta


Sunday, October 2, 2011

Pesan Guruku lagi..

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!
 
Anakku telah bertanya kenapakah ia berzikir agak sukar utk meresap dlm jiwa,sentiasa khayal entah kemana. Wahai anakku, Diri manusia bagaikan komputer yg adanya sistem yg telah diprogramkan dan ada yg baru diprogramkan,ia jg mempunyai virus yg dpt membawa kerosakkan kpd sistem komputer.Apabila insan dilahirkan, Allah tlah siapkan program sistem pd tubuh dengan begitu lengkap serta ada sistem back up sekali spt pergerakan tangan,mata,telinga,mulut,darah,jantung dll .Ia bergerak secara sendiri pabila kita mahu melakukan sesuatu spt tangan akan bergerak dgn bentuknya apabila mahu mkn,memegang pen atau lainnya,begitu jg mata akan terkedip cepat jika ada sesuatu yg hampir dgn mata.


Satu lg program yg diisi oleh ibubapa,sahabat,persekitaran,bacaan atau lainya samada yg baik atau buruk sehingga ia menjadi satu sistem dlm diri mrk,program tersebut akn membawa kesan pd kehidupan.justeru itu perlu berhati2 dlm bentuk pendidikan, suasana,sahabat, bacaan, hiburan krn ianya boleh mewujudkan program dlm diri samada baik atau buruk.Maka utk merombak program yg tiada baik serta menyuci virus dlm jiwa manusia,Islam telah menyusun sistem ibadah n cara hidup yg amat hebat. Solat adlah proses menyuci virus dan install program dlm jiwa manusia yg hebat dgn al Quran,tasbih,tahmid,istigfar,doa,zikir,tafakur,selawat,berdiri,ruku', sujud dan duduk.semua mengandungi maksud yang tertentu dalam membina insan yg mulia.Sesiap yg benar menjaga solat dan mencapai hakikatnya,ia akan mencapai kemuliaan didunia dan akhirat.


Al fatehah 17 x dibaca dlm solat adlah utk diinstall program dlm diri agar kehidupan kita benar berada pada sistem ayat tersebut. Ayat pertama segala puji bagi Allah,maka kesannya melahirkan dirimu adlah hina,faqir,jahil,zalim dll. apabila org memujimu, maka secara automatiknya sistem dlm dirmu akan menolak dan dikembalikan pd Allah. ayat 2 Allah menytakan sifat arrahman arhim, maka dgn sendirinya apabila berlaku apa jua dlm kehidupan,maka ia memndang ada hikmah krn sistem dlm dirinya menyakini sglanya adalah kasihsyang Allah. ayat 3 membawa jiwa insan berhati2 dgn perjlnan dunia krn dlm jiwanya ada sistem yg gerun dgn hati akhirat.ayat 4 membwa insan hanya mahu hidup atas ibadah dan kpd Allah tempat mrk bergantung krn sistem dlm dirinya berpegang dp matlamat hidup yg jelas dan melihat sgala yg lain dari Allah adalah lemah serta binasa. ayat 5,6 membawa insan kpd sistem hanya percaya dan mahu mengikuti jln para kekasih Allah dan menjauhi kehidupan golongan sesat yg dimurkai Allah. Begitu jg ayat serta rukun dlm solat,semuanya adlah membina program dan menyuci virus, maka kewajiban kita dlm menyuci virus dan insatll sistem dlm diri dilakukan dgn penuh penumpuan utk hasilkan kejyaan. jika mrk solat tetapi sifat solat tiada hidup dlm sistem diri mrk, bermakna solat itu tiada menjdi program dlm diri mrk,solatnya hanya pd bacaan dan amalan pd zahir shj.para ulama sufi memulakn penyucian virus dan install kembali sistem dlm diri manusia dgn istigfar,selawat dan perbykkan zikir


perbykkan zikir nafi isbat atau Allah samada pd lisan atau hati dgn sebyknya sehingga mencapai puluhan ribuan sehari. zikir Allah adlah amat baik menyucikan virus dan menanamkan tauhid.teruskan berzikir walau lalai sekalipun krn utk rombak program dan virus yg tiada baik yg sudah puluhan tahun dlm diri kita bkn dpt dilakukan dgn beberapa bulan,ketekunan dan kesabaran adalah pembuka pd kejyaan.Solat adalah program pembinaan insan yg hakiki dan mempunyai kekuatan dlm penyucian virus dan install program yg benar serta merombak sistem yg salah.mrk yg menjaga solat dgn sbenar, maka mrk akn memiliki program yg benar dan boleh menyuci drpd virus yg boleh merosakkan sistem mrk.Begitu jg dgn khalwah,suluk para ulama sufi, ia adalh proses penyucian virus dan install kembali sistem tauhid dan matlamat hidup yg jelas pd diri insan.


Memiliki makrifat dan bersifat suci adalah program asal insan, ia dirosakan apabila krn virus dunia begitu tebal sehingga sistem tersebut sudah hampir tidak berfungsi,maka perlu kpd pembaikian dan pembaikian itu dinamakan ilmu tarekah oleh ulama tasawwuf.Org tasawwuf adalah mrk yg telah memiliki program yg amat baik hasil pembakian, sdangkan para ahli tarekah atau salik adalah mrk dlm proses penyucian virus yg perlu dihantar kepd mrk yg pakar dlm membuang virus dan membaiki program yang rosak dinamakan syaikh.Para salik tiada boleh digolong ahli tasawwuf lg tetapi golongan tasawwuf adalah mrk yg telah menjalani penyucian dlm ilmu tarekah.para guru tarekah adalah mrk yg wajib sudah memilki program tasawwuf dlm jiwa mrk,jika tiada ,bagaimana mrk boleh membantu membaiki program yg rosak klu mrk sendiri penuh dgn program yg salah dan byk virus.


Maka akidah,syariat,akhlak,keilmuan dan kejayaannya dlm merawat dan mengubah program yg salah dlm jiwa para muridnya adalah syarat utama dlm mengukur kebenaran guru utk membimbing kita,bknnya kasyaf,ilham atau karamah menjadi kayu ukurnya krn ia boleh ditipu oleh syaitan.Sabar dan terus istiqmah amal dan mujahadah dgn kaedah yg betul melalui pertunjuk para guru,insyaallh akan terhasil perubahan perpindahan zikir pd jiwa,dari zikir lisan pd qalbi, kemudian pd ruh dan kemudian pd sirr. Perpindahan ini akan dpt dirasai sehingga pd peringkat perasaan tertinggi dlm merasai kebersamaan dan kefanaan dlm kebesaran Allah.Wallhualam.

Monday, September 26, 2011

Sufi Haraki

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



Kalau dalam feqah kau akan panggil mazhab



Kalau dalam tasawwuf kau akan panggil tarekat



Bersambung...


Cahaya atas cahaya

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!




Hari ini saya jumpa dia.


Semangat itu kembali.


Jadilah seperti Aisyah. Beliau cerdas. Beliau bijak. Beliau lah cinta hati nabi.



"Maka janganlah kau sakiti aku
dengan berjauhan dariku
Dekatkanlah aku denganmu
Walau hanya dalam mimpiku

Aku mati dan hidup dalam keadaan mencintaimu
Aku merasa hina di hadapanmu
Dan bersamamu aku mulia"


Sollu 'alan nabi!


Monday, September 19, 2011

Muhammad Pembawa Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



Apa pandang padi saya,
Tinggi petak dari ruang,
Apa pandang pada saya,
Budi tidak bahasa kurang.




Aku betul sangat maksudkan dengan kenyataan di atas. 

Adab saya? FAILED

Akhlak saya? FAILED


Ada seorang sahabat yang setia menjadikan saya seorang yang beradab. Terutama bila mesyuarat. hehe. Terima kasih kak :)


Belum kira lagi mulut-tak-boleh-diam saya ni. Cakap pun kuat-kuat..haih.


Saya sangat ingin tiru contoh akhlak nabi..Mutabaatin nabi SAW..Doa tu tak boleh nak lupa T.T


Baca doa tengok cermin banyak-banyak. walaupun sebenarnya tak tengok pun cermin tu.



Syed Naquib pun ada membentangkan kertas kerja mengenai Gagasan Ta'dib; Keruntuhan.


Jadikan saya seorang anak, kakak, isteri yang solehah ya Allah..Halus budi pekerti persis sang nabi.


..............

bertanam padi di tengah padang,
 padi tak tumbuh beras tak jadi,
 ada aja yang memandang, 
cuma cik adiklah sudi tak sudi


padang bukan sebarang padang,
 padang bola stadium sah alam,
pandang bukan sebarang pandang,
mata tak nampak sebab dah kelam


Buah bemban masak ranum,
 Masak di peram di dalam gula,
 kumbang lalu bunga tersenyum,
 seekor belalang tumpang ketawa :)


 Serawa dulu baru sira, 
enaknya bubur gula melaka
 ketawa dulu sampai pecah suara
 nanti belalang pun akan berpunya=)



ketawa belalang tak nampak gigi,
 gigi rongak dimakan ulat,
 janganlah Atiq sorokkan lagi,
 katakan saja apa dihasrat..


pungguk di rimba berputih mata,
 bersiang malam menanggung rindu, 
dalam hatinya sudah bercita, 
sungguhpun mahu tapi malu..

banyak orang mengetam pulut,
 saya seorang mengetam padi, 
banyak org karam di laut,
saya seorang karam di hati..
hahahaha


tumbuh mekar si pohon berangan,
 indah bunganya diintai gadis seberang,
 karam di hati dirasa jangan ,
 yakinlah Allah telah janjikan seseorang :)


kanak kanak baling botol,
btol btol btol... :)


Anak penjaja menikam pari,
 pari ditikam tombak senangin, 
Redha Allah yang hamba cari,
 bertemu nabi yang hamba impi..


tepian kali ratu berperi, 
ditemani sang pungguk di ats dahan,
 tinggi sekali impian puteri, 
moga Allah kabulkan apa yg dihajatkan :)


Aminn!!!




Mereka buat saya terhibur. terima kasih semua.


Al Fatihah untuk contoh Akhlakul Karimah Sayyiduna Muhammad SAW :)





Hati-hati dengan hati

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!




“Kadangkala, bukan suasana yang harus diganti… Tetapi rasa di dalam hati yang perlu kita perbaiki”. [Tarbawi, 6 Mei 2010]




Allah...

Berat rasa hati. Semoga aku tidak terjerumus dengan sangakaan-sangkaan yang kotor.Allah..



 "Kadang-kadang dibuka bagimu pintu taat dan tidak dibuka bagimu pintu penerimaan. Kadang-kadang ditakdirkan bagi engkau perbuatan maksiat, tetapi hal itu merupakan jalan bagimu untuk sampai kepada kebaikan. Perbuatan maksiat yang menimbulkan perasaan salah dan menyesal lebih baik daripada perbuatan taat yang menimbulkan ujub dan takbur.”.

~IBNU ATHAILLAH~







..............






Allah..

Berat rasa hati..Dengan kerja dunia yang sedia ada ni pun aku masih belum mampu untuk khusyuk ketika beribadah. Masih lagi terfikir dengan hasil dunia yang entah apa-apa ni. Ya Allah..berilah aku hati yang khusyuk ya Allah..

Hati aku...cuma satu..










Ya Rabbi…
Jika cinta adalah ketertawanan
Tawanlah aku dengan cinta kepada-Mu
Agar tak ada lagi yang menawanku
Ya Rabbi…
Jika rindu adalah rasa sakit
Yang tak menemukan muaranya
Penuhilah rasa sakitku dengan rindu pada-Mu
Dan jadikanlah kematianku
Sebagai muara pertemuan dengan-Mu
Ya Rabbi…
Hatiku hanya cukup untuk satu cinta
Jika aku tidak dapat mengisinya dengan cinta kepada-Mu
Kemanakah wajahku hendak kusembunyikan dari-Mu?





....................

Aku masih cuba memenuhi hatiku ini dengan cinta Nabi. Cinta Allah. Mujahadah perlu diteruskan..Attiqah belum cukup kuat untuk yang lain..Allah..

Berat rasa hati...








Allah menjadikan hatimu satu..
tetapi kamu telah mengisinya dengan pelbagai kecintaan..















Sunday, September 18, 2011

Pesan Guruku

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!




Maka dengarlah pesan ini jika ianya memberi manfaat...


“Wahai anakkku,jadikan takwa sebagai tapak dalam pembinaan rumahtanggamu,tanpa tapak yang kukuh,maka bangunan yang indah walau disaluti permata akan runtuh berkecai. Dengan  takwa,nafsumu diikat,fikiranmu terjaga, segala tindakan dan keputusan penuh dengan hati-hati. 


Pada suami,ingatlah,isterimu bukan milikmu mutlak,ia hanya amanah yang dititip Allah padamu,ia dicipta sebagai teman kebahgiaanmu,maka jangan engkau mudah sewenangnya melakukan apa yang kamu mahu, Tuan bg isterimu sentiasa memerhati akan tindakanmu,diakhirat ia akan bersoal jawab denganmu. 


Wanita adalah kecintaan dan penyejuk jiwa Rasulullah ketika hidup,kecintaan dan kebimbangan Baginda terhadap wanita sehingga dijadikan isi khutbah Baginda pada Haji Wida’ dlm memelihara hak wanita. Isterimu dicipta mempunyai keindahan dan kehalusan pd fizikal dan jiwa. 




Jiwa mereka penuh dgn emosi sehingga mereka layak memikul tanggungjawab sebagai ibu serta pendamping mu yang paling setia.Mereka suka melayani,cinta disayangi,mahukan perlindung,pembimbing ,penolong dan kekuatanmu. Himpunkan dua sifat dlm membimbing mereka iaitu tegas dan lembut.Jangan ketegasan mu menghilangkan kelembutan dan kasihsyg,belaskasihan dalam hatimu,jangan kelembutanmu hingga hilang ketegasamu. Kesabaran adalah buah takwa dan ia menjadi penawar bagi jiwa yang rindukan maqam cinta disisi Allah. 




Kamu jangan terlalu harapkan kesempurnaan isterimu, maka kesabaran adalah pakaian bagi lelaki yang sejati disebalik keberanian dan ketegasan. Terimalah kelemahannya dan hadapi dgn sabar,redha dan bijaksana. Setiap kesbaranmu adalah pembuka pintu tangga kewalian. Jangan kamu hebohkan permasalahankamu,nanti akan jatuh maruah isterimu sedangkan maruah bagaikan aurat yg perlu ditutup oleh para suami yg sejati dasn bertanggungjawab.
Bagi sang isteri, tetap dgn sifat cinta, lemah lembut,kepekaan anugerah Allah pdmu,hadapi suamimu dgn cinta dan kesabaran,jgn terlalu mengharapkan kesempurnaan,nanti dirimu akn kecewa,hadapi suamimu dgn lemah lembut,nanti mereka akan jatuh dan mendengar nasehatmu,jangan kemarahan engkau hadapi dgn kemarahan ,jangan engkau menjawab malah diam adalah lebih mulia dan bijaksana.Beri nasehat dan perbetulkan suamimu ketika masa yang baik.






Ego  lelaki perlu dipelihara kerana ia adalah senjata dlm memelihara maruah diri dan keluarganya. Jangan kamu rendahkan suamimu dihadapanmu apalagi diluar rumahmu, kekruangan dirinya adalah hadiah Allah utk kamu mujhadah dlm mencapai cinta Allah. Allah mencinta wanita yg sabar,lembut dan bijak, himpun tiga sifat ini nescaya suamimu akan bahagia dgn mu. Jadikan dirimu adalah pembantu bukan pembeban,kekasih bukan musuh, penasihat bkn ketua, penawar bukan racun.




Tutuplah keaiban mereka,jika terlalu melampau,maka minta nasehat mrk yg layak bukan mengadu kesana sini. Ramai wanita yg menangis apabila kehilangan suami krn rasa menyesal tiada melakukan sepenuh kebaikan pd suami ketika bersama. Rumahtangga adalah berlian utk akhiratmu,maka hargailah berlian jgn sampai kamu tiada pandai menilainya, nanti kamu menyesal apabila tiada ditanganmu. 




Semoga dirahmati dan diberkati Rumahtangga oleh Allah.




Al-Fatihah untuk Sayyidina Muhammad SAW yang membawa cinta abadi ke seluruh alam.




Al_fatihah untuk guruku ya walidi..




Al-Fatihah untuk sema muslimin & muslimat. Barakallahufikum



Tuesday, August 23, 2011

Nak Dunia Akhirat!

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



ربنا أتنا في الدنيا حسنة و في الأخرة حسنة و قنا عذا بالنار



"Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat"



Kupasan dari satu sudut worlview yang baru menganai maksud doa di atas, yang telah dibentangkan oleh Pak Uda sangat menarik minat  hati.

Doa ini dilazimi oleh setiap mulut mslim yang beriman sejak dari kecil lagi.Sistem pendidikan yang dijalankan juga telah memperkenalkan doa ini supaya murid-murid membacanya setiap kali ingin berdoa.Bahkan Nabi Muhammad SAW juga turut memberikan satu riwayat menarik mengenai doa ini:)


..........


في الدنيا حسنة


Yang dinamakan kebaikan didunia itu ada 3 iaitu dari segi Ruh, Jasad & Siir.

Roh = teman yang baik, ukhwah fillah :)

Jasad = Zaujah Solehah :))

Siir = Ma'rifatullah (mengenal Allah) 



في الأخرة حسنة


Yang dinamakan kebaiakn diakhirat pula sama dari 3 sudut tersebut cumanya;

Roh = tiada rasa dengiki, cemburu

Jasad = menikmati syurga :))

Siir = Melihat Allah di akhirat kelak. Allah..



Maka dengan ini, pastikan bila anda berdoa buat dengan penuh pengharapan & penghayatan supaya Allah terima doa kita. Istajib dua ana ya Allah..



Barakallahufikum :D