Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, December 8, 2010

Fill up your BRAIN 2

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana saya bisa menulis lagi hingga ke saat ini dan masih di berikan harta yang paling berharga iaitu iman dan islam. Syukur Ya Allah ^^

Iya..Ngapain ngomoin kayak wong indon? Ya iyalah. ini semua gara-gara bukunya Pak Habiburaman El Shirazi iki. heh.

.....

Beberapa buku lain yang saya sarankan anda baca antaranya ialah seperti di bawah:

1) Wuhuuu. Novel ini agak popular dan telah dicadangkan oleh ramai orang untuk saya membacanya. Cerita mengenai seorang anak muda, Muhammad Ayyas, warga indonesia yang sedang menghabiskan tesisnya di Moscow, Russia. Cabaran untuk sentiasa melawan hawa nafsu dan menegakkan iman di dada. Fuhh.memang mencabar kot. Moscow merupakan satu bandar yang BEBAS melakukan apa sahaja. Kebanyakan rakyatnya juga adalah atheis. Tidak mempercayai tuhan. Banyak sangat konflik. Silalah anda membacanya.




2) Sebuah lagi buku yang telah berjaya di khatamkan ialah buku hebat dari Saudara Mohd Shahrul Anuar Mahmod a.k.a Abang Nuar. Kehidupan anak-anak kecil di kawasan setinggan Kampung Berembang, Kl. Cara penulisan yang agak sinis dan penuh makna tersirat yang perlu anda paham-paham-sendiri-la. Bahasa yang indah. Tip-top! Kelakar pun ada. Ok. sepatutnya ini buku no satu yang anda perlu baca.


Subhanallah

......

Ini pula,buku yang sedang menunggu-nunggu, bila la tuan ak ni nak baca.huh.


*buku kontroversi*


Lama kot saya beli buku ni. hanya terjual di internet sahaja. Menceritakan tentang 'orang macam kita'. anda tahu apa itu? golongan songsang gay dan lesbian dan pondan dan aww dan yang sama maksud dengannya. Jangan terperanjat, semua latar cerita ini berlaku di Malaysia. Ramai tanya kenapa nak beli buku macam ni. Saja jah. nak cuba baca genre lain. Memang tak sangka ada benda macam ni di sini. Huh. 


AMARAN KERAS!
Pastikan anda mebuka helaian kitab suci Al-Quran lebih kerap daripada anda mebaca buku yang entahpape ini. Sekian.

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU.

Monday, December 6, 2010

Fill up your BRAIN

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Membaca. 

Selalu orang buat 'membaca' itu sebagai hobi.

Aku sangat teruja bila tengok apa yang dikatakan sebagai buku itu. Banyak buku, lagi jadi rambang mata. Keterujaan apabila nampak satu buku itu ibaratnya seperti nampak makanan yang sangat lazat dan kalau masih tidak dapat membelinya seperti menelan air liur-yang-nak-makan-jugak-benda-sedap-tuh. Kemecer orang jawa kata.


3 buku sudah berjaya dikhatamkan dan ingin sangat anda membacanya!


1) DOES MY HEAD LOOK BIG IN THIS? BY RANDA ABD FATEH

Awesome! Memang Lazat. Penggunaan english yang tak-berapa susah-nak-paham. Menceritakan tentang seorang Aussie-Palestin Muslim. Amal namanya. Hidup dalam dunia yang mentalitinya Islam itu terroris. Fuh. Memang mencabar. Konflik dengan kawan sekolah, cikgu, mak bapak , enviroment. Keputusan Amal untuk memakai tudung secara full timer adalah main point dalam buku ni.Satu lagi pencerahan tentang 'the outside world'. Must Read!

Randa Abd Fateh pun ada menulis buku Ten Thing I hate About Me. Superb! 
*Sumber gambar: My Hamidian Mate! Tanx Dayah


















2) TUNGGU TEDUH DULU BY FAISAL TEHRANI

Dulu FT adalah penulis kegemaran saya :p  Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang Salsabila yang meneruskan perjuangan Islam melalui perniagaan. memandangkan penulisnya orang berfikrah. Ya jadi, watak-watak di dalam novel in juga mempunyai fikrah pengetahuan islam yang jelas. Tunggu teduh dulu, mempunyai pelbagai makna tersirat yang mampu di olah oleh FT. Well Done!

Sal Kahwin di Makkah :D









3) MEMBANGUN UMMAH SUATU KENYATAAN BUKAN KHAYALAN BY PROF DR YUSOF QARDHAWI

Buku ni, memang mantop! Menukilkan perdebatan antara Prof Yusof Qardhawi dengan Prof Sayyid Yasin yang tidak bersetuju dengan pendapat Ulama' Besar Al-Azhar ini. Beliau menganggap ianya hanya mimpi-mimpi kosong yang tidak releven. Prof Qardhawi mematahkan hujah tersebut dengan menulis satu artikel lain mengenainya. Memang mantap.

* tiada gambar untuk buku ini* sekian.

.........

Buku yang sedang dituntut untuk dibaca ialah buku ini:

saya baca versi BM punya.





Manfaatkan cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti isi-ilmu-dalam-otak.

* Yang pastinya, BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU.

1432 HIJRAH

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



1 MUHARAM 1432 H


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah





Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta






Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan





Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam




Untuk Sepanjang Zaman~




Selamat Tahun Baru!




.......

Tema Maal Hijrah tahun ini ialah 1 Malaysia 1 Ummah. D-uh.Tolongla.


Dan baca Doa Akhir & Awal tahun ^^ 


Barakallahufikum.





Thursday, December 2, 2010

*Sejuta Makna*

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



Rare tak? xoxo


..

...

....

.....

......

........

.........

.......

....

...

..

Sedang berjalan-jalan. Muncul poster ini. Bermakna kan? 

It's in your hand der







Kembalikan Hak Kami!

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat!


Tolak!
Bil air naik 37 %


Sokong!
20 m*3
Air Percuma


Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor.  


SYABAS:

  1. Laporan audit terhadap Syabas menunjukkan bahawa lebih 72 % kontrak bernilai RM 600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus tanpa tender terbuka.
  2. RM 325 juta 'hilang' apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari tahun 2005 hingga 2007 dan akaun Syabas.
  3. Pada Jun 2005, SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM 375 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas. Gaji beliau adalah RM 5.1 jta setahun atau RM 425000 sebulan.
  4. Setelah kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tarif air dengan mendadak, Syabas kini berasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 Bilion.

Apakan Pelan Selangor?

  1. Berhasrat membeli balik konsesi air demi menjamn hak rakyat untuk mendapat air yang ckup pada harga yang berpatutan.
  2. 4 syarikat swasta air akan dibeli balik dan diletak dalam satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal. ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tarif air kerana tiada isu kes pemindahan.
  3. Penekanan terhadap integriti dan ketelusan- seperti yang termaktub dalam Enakmen Kebebasan Maklumat. Akan mengelakkan dari sistem yang hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat.



Pilihan di tangan anda

Pertahankan Hak Rakyat Untuk Dapat Air Bersih & Murah









Alert! Alert! Wahai Rakyat Negeri SELANGOR~




* Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
                www.airuntukrakyat.net


Tuesday, November 30, 2010

Pesanan Abul 'Ala Al-Maududi (Pemikir Islam) kepada Mahasiswa

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah.

"Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini.

Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan.

Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si 'pembunuh' sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut.

Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk.Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."



Al-MAudidi


.........
Fikir2kan wahai mahasiswa yang berada dalam golongan 4.29 juta yang belum mendaftar sebagai pengundi!

Wahai saudara semahasiswa ku! kuasa ini adalah milik kalian, jadi gunakanlah kuasa ini untuk menentukan hala tuju negara kita. kalau kalian tidak ambil tahu maka siapa lagi yang akan pedulikan nasib rakyat di tanah air ini.. para pemerintah kini terus menerus merompak harta rakyat dengan mengurangkan subsidi barang keperluan, peningkatan kos pendidikan, sedangkan masih ramai lagi rakyat yang miskin yang masih belum terbela. Adakah kalian redo dengan pembantaian ini? buka hati dan buka minda, jangan biarkan mereka-mereka ini terus memperbodohkan kalian, terus membunuh keintelektualan kalian dengan nikmat keseronokan dunia yang sementara. ayuh kita bangun dari segala kelalaian. Bangkitlah warga mahasiswaku sekalian!


* Petikan artikel sapa entah.

Monday, November 29, 2010

ASYHADU

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



Kedah Sejahtera



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIHANI


Kami peserta Kem Anak Soleh 
Mengaku bahawa kami anak-anak orang Islam
Kami mengaku kami sayang akan Islam
Kami menagku kami hamba Allah
Kami sedar bahawa solat itu tiang agama

Oleh itu kami berjanji
Kami mahu menunaikan solat 
Kami tidak akan meninggalkan solat
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Jadikanlah kami orang yang suka menunaikan solat


لا اله الا الله محمد رسول الله

!الله اكبر الله اكبر! ا لله اكبر






Serius!buat kerja Allah elok2!

Thursday, November 18, 2010

Posto! Posto!

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!




Kepala Surat


Kehadapan YAB Dato' Menteri Besar Selangor yang juga merangkap sebagai EXCO Pembangunan Tanah, Kewangan dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri. Dengan ini, saya sebagai satu daripada jutaan rakyat Negeri Selangor ingin mengemukakan beberapa cadangan dan penambahbaikan agar kepimpinan YAB dapat diteruskan dengan mantop dan diredhai Allah.

....

Sebenarnya saya tidak tahu nak tujukan surat ini kepada siapa. Antara jawatan-jawatan ini, semuanya macam berkaitan sahaja. Antara EXCO Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, YB Yaakob bin Sapari,  EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, YB Teresa Kok Suh Sim dan jawatan yang disandang YAB sendiri. Diharap, sesiapa yang terasa ambil lah ini untuk tindakan susulan.


Hal ini berbangkit adalah kerana.. (ok.mintak keizinan. Tulisan selanjutnya dibawah ini saya tulis dengan ayat tidak skema.Terima kasih)


Hal ini berbangkit adalah kerana pada hari ini 18 November 2010 bersamaan hari Khamis, hari kedua Raya Aidil Adha, kami telah pergi ke pekan Banting untuk mencari kek sempena hari lahir emak yang ke 47. Al kisahnya, bapak telefon, pesan kepada saya untuk membeli satu set KFC Bucket. KFC! Kentucky Fried Chicken! Anda tahu apa ertinya bagi saya? Dengar perkataan KFC pun saya dah fobia.

Seperti mana yang ramai tahu, KFC itu adalah sekutu kuat Amerika dan Yahudi yang menyokong serta mendokong beberapa siri peperangan yang berlaku ke atas Dunia Islam. Terutamanya di negara Palestin yang kini tiada lagi tercatat di atas peta dunia. Apakah maksudnya???


Segala ilmu dan maklumat yang saya terima, menunjukkan bahawa jika kita membeli atau menyumbang kepada mana-maa agensi yang berkaitan dengan msuh-musuh Islam, itu dikira sebagai BERSUBAHAT! Anda tahu dosa bersubahat itu dikira bagaimana? saya ingat lagi masa Form 5, ustaz cerita di akhirat nanti, anak-anak Palestin yang syahid ketika ini akan menuntut bela terhadap kita yang secara tidak langsung memberi sumbangan dalam mebunuh mereka. Ouch. Tidak takutkah anda?

Tsk. 

Dalam hati saya ketika itu, saya menjerit. KENAPA TIDAK ADA RFC DI SINI!!! ARGH!!! anda tahu apa itu RFC? ya itulah Radix Fried Chicken keluaran Syarikat HPA, syarikat Muslim yang sepatutnya kita sokong. Sedap pun sedap. Sementelah saya mengaji di Penang, kami sering ke cawangan RFC di Sg Petani. Lapang rasanya bila makan di situ. Bukan disebabkan lokasinya, tetapi rasa lega atas ketidak risauan memberi sumbangan seperti makan KFC.

Oh ya. RFC ini sebijik macam KFC. Memang dicipta sebagai gantinya. Tsk. Kenapa di Banting ini tiada?? Bukan setakat Banting. Tidak pernah ku dengar lagi ada cawanag RFC ini di Selangor. Tsk.

Dengan rasa runsin, saya bertanyakan pendapat seorang sahabat yang menjadi rakyat kepada negeri yang baru sahaja diisytiharkan MAJU iaitu Negeri Melaka. TSk..

Bukan main lagi beliau mencadangkan beberapa jenis makanan lain yang boleh dibuat ganti. 

"Beli ayam HPA, kat sini ada" -MI

Tak dak..

"haih, mesti ada"- MI

 Tak dak..Satu Banting aku dah pusing.

"piza muslim tak dak ka? Kat sini ada"- MI

Heh. Tak dak..

"hari ni kitorang nak gi makan nasi mandi"

Semestinya di Melaka. huh.

.......

Ok. sila baca bukan dengan nada cemburu. haha.


.....

Apa yang ingin sampaikan disni ialah kepentingan kita mempunyai satu hub makanan halal lg baik. HALALAN TOYIBAH. Menyokog usahawan muslim dan bumiputera.  Perut rakyat jelata juga terpelihara dengan makanan halalan toyibah. Semoga Allah memberkati kita.


Saya tidak mahu mengulas panjang tentang kepentingan hub makanan halal ini di bangunkan. Anda sendiri sudah arif tentang perkara ini.

Saya berasa amat sedih apabila mengenangkan Makanan2 yang ada di Banting, Mc Donal, Secret Recepi, KFC, Pizza Hut. serba serbi lengkap. Tsk.

Saya mohon pertimbangan daripada pihak kepimpinan supaya mengadakan satu usahasama dengan usahawan-usahawan muslim supaya membuka cawanag kedai mereka di Selangor. Saya amat memerlukan makanan zahir dan batin yang diredhai Allah. Please..

Mungkin surat ini juga boleh ditujukan kepada YB Datuk Dr. Hassan bin Mohamed Ali EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Mungkin.


Selangor Maju 2005. Melaka baru je maju 2010. heh.




Salinan Kepada ( s.k)  Blog s e n y u m ii

                                 Pejabat Menteri Besar
                                 
                                 YB Merlimau (permintaan MI)





Rakyatmu,
Siti Norattiqah Hj Azman
Kg. Kundang, Selangor Darul hsan.


Ouch. Enta-enti. Fenomena.

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!




"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara"
 (Surah al-Hujuraat: ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya"
 (Hadis Riwayat al-Bukhari)

.........



Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.




Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.



Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.



Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".




Cinta Remaja Dakwah.



Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".



Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.



Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.






Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah. ..





Salah Faham Ukhuwwah fillah

Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.



Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.



Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh. .lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.



Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.



Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.



Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.



Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".



Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.




Diperolehi daripada Majalah i edisi Bulan Februari 2008
oleh Ustaz Maszlee Malik (Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)