Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, September 28, 2010

Untuk Mereka Yang Tidak Mahu Menjadi Seperti Dinosur Yang Pupus Semasa Dunia Berubah.

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!




.ROAR.TOLONG SAYA!!


Intrinsik.Motivasi Intrinsik.Dalaman.Motivasi Dalaman.

Semuanya bermula dari dalam.Dalam mana? Dalam HATI. Keghairahan dan kesungguhan hendak buat sesuatu mesti ada satu semangat dari dalam yang kuat. Baru rasa nak dan seronok untuk buat benda itu. bagi aku.


Subuh dan Isyak kena berjemaah. Baca Al-Quran sebelum matahari terbit. Baca Al-Quran setiap kali habis solat. Selawat sekurang-kurangnya seratus kali sehari. pegang tasbih berzikir. Bangun solat malam. Mathurat pagi dan peang (Sabtu/Ahad baca Kubra). Ratib Al Haddad. Ruqyah Ayat Asas setiap kali lepas solat. Solat DUHA dan Istikharah. Puasa Isnin dan Khamis. Sedekah.Ziarah Mad'u. Asmaul Husna setiap pagi.Selawat Tafrijiyyah sebelas kali sehari. Hasbunallah wanikmal wakil 36-kali-setiap-kali-habis-solat.


Fuh.

Itu semua senarai mutabaah yang ada di dinding depan laptop. Bawah lampu kuning bilik ini. Terlekat kemas di situ. Aku gagal.

Kadang-kadang hanya dapat tanda satu benda ja. Lame kan. Sedar tapi tak buat (Setan-setan)

Aku tak nak jadi hamba yang ingkar dan kufur selepas Allah bagi macam-macam kat aku. Aku dapat keluarga yang terbaik pernah aku ada. Kawan-kawan yang terbaik. Makan minum yang cukup. Woa. Terlalu banyak yang Allah bagi. 

Aku berhutang. Bak kata Professor Syed Naquib Al-Attas, manusia itu berhutang kepada Allah. Mungkin, hutang itu semakin bertambah. 

Dan motivasi dalaman itu boleh dibentuk bila ada tolakan dari luar. walaupun sedikit.

Mari menjadi hamba. Bukan Dinosur.


Tiang Agama

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



Dulu kosong.Nothing.Tiada.

Kemudian jarang-jarang.Kadang-kadang.Penin kepala.

Sekarang Alhamdulillah. InsyaAllah selalu ada.

Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya Engkau memegang hati-hati kami. Jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan HIDAYAH itu kepada kami Ya Allah.


Tetapi macam mana nak selalu bersama bila ada?


Friday, September 24, 2010

Ramalan cuaca

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



Awan hitam pekat. Sangat pekat kehitaman. Langit mendung. Hujan turun dengan sangat lebat. Seyuman terukir dibibir. Tanpa aku sengaja. Keluar dari dewan aku terus menghayati hujan yang turun. Masih tersenyum. Suka. Padahal, masa kelas berlangsung sekejap tadi, bukan main mengantuk,letih, penat,pemalas lagi. Bukak pintu dewan, angin terasa di muka :) Bliss.






Pertama kali hujan buat aku gembira. Senyum tak lekang. 

Mungkin sebab hujan ini turun bersama angin yang sungguh menyenangkan. Memang gembira.

Subhanallah. Terima kasih Ya Allah ^_^ 




"Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, Dia memperliatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan KETAKUTAN dan HARAPAN. Dan Dia menurunka air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu dihidupkannya Bumi setelah mati (kering). Sungguh pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang MENGERTI."
(Surah Ar-Rum:24)



Jadikan aku hamba yang selalu mensyukuri segala nikmat kurniaanMu ya Allah. Jauhkan aku kufur terhadap nikmat-nikmatMu Ya Rahim.


Dia pun gembira main hujan.memang tak matang.




Pesanan: Blog ni memang macam pompuan.heh. Dah. Gi main jauh-jauh.

Wednesday, September 22, 2010

Ini semua Dunia.

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!




Hasil-kerja-orang-tekanan



Minggu ini adalah minggu kesibukan yang melampau untuk diri saya dan beberapa lagi suspek yang telibat. heh? Setiap hari yang dilalui akan dipenuhi dengan kerja-kerja yang berguna dan berfaedah tidak seperti hari-hari yang sebelumnya. Tahap kegigihan membuat kerja melonjak 100 peratus dengan gemilangnya. Tiada masa lagi bersuka-ria dan menjadi tidak matang. Hidup dan isinya memang membuatkan kita menjadi lebih dewasa.


"Kalau kita selesaikan kerja kita dengan Allah sesungguhnya Allah akan sentiasa tolong kita"

..........

Sekian lama tidak berjumpa.

Eh! awak..kenapa awak nanges ni? Suasana sayu ketika itu. rembang senja masih memerah lagi.

Dia senyum. seribu makna. "Sebab saya banyak dosa kot."

PANG. rasa tertampar diri sendiri. Ouh.

Dia berlalu meninggalkan aku di situ.




Saturday, September 18, 2010

Al-Fatihah

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



rare tak gambar ni?haha



Hajah Sarimah Binti Haji Mohd Tahir.
18 November 1964.

Itu emak saya =D 
Dia nampak sihat kan.Alhamdulillah. Gambar di atas di snap pada hari raya ke 8.
Hospital Ampang ibarat sudah menjadi rumah ke dua untuk emak. Kalau saya balik bercuti saya akan menjaga emak di rumah ini. tapi itu semua cerita setahun setengah yang lepas.

Emak sudah selesai buat rawatan kimoterapi yang berjalan selama setahun lebih. Hanya Allah sahaja yang tahu. Sekarang,emak hanya melawat hospital Ampang 3 bulan sekali atau mengikut tarikh-tarikh yang doktor telah aturkan.

Hari ini emak pergi ke hospital untuk buat bone marrow dengan I.T .Bone marrow tu kalau ikut bahasa kampung,orang kata amek air tulang belakang. Kalau orang kampung dengar.depa mesti marah. sebab depa kata nanti pesakit akan jadi lumpuh bla bla bla. Saya tengok sendiri doktor buat bone marrow tu. pesakit memang tak sedarkan diri. dah pengsan. doktor gerudi tulang belakang ni. bnyi dia memang power la. darah pun banyak keluar. belakang badan emak ada banyak lubang-lubang kesan buat treatment ni. kita kena sapu minyak bagi tak bengkak.

I.T ni pulak. tak taw nama panjang dia apa.tapi doktor akan suntik ubat pada tulang belakang.TULANG.bukan daging.memang sakit.lepas wat I.T kena baring lurus. tak boleh pakai bantal selama enam jam. lepas tu baru boleh gerak-gerak.

.........

Doktor feveret emak ialah Dr Zaki ^_^ (haha)
Muda lagi orangnya.Graduate dari UIA. Kakitangan di hospital ini memanggil emak sebagai 'makcik'. kahkahkah. itu tanda emak sudah tua.

...........

Sekarang, emak sudah boleh memandu kereta semula :) Sudah boleh solat secara berdiri. Siap sudah berjaya buat solat terwih 20 rakaat berdiri.whoa.kejayaan yang awesome. Sayang emak. 

Tapi emak masih penat-penat lagi. Tak boleh bat kerja banyak-banyak. Emak selalu nak ke sekolah semula. Tapi kerajaan bagi cuti sampai tahun 2011. Awal 2012 baru boleh mengajar semula.

Raya tahun ini, adalah raya pertama emak dalam keadaan sihat dan kami semua gembira memandangkan tahun lepas keadaan emak masih tidak stabil lagi. Alhamdulillah Ya Allah.

....


Kalian. doa untuk emak saya. semoga diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang Allah bagi ini. Diterima segala amalannya. Diberkati hidupnya. Matikan kami dalam khusnul Khatimah Ya Allah. Aminn 


Oh ye. Emak sakit Leukimia. Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL). 


Al-Fatihah.











Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!






Ini rumah saya. 

Saya Sayang rumah saya.

Saya tak tahu kenapa tahun ni bapak nak pasang bendera kat depan rumah.

Siap bersusah payah cari kayu panjang nak bagi bendera tu tinggi. Boleh berkibar.

Bila Munawar dengan Munir main gaduh-gaduh dekat kawasan bendera tu, bapak kata "Nanti tumbang bendera tuh. Pergi main jauh-jauh". 

Itu bapak saya. Kehidupan ni banyak mengajar dia.

...........

Hari ini 16 September.

Dan hari ni Hari Raya ke tujuh.

Kerajaan bagi cuti umum sempena Hari Malaysia.


Awak tahu. Lepas balik dari program ESQ baru saya tahu apa yang saya buat sebenarnya berdiri lama-lama dan tegak macam tiang bendera masa tengah atau dengar lagu NEGARAKU. Apa yang saya junjung sangat dengan bendera tu. sebab mutu kain nya ka. sebab warnanya yang lawa ka.

Rupanya dalam kesedaran dan kemamaian. Saya menjunjung tinggi nilai yang ada pada bendera kita.JALUR GEMILANG. Nilai perpaduan dan kemanan, nilai kesucian, ilai ke'izzahan Islam dan banyak lagi nilai yang macam korang belajar kajian tempatan dulu tu. Biru itu tanda untuk apa. Kuning itu apa. Merah itu apa. Masih ingat kan? Kalau tak google jah.LOL.


Awak tahu. Nilai pada bendera Malaysia tu adalah Sifat-sifat Mulia yang di sandarkan daripada sifat-sifat Allah. hafal tak Asmaul Husna? tahu tak maksud-maksudnya? 

Rupa-rupanya fitrah manusia itu memang mengakui dan mengimani Allah sebagai Tuhan yang Maha Agong. Semuanya nak jadi baik. semuanya nak kepada kebaikan. Allah iu kan Maha Suci dan Maha Kaya ^_^


...

Jadi..kenapa awak berdiri tegak-tegak masa nyanyi lagu NEGARAKU?

Tuesday, September 14, 2010

Saya ada kawan.

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!




Pada suatu hari. Dia tergesa-gesa ke hadapan laptop. Sebab ada seorang kawan dia macam tergesa-gesa tanya ada dapat tak mesej yahoo masenger dia. jawapannya tidak -_-''


Jadi kawan ni pun dengan susah payahnya ctr+c je butang-butang kat laptop tu.

Dia bagi saya lagu Suatu Pertemuan.UNIC. ^_^

Lama tak dengar lagu ni. Dia ingat saya bila dengar lagu ni. how sweet :) awak memang katun chan.


.....

Nah saya bagi awak lagu Hold my hand. Penyanyi dia mestilah Maher zain. kalau nak dengar google je ^_^



I hear the flower's kinda crying loud

The breeze's sound in sad

Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don't see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they've lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore
heartbreaking crying sounds
And we're still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it's a daily basic affair

No matter how far I might be
I'm always gonne be your neighbor
There's only one small planet where to be
So I'm always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can't deny
That we're always gonna be neighbors
You're neighbor, my neighbor
We're neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you



kau tarik tangan aku kalau aku jatuh.falling away.
aku tarik tangan kau kalau ko tergelincir.

ouh.aku suka ayat perenggan terakhir tu :p

Hold my hand Norizan Zakaria.kan?

dah buang semua yang sedih-sedih.



kami nak syurga Allah!

* ichan ada kat tepi sekali sebelah kiri awak.

How bad can the bad be.

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!


Hitam-hitam si tampuk manggis,
Sungguhpun hitam ku pandang manis.

Kah.kah.kah (dalam hati teguling-guling i)
Memang kena pantun yang Wak Asim bagi. 
Tapi ko dah makin kurus ye. aku tersengih.


La..kok kue ki koyo keling.main panasan yo.
ish.ish.ish.senyum je la.
la pak'ie kan penang ki panas. ye hitam.
KAH.KAH.KAH.ini dalam hati.


Ika.pergi PLKN ka. kok hitam. Lek Ipin.
Aah.tapi dah lama dah pergi.lepas SPM dulu.aku.
Owh..tak sebenarnya nak cakap ko pakai baju celoreng PLKN ka.Lek Ipin.
HAHAHAHA.semua yang ada kat sekeliling.
Kureng.hahaha.aku.



Mana kakaknya? wak-sapa-entah-tanya
Ni ha.sebelah ni.adikku.
La..kecik aje orang nya.wak-tadi.
Ye saya.aku.


Ika.wak lama tak jumpa.jarang balik Selangor ye?
Eh. takla.cuti sekolah ika balik je.
Katanya asyik pergi program sana-program sini. pergi tempat orang asli la.
Eyh..itu kerja hujung minggu jah.*malu-malu*
Makin krus la ko ye.belajor elok-elok.
Baek!



........




Dia nak pergi.jauh.


*kalau nak balik raya tahun depan bagi dapat dekan.nanti akak belanja tiket balik.haha.insyaAllah.

Sunday, September 12, 2010

....

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Tiga minggu duduk di rumah saya rindu yang ini. sangat rindu.


قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي
Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku

مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي
Daripada permintaan dan usahaku

فَدُعَـائِي وابْتِهـَالِي
Doa serta permohonanku

شَـاهِدٌ لِي بِافْتِقَارِي
Sebagai bukti pada kefakiranku

فَلِهَذَا السِّرِّ أَدْعُـو
Oleh kerana rahsia itu aku berdoa

فِي يَسَارِيْ وَعَسَارِي
Pada saat aku senang dan susah

أَنَا عَبْدٌ صَارَ فَخْرِي
Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku
  
ضِمْنَ فَقْرِي وَاضْطِرَارِي
Dalam kefakiran dan keperluanku

يَا إِلَـهِي وَمَلِيْـكِي
Wahai tuhanku yang memiliki aku

أنْتَ تَعْلَمُ كَيْفَ حَالِي
Kau Maha tahu akan keadaanku

وَبِمَا قَدْ حَـلَّ قَلْبِـي
Dan apa yang berada dalam hatiku

مِنْ هُمُوْمٍ وَاشْتِغَالِـي
Dari kesedihan dan kesibukanku

فَتَـدَارَكْنِي بِلُطْفٍ
Maka tolonglah aku dengan kelembutan

مِنْكَ يَا مَوْلَى الْمَوَالِي
Dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba

يَا كَرِيْمَ الْوًَجْهِ غِثْنِي

Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba

قَبْلَ أنْ يَفْنَى اصْطِبَارِي
Sebelum lenyap kesabaran hamba

يَا سَرِيْعَ الْغَوْثِ غَوْثًا
Wahai pemberi pertolongan dengan segera

مِنْكَ يُدْرِكْنَا سَرِيْعًا
Berilah kami dengan segera pertolongan-Mu

يَهْزِمُ الْعُسْرَ وَيَأْتِي
Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan

بِالَّذِي نَرْجُو جَمِيْـعًا
Dengan apa-apa yang kami harapkan semua

يا قَرِيْـبًا يا مُجِيْـبًا
Wahai yang Maha dekat, dan menjawab

يا عَلِيْمًا يا سَمِيْـعًا
Wahai yang Maha mengetahui dan mendengar

قَدْ تَحَقَّقْتُ بِعَجْزِي
Aku mengaku akan kelemahanku

وخُضُوْعِي وانْكِسَارِي
Dan ketaatan serta kesedihanku

لَمْ أَزَلْ بِالْبَابِ وَاقِفْ
Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu

فَارْحَمَنْ ربِّي وُقُوْفِي
Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku
 
وبِوَادِي الْفَضْلِ عَاكِفْ
Pada lembah kurnia-Mu aku berada

فَأَدِمْ ربِّي عُكُـوْفِي
Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana

ولِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِم
Aku sentiasa mempunyai prasangka baik

فَهُوَ خِلِّي وحَلِيْفِي

Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku

وأَنِيْسِي وجَلِيْسِي
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku

طُوْلَ لَيْلِي ونَهَارِي
Sepanjang malam dan siangku

حَاجَةً فِي النَّفْسِ يَا ربّ
Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat

فَاقْضِهَا يا خَيْرَ قَاضِي
Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan

وأَرِحْ سِرِّي وقَلْبِي
Tenteramkanlah rahsia dan hatiku

مِنْ لَظاَهَا والشُّوَاظِ
Dari kebimbangan dan pergolakannya

فَالْهَنَا والْبَسْطُ حَالِي
 Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan

وشِعَارِي ودِثَارِي
Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku





saya tak tahu kenapa saya sedih sekarang


Wednesday, September 8, 2010

Jangan Cabar Saya !



بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Bengang tak weh?


Mula la nak wat aku bengang raya-raya ni. haih.

Allah dah kata Quran akan kekal selamat hingga hari kiamat. Alasan atas kebebasan beragama tu memang tak boleh pakai. Hormat la sikit. Siapa cikgu sivik depa agaknya. ish.ish.

Kita umat Islam? Apa langkah kita? Apa tanggungjawab kita? Apa yang boleh kita buat?

Wahai ummat Islam di Bumi.

Sudah tertunai ke tanggungjawab kita pada Al-Quran. Sehari berapa kali kita belek Quran tuh. sama banyak macam kita buka muka-buku kah? sama banyak macam kita selak helaian novel kah? 

Bulan-bulan berkat ni.kita sudah khatam kah? Layak ka kita nak sambut raya ni? Apa yang kita dah buat pada Quran kita. Hiasan hanya di tempat tinggi itu kah? Dibaca time rasa macam-ada-hantu-di-sisi kah?


Mungkin.
Kita kena muhasabah diri. apa semua yan terjadi. 

Pernah tak degar Qunut nazilah dah jatuh hukum wajib untuk umat Islam baca. sudahka kita laksanakan?



Terry Jones ni orang yang kat gambar atas tadi. ingat betul-betul muka dia.


ni gambar kat facebook.depa wat group.


Paderi gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida,  Terry Jones menjelaskan kepada CNN awal bulan ini bahawa “Islam adalah syaitan,  agama Islam telah menyebabkan jutaan orang memasuki neraka dan agama Islam adalah agama yang menipu, agama kekerasan. Ini sudah dibuktikan beberapa kali.”

Terry Jones turut menulis sebuah buku yang berjudul Islam is of the Devil, manakala pihak gereja turut menjual mug dan t-shirt yang menampilkan mesej tajuk buku tersebut sebagai usaha mempromosikan pelabelan Islam sebagai syaitan. Bagi menyebarkan mesej tersebut, pihak gereja turut melancarkan kempen melalui Youtube.

Dalam satu postingnya di Youtube, Jones menjelaskan “maksud saya bertanya kepada diri sendiri, apakah Anda pernah benar-benar melihat seorang Muslim sangat bahagia? Ketika mereka sedang berjalan di Mekah? Ketika mereka berkumpul beramai-ramai di dalam masjid? Apakah itu jelas menunjukkan seperti agama yang benar-benar bahagia?Tidak, bagi saya, agama ini jelas seperti agama syaitan.”




macam jahat kan? 
Astagfirullah..

p/s: kredit untuk syam. penat dia 'brainstorming' dengan saya.