Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, May 18, 2011

Aku mintak mee Kau bagi NASI???

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



"Hujan rintik-rintik, 
Air bergelora,
Emak bagi duit,
Adik Pergi Sekolah"




Lewat malam baru kau datang. Harapan tinggi aku letakkan. Sekali terjatuh baru ku tahu betapa sakitnya rasa. 


Menitis air mata..tatkala menjamah hidangan itu. 



"Iman itu dapat mengusir rasa resah dan gelisah dan melenyapkan kegundahan. Iman adalah kesenangan yang dicari oleh orang-orang yang ahli ibadat" 


Sabarlah duhai sahabat. Ini lah namanya takdir. Rezeki itu rahsia dari Allah. Pahit itu kan manis :)



"Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya aku tidak menciptakan menciptakan dunia ini untuk engkau"






Saya dapat gambar Syeikh Nuruddin dari Serikandi islam Izan. Yeay!

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!




“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan". (2: 155)





 Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".   
(2: 156)






Mereka Itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka Itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Q.S. Al-Baqarah: 157)

Monday, May 16, 2011

Diam itu Emas

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!




"Gubahan yang kedua itu tidak sama seperti yang pertama"













"Gubahan pertama memang tidak akan sama dengan gubahan kedua. Tapi tak bermakna gubahan yang kedua itu lebih buruk daripada gubahan yang pertama".





Thursday, May 12, 2011

Depa cinta hati saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!




rare tak gambar ni?haha



Hajah Sarimah Binti Haji Mohd Tahir.
18 November 1964.

Itu emak saya =D 
Dia nampak sihat kan.Alhamdulillah. Gambar di atas di snap pada hari raya ke 8.
Hospital Ampang ibarat sudah menjadi rumah ke dua untuk emak. Kalau saya balik bercuti saya akan menjaga emak di rumah ini. tapi itu semua cerita setahun setengah yang lepas.

Emak sudah selesai buat rawatan kimoterapi yang berjalan selama setahun lebih. Hanya Allah sahaja yang tahu. Sekarang,emak hanya melawat hospital Ampang 3 bulan sekali atau mengikut tarikh-tarikh yang doktor telah aturkan.

Hari ini emak pergi ke hospital untuk buat bone marrow dengan I.T .Bone marrow tu kalau ikut bahasa kampung,orang kata amek air tulang belakang. Kalau orang kampung dengar.depa mesti marah. sebab depa kata nanti pesakit akan jadi lumpuh bla bla bla. Saya tengok sendiri doktor buat bone marrow tu. pesakit memang tak sedarkan diri. dah pengsan. doktor gerudi tulang belakang ni. bnyi dia memang power la. darah pun banyak keluar. belakang badan emak ada banyak lubang-lubang kesan buat treatment ni. kita kena sapu minyak bagi tak bengkak.

I.T ni pulak. tak taw nama panjang dia apa.tapi doktor akan suntik ubat pada tulang belakang.TULANG.bukan daging.memang sakit.lepas wat I.T kena baring lurus. tak boleh pakai bantal selama enam jam. lepas tu baru boleh gerak-gerak.

.........

Doktor feveret emak ialah Dr Zaki ^_^ (haha)
Muda lagi orangnya.Graduate dari UIA. Kakitangan di hospital ini memanggil emak sebagai 'makcik'. kahkahkah. itu tanda emak sudah tua.

...........

Sekarang, emak sudah boleh memandu kereta semula :) Sudah boleh solat secara berdiri. Siap sudah berjaya buat solat terwih 20 rakaat berdiri.whoa.kejayaan yang awesome. Sayang emak. 

Tapi emak masih penat-penat lagi. Tak boleh bat kerja banyak-banyak. Emak selalu nak ke sekolah semula. Tapi kerajaan bagi cuti sampai tahun 2011. Awal 2012 baru boleh mengajar semula.

Raya tahun ini, adalah raya pertama emak dalam keadaan sihat dan kami semua gembira memandangkan tahun lepas keadaan emak masih tidak stabil lagi. Alhamdulillah Ya Allah.

....


Kalian. doa untuk emak saya. semoga diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang Allah bagi ini. Diterima segala amalannya. Diberkati hidupnya. Matikan kami dalam khusnul Khatimah Ya Allah. Aminn 


Oh ye. Emak sakit Leukimia. Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL). 


Al-Fatihah.



................

Assalamualaikum & salam penuh kecintaan untuk Baginda Nabi Muhammad SAW :)


Ingat lagi tidak post di atas ni. Saya terasa nak repost semula sebab emak bagi pada semua anak-anaknya satu mesej yang agak sedih malam semalam.

"Cuba tengok Wak Man, anak dia ramai sampai 7 orang pun, tak dak sorang pun kat rumah sekarang. Tingggal berdua je"

Huk. sapa entah yang cakap benda ni.

Setelah hampir setengah tahun emak merasa sihat seperti biasa, Alhamdulillah YA Allah.. kebelakangan ini kesihatannya tidak menentu semula. 

Bapak pun turut diuji dengan ujian kesihatan. Allahuakbar!

Semua anak-anak emak dengan bapak jauh..Kita ni lagi la..Munawir apatah lagi..

Ya Allah, berilah kami kesempatan untuk membalas jasa kepada kedua ibu bapa kami Ya Allah. Berikanlah mereka kesihatan yang elok untuk mereka terus beribadah kepadaMu dengan hati yang khusyuk..Allah


Emak dengan bapak jangan risau, InsyaAllah Kakak,Iqa,Wardah,Awir,Ajah,Awar,Adik sentiasa doakan emak ng bapak. Jadikan kami anak yang soleh dan solehah Ya Allah.






Sunday, May 8, 2011

U know me well enough kan mak? hee

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


'Bila balik?' . emak-yang-aku-sayang-sangat-sangat


'InsyaAllah 24 hb . Kita ingat nak pos je barang yang berlambak-lambak dalam bilik ni ke rumah. Tak muat nak letak kat rumah sewa'. aku-anak-yang-solehah


'Mahal la!' suara bapak kedengaran di belakang


'Berapa kotak nak hantar? Banyak ka?' emak-yang-aku-sayang-sangat-sangat


'Dua kotak yang sangat-sangat besar dan berat' . aku-anak-yang-solehah


'Bapak kata mahal. 24 hb tu hari apa? senang-senang nanti bapak je yang amik kau'. emak-yang-aku-sayang-sangat-sangat


'HAHAHA' (aku-anak-yang-solehah-gelak-dalam hati)

..........

Balik ni emak mesti sangat terkejut tengok kita semakin kurus. hahaha.






" Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."


QS: Luqman: 14








"Ampunkan dosa kedua ibu bapaku Ya Allah"

Saturday, May 7, 2011

Kenapa nak gigit benda tuh??

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!


ini straw.


Bila minum air kotak mesti sambil-lalu- menggigit straw


ini pun straw


Kalau mak mertua tengok memamg kena tolak markah. haha. 


"Kau gigit benda tu attiqah?" (baca dengan nada tinggi)

"Anak aku tak bagi makan ke hape?" (baca dengan nada sindiran)


*Dialog hanya sekadar khayalan penulis semata-mata. sekian.


.......

Kau tahu..bila gigit straw tekanan berkurang.. hahaha.


ini dia.


p/s: penulis berada di mode gelong. cepat OFF!!!
















Friday, May 6, 2011

Muna 'Izzah Md Isa

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!




Imam Abu Abdullah r.a mengatakan bahawa sabar menghadapi bala dan penyakit adalah termasuk di antara kunci syurga. Ertinya, syurga itu akan dapat dibuka dengan menggunakan kunci sabar dalam menghadapi sebarang penyakit dan kesusahan.



Abu Warrad dari Muhammad bin Muslim berkata: “Seorang datang kepada Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan berkata: “ Ya Rasulullah, habis hartaku dan sakit badanku.”



Maka dijawab oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. “Tidak baik seorang hamba yang tidak habis hartanya dan tidak sakit badannya.” Sesungguhnya jika Allah Subhanahu wata’ala cinta kepada hambanya maka diuji-Nya dengan bala dan bila telah ditimpa bala 
maka Allah Subhanahu wata’ala memberikannya kesabaran.




Jangan lupa, awak ada Allah =)


Kami pun ada



Susah Senang Bersama
Aku sayang kau.
Sumpah!

Tuesday, May 3, 2011

Ya Habib

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!




“Bila saya mati kelak, gelaran Dato’ Bentara Setia saya sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanya Nik Aziz. Samada tun, tin ke tan semuanya tidak akan ada lagi, yang ada hanyalah  pahala. Justeru, sekarang kita perlu segera jadikan amalan kerja buat kita di dunia ini menjadi pahala di sisi Allah SWT kelak…” 














*Rasa tak apa yang aku rasa? 

Satu Amanah



بسم الله الرحمن الرحيم
Allahu Akbar!


Dalam berjuang, tanpa ada sahabat disisi, apakah rasa itu?



Dengan BismilLah ku bermula

Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini


Sahabat yang sama-sama gembira.



Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi



Sahabat yang boleh kau 'pukul' sesuka hati bila rasa geram. hakhak.


Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai


Sahabat yang bila kau tak dengar khabar dari dia barang sehari pun rasa macam 'ntah'.



Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia


Sahabat yang sentiasa ada tatkala letih 'berjuang'.

Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan 


Sahabat yang bila kau nak nangis dia ada kat depan. hakhak.



Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

Aku sayang semua sahabat yang ada disekeliling ku ini. (touching tak?)haha



..........


Ini contoh lafaz ikrar yang kami pernah buat.








بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan namaMu Ya Allah,
 saya Siti Norattiqah Azman 
dan sahabat dunya wal akhirah
  Muna  'izzah Md Isa 
melafazkan ikrar bersaksikan Mu,
 berjanji akan bersahabat semata kerana Mu,
 Ya Allah,
diikat dengan ikatan 'aqidah dan 
kami juga berjanji akan sentiasa mendoakan satu sama lain,
 menarik kembali tangan andai salah seorang dari kami tersungkur dan akan berpimpin bersama ke syurgaMu
 kerana hanya redhaMu yang kami harapkan. 
Rahmatilah persahabatan kami Ya Allah. 
Amin.











*Maaf sebab aku tak pernah jadi kawan kau yang terbaik*


Monday, May 2, 2011

Ready To Be Alone 2

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



.:treasurer.:


Pernah tak korang plan macam mana nak mati macam korang plan nak hidup dengan bersungguh-sungguh. Live life to the fullest! heh.


.............


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Libya. Pernah dengar pasal Libya? As syahid ustaz Ibrahim Libya? 

Pernah suatu hari,beliau dalam perjalanan ke satu ceramah. Perjalanan sudah lama diteruskan. Tetapi, beliau meminta driver beliau berpatah pulang semula ke rumah sebab beliau 'terubah niat'.
Samapi dirumah, beliau solat sunat 2 rakaat, istighfar, dan meneruskan semula perjalanan. Driver beliau pelik lagi hairan lalu menanyakan hal tersebut.
'Aku terfikir tentang bayaran upah jika memberi cermah nanti' padahal 'Hidup matiku hanya untuk Allah'.

Dush.(rasa tertampar)

Cuba renung. Cuba hayati. Cuba fikir. Cuba ingat. Kerja buat Islam kita selama hari ini. Ada tidak yang perlu di 'sucikan' semula?
Aku, kau, dia, semua. siapa kita??
............

Ada banyak nak cerita but i am not good in wording. haha.

Barakallahufikum..