Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Sunday, June 24, 2012

Perempuan dan Fitnah

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



"Jalan Tanpa Kaki Terbang Tanpa Sayap"

Malam ni, kami terbang lagi..jauh merentas lautan..

.........

Saat gendang dipalu..

"Fafa, tolong tegur adik depan tu.."

"Wawa, cuit mat depan awak tu.."

hai la depa ni..

"Attiq, ko ni macam budak jahat taw x?" izan,sambil tergelak.

"semua yang goyang ko attack.." izan, gelak lagi..

Haha.Inilah tarbiyah namanya..mula-mula memang selalu kena tegur utk biasakan..x gitu? heh

(yang hadcore semua duduk kat belakang..takut jadi gila nanti.kehkehkeh.sambil memantau suasana dihadapan ;)

"Aku kena buat-buat tak layan je benda ni..baru boleh stay still..huh" izan

"Ho la..buat macam first time je dengar benda ni.tak paham maksud..blur..hai la.." aku

"Cuba tengok sahabat-sahabat kat depan tu..elok je duduk menekur..tawadhu' semua..haha"

Tarbiyah..Tarbiyah ;)

Apabila alunan cinta itu menjadi semakin sedap dan masuk ke dalam hati,Ya Toibah je pun..tapi...

"Mungkin kita memang patut lebih banyak mendengar...kan? attiq to izan

hmmmmm, sambil senyum lebar ^_____^ sedap suara~

"Weh,korang buat macam mana tadi masa mula alunan cinta tuh?" dengan excitednya semua orang bertanya sesama sendiri..

"Allah je tahu, apa yang dalam hati.." haha

..........

Terdapat pelbagai tanggapan atau worldview mengenai seorang muslimat. Aku meraikan setiap lontaran yang diberikan :)

"Sayap kiri..sayap kiri..enta orang taw x sayap kiri tu buat cuci najis jah!"- Din,2012

"Muslimat ni duduk dapur je la..tak boleh la asyik nak saing dengan muslimin ja.." Jw,2012

"Muslimat ni kan sudah dididik terbang tinggi-tinggi..tapi jangan lupa utk turun ke bawah semula.." HM,2012
......

"Nampak gaya nya..tak jadi la rancangan kita nak gi ziarah ulama' melayu tu kan..huhu.." izan

"Boleh..tapi tunggu lepas kahwin la..itu pun kalau suami kau jenis orang macam kau..huhu.."


PEREMPUAN, memang Allah ciptakan awak cukup menarik.Tapi, akal awak pendek..berlapang dada lah..mesti nabi sayang :)

Terima Kasih ;)





*Ok! kami nak turun lah ni...


Saturday, June 16, 2012

Ambe dah tua

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Hari ini..Pagi-pagi dah dapat mesej yang membuat aku keharuan..nak menangis pung ada.

Beliau suka mengingatkan aku tentang zaman muda-ku. Zaman kegilaan-ku. Beliau membuatkan aku membelek semula semua hasil kerja waktu muda-mudaku dulu..

......

Kata Buya HAMKA, "anak muda ini separuh daripada GILA". Ya, kalau anda anak muda, tahniah kerana mendapat gelaran si GILA.

Kenapa anak muda itu dikatakan GILA?

Kata Buya HAMKA lagi, kalau bukan kerana anak muda bernama Mus'ab bin 'Umair, atau anak muda bernama Zaid bin Harithah, atau si anak muda paling GILA bernama Muhammad bin Abdullah, apakah kita, umat Islam sekarang ini mampu berpijak di bumi dan melihat Islam itu tertegak di situ? Kalau bukan kerana KEGILAAN dalam jiwa anak muda bernama Muhamaad Al Fateh, mungkin Kota Konstantinople hanya akan tinggal sebagai satu daripada impian untuk ditakluk juga...(Anak Muda Gila, budakpicisan.blogspot.com)


...................

Betul lah seperti yang dikatakan bahawa umur ini sifatnya berubah. Tidak tersekat pada satu waktu yang sama..

Tua dah ke kau ni attiqah? 

...........

"Kehidupan,kedewasaan seseorang bukan bergantung pd umur tp pd ilmu dan pengalaman mrk,ramai yg umur lanjut tp ilmu,fikiran dan jiwa mcm budak2, ada yg muda tp ilmu,fikiran dan jiwa mcm org tua..sultan muhammad alfateh,usamah bin zaid adlah golongan muda yg begitu hebat dlm sejarah,dlm usia 20 an memimpin angktan perang dgn jayanya,pentadbir dan perancang yg hebat..." (Walid Al-Malik, Bicara Cinta 2012)


.....

Maaf kerana tidak tertunai lagi janji.. Tinggal satu semester lagi tinggal utk perpisahan ini...hahaha..ITU TANDA-TANDA PERPISAHAN..kan? haha.


.........

Wahai anak muda yang GILA,
Sungguh, aku kagum dengan KEGILAAN kamu.
Hanya anak muda GILA yang sanggup ketepikan 
Segala caci maki hinaan umpatan kejian ugutan
Dan segala macam yang keluar
Dari jiwa mereka yang BACUL
PENAKUT
TAKUT untuk melihat kemenangan ISLAM
TAKUT dengan JANJI ALLAH
Biarlah kau si anak muda GILA dihina.
Setitik air mata kau, SYURGA Allah janjikan.
Asal ikhlas hanya satu niat di hati.
Semuanya kerana ALLAH.
Semoga kau terus menjadi si GILA, wahai anak muda.

...


Anak muda yang GILA mampu merubah dunia. Jadilah kita si GILA ini. GILA untuk menjadi penyambung warisan perjuangan Nabi dan para sahabat.