Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, August 23, 2011

Nak Dunia Akhirat!

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



ربنا أتنا في الدنيا حسنة و في الأخرة حسنة و قنا عذا بالنار



"Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat"



Kupasan dari satu sudut worlview yang baru menganai maksud doa di atas, yang telah dibentangkan oleh Pak Uda sangat menarik minat  hati.

Doa ini dilazimi oleh setiap mulut mslim yang beriman sejak dari kecil lagi.Sistem pendidikan yang dijalankan juga telah memperkenalkan doa ini supaya murid-murid membacanya setiap kali ingin berdoa.Bahkan Nabi Muhammad SAW juga turut memberikan satu riwayat menarik mengenai doa ini:)


..........


في الدنيا حسنة


Yang dinamakan kebaikan didunia itu ada 3 iaitu dari segi Ruh, Jasad & Siir.

Roh = teman yang baik, ukhwah fillah :)

Jasad = Zaujah Solehah :))

Siir = Ma'rifatullah (mengenal Allah) 



في الأخرة حسنة


Yang dinamakan kebaiakn diakhirat pula sama dari 3 sudut tersebut cumanya;

Roh = tiada rasa dengiki, cemburu

Jasad = menikmati syurga :))

Siir = Melihat Allah di akhirat kelak. Allah..



Maka dengan ini, pastikan bila anda berdoa buat dengan penuh pengharapan & penghayatan supaya Allah terima doa kita. Istajib dua ana ya Allah..



Barakallahufikum :D  

Tembakan Padu

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



Peringatan buat para SAYAP KIRI sekalian :)Setiap daripada kita pasti akan menjadi sayap kiri untuk melengkapi si sayap kanan. Manakan mampu untuk sebelah sayap terbang. Maka, apakah kita sudah bersedia untuk menggelar diri kita si sayap kiri, yang tugasnya adalah khidmat demi perjuangan Islam?

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!" As Soff : 2

Latifah (Ummu Wafa') adalah ratu rumah tangga terbaik, untuk kita jadikan teladan. Dengan khidmatnya sebagai pergurus rumah tangga secara tidak langsung membantu Hassan Al Banna dalam gerak kerjanya bersama IM. Latifah bukanlah seorang yang giat ber'haraki', atau mempunyai gerak kerja di dalam tanzim secara aktif, tapi dengan khidmatnya sebagai PENGURUS RUMAH TANGGA untuk keluarganya, menjadikannya seorang sayap kiri yang sangat disayangi oleh As Syahid Hassan Al Banna.

Mampukah kita untuk mengikut jejak langkah Latifah?

Jangan fikir kita masih punya masa yang panjang untuk melatih diri sebagai pengurus rumah tangga, semuanya bermula daripada sekarang! Ajal, Rezeki dan Jodoh itu rahsia Allah, kita tak tahu apa, bila , dan bagaimana kelak. 

Jadikan masa yang ada sebagai medan praktikal untuk pengurusan rumah tangga. 

Sekadar perkongsian. Wallahua'lam

"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." As Soff : 3

Tuesday, August 9, 2011

I.G.H.F.I.R.L.A.N.A

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



"Ketentraman itu hanya ada pada ridha, ketenangan pada taslim"



"Ya Allah kurniakanlah aku hati..hati yg lupa pada alam ini ketika solat, hati yg menangis bila berdosa, hati yg bersyukur dan taat.."




Kau rasa tak bila kau solat kau mesti nak ingat benda-benda dunia yang-kau-tahu-benda-tu-kau-tak-patut-ingat waktu sedang solat ?



Apa kau buat bila hati kau begitu?



Jiwa Mutmainnah

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



"Ibnu Abbas memberi 3 ubat tenang jiwa. Duduk majlis bacaan al-Quran samada baca sendiri
atau dengar orang lain baca.Duduk tempat sunyi munajat kepada Allah.Duduk dalam majlis ilmu".




Serabut. Kecelaruan jiwa. Bila kau mengalami keuzuran, kau rasa macam nak menjerit. Tidak mampu berbuat apa pun. 

Kunci kereta terus dicapai. Walau matahari sudah meninggi. Waktu yang ada semakin singkat berbaki.


"Solat Jama' Qasar ni..." dari kejauhan ku dengar Abang Talib menyampaikan kuliah mingguannya. Setia seperti selalu. Macam dulu-dulu. Rindu suasana ini. Rindu dengan cara ini. Cuaca yang sangat menyokong perasaan ini. Hilanglah keserabutan..jauhlah kau..Jauh lah kau pergi dari aku.


Roda terus berputar membawa isi hati yang tidak ketahuan punca. Pemandangan ini. Angin ini. Bau ini. sampai nak terlanggar tiang lampu gamaknya. Datanglah wahai ketenangan..






"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya"













Weltanschauung

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


"Maka rugilah bagi mereka yang tidak mengambil pengajaran daripada kehidupan yang telah dilaluinya sehari-hari" - Attiq, 2011.



Sehari kau belajar berapa banyak benda? secara tidak literalnya..




Banyakkan..sampai tak terkutip-kutip.









"Tak ada yang menghalang turunnya kurnia dari langit serta menghalangi rahmat Allah seperti kesombongan. Kita berlindung kepada Allah. Hujan yang turun dari langit hanya akan tergenang di permukaan tanah yang rendah, bukan di permukaan yang tinggi, dan bukan pula di puncak-puncak gunung. Demikian pula dengan hati orang-orang yang sombong. Rahmat Allah hanya turun pada hati yang tawadhu'."

(Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a)