IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Saturday, October 15, 2011

"ku mahu menjauhi kecintaan pada bayangan..."

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



Inilah masanya..inilah ujian yang paling aku takuti sekali..dah mula terasa.Allah...






Beri aku kekuatan Ya Allah..

Maaf kawan..Rawatan hati sedang mula dijalankan..


Ku Bicara Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar
Kerana dalam diri ada cinta
Namun ianya telah dinodai
 
Dengan bayangan cinta palsu
Sehingga cinta sejati pudar dan suram

Oh betapa insan dalam kepalsuan
Mengejar cinta permainan bayang-bayang
Cinta yang takkan kesampaian
Penuh penderitaan kesedihan dan gelora



Bangunkan cinta sejati dalam dirimu
Pada Tuhan yang menciptamu dengan kalimah cinta
Engkau akan hidup dengan cinta kebenaran
 
Bukan lagi bayang yang tak terpegang

Engkau akan merasai kenikmatan
 
Kerana hidupmu tiada lagi lelah mengejar bayang
Cinta yang sejati membawa cahaya
Menyinar cinta kebenaran
Menghancurkan bayang cinta kebatilan

Engkau akan menemui Dia dan Dia
Hanya Dia yang menyeru kepada kalimah cinta yang hakiki dan abadi
Engkau akan bahagia dan amat bahagia
 
Sehingga engkau tiada peduli lagi
 
Pada siapa di sekelilingmu dan apa yang berlaku

Hanya memandang Wajah-Nya dimana engkau memandang..


Allah..tolong attiqah ya Allah

Thursday, October 13, 2011

Bila kau tidak buat apa yang kau cakap

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Minggu ini minggu cinta. Penuh dengan warna-warni cinta dari sang pencinta. Bila kau rasa betapa manisnya cinta yang sebenar. Cinta yang hakiki. Cinta mutlak. Cinta hanya untuk Allah dan Rasulillah. Allah..


Kau ingat aku pernah cerita tentang sufi..Perjalanan salik menuju Allah..


Cinta dalam dirinya menyala. Inilah bisikan yang ditunggunya selama ini.
Bersuara disebalik Muhammad  صلى الله عليه وآله وسلم:

"Kembalilah wahai hambaku ke dalam dakapanKu!
Engkau yang Ku ciptakan dari tanganKu yang Rahman, suci dan penuh keindahan.
Namun ke mana engkau berpaling selama ini?
Sehingga keindahanmu menjadi luntur..."

Cinta dalam dirinya kembali bergolak.
Pada Kekasih yang sejati.
Segala ikrar diingat kembali.
Malunya tiada terkira sehingga terpaku segala anggota!

Cinta dalam diri kembali mekar.
Indah dan nikmat tiada terkata.
Keindahan dunia menjadi hilang.
Yang ada hanyalah...
Keindahan sifat JamalNya!


(Walid)
....

Hari ini saya sangat-sangat-sangat kecewa dengan diri saya.tsk.

"Imbangi emosi dengan imanmu. Bergantunglah hanya kepada Allah. Selain Allah adalah mengecewakan"



Tsk.tsk.


Kau banyak cakap. Tapi satu pun kau tak mampu buat. Redha. Tawakal. Kebergantungan.urgh. Cakap ikut mulut jah? *ini semua attiqah punya perangai.tsk.

Jangan jadi MUNAfIK!


..........





Cinta



Dia masuk dengan langkah yang sangat bermakna. Penuh dengan mahabbah. Auranya sahaja sudah membuahkan senyum sebugar jambangan bunga. Senyum secerah mentari. hihi ^____________^


"Muslimat ni kurang agama dan akal. Suka main dengan emosi. Itu sebab jin suka rasuk.
Imbangi emosi dengan imanmu ya binti habibati..

Stress itu datangnya dari benda yang kau tidak redha dari Allah. Bertaubatlah engkau.."

 JUJUR, IKHLAS DAN PENUH CINTA




Muhammad itu sebuah cinta


Sunday, October 2, 2011

Pesan Guruku lagi..

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!
 
Anakku telah bertanya kenapakah ia berzikir agak sukar utk meresap dlm jiwa,sentiasa khayal entah kemana. Wahai anakku, Diri manusia bagaikan komputer yg adanya sistem yg telah diprogramkan dan ada yg baru diprogramkan,ia jg mempunyai virus yg dpt membawa kerosakkan kpd sistem komputer.Apabila insan dilahirkan, Allah tlah siapkan program sistem pd tubuh dengan begitu lengkap serta ada sistem back up sekali spt pergerakan tangan,mata,telinga,mulut,darah,jantung dll .Ia bergerak secara sendiri pabila kita mahu melakukan sesuatu spt tangan akan bergerak dgn bentuknya apabila mahu mkn,memegang pen atau lainnya,begitu jg mata akan terkedip cepat jika ada sesuatu yg hampir dgn mata.


Satu lg program yg diisi oleh ibubapa,sahabat,persekitaran,bacaan atau lainya samada yg baik atau buruk sehingga ia menjadi satu sistem dlm diri mrk,program tersebut akn membawa kesan pd kehidupan.justeru itu perlu berhati2 dlm bentuk pendidikan, suasana,sahabat, bacaan, hiburan krn ianya boleh mewujudkan program dlm diri samada baik atau buruk.Maka utk merombak program yg tiada baik serta menyuci virus dlm jiwa manusia,Islam telah menyusun sistem ibadah n cara hidup yg amat hebat. Solat adlah proses menyuci virus dan install program dlm jiwa manusia yg hebat dgn al Quran,tasbih,tahmid,istigfar,doa,zikir,tafakur,selawat,berdiri,ruku', sujud dan duduk.semua mengandungi maksud yang tertentu dalam membina insan yg mulia.Sesiap yg benar menjaga solat dan mencapai hakikatnya,ia akan mencapai kemuliaan didunia dan akhirat.


Al fatehah 17 x dibaca dlm solat adlah utk diinstall program dlm diri agar kehidupan kita benar berada pada sistem ayat tersebut. Ayat pertama segala puji bagi Allah,maka kesannya melahirkan dirimu adlah hina,faqir,jahil,zalim dll. apabila org memujimu, maka secara automatiknya sistem dlm dirmu akan menolak dan dikembalikan pd Allah. ayat 2 Allah menytakan sifat arrahman arhim, maka dgn sendirinya apabila berlaku apa jua dlm kehidupan,maka ia memndang ada hikmah krn sistem dlm dirinya menyakini sglanya adalah kasihsyang Allah. ayat 3 membawa jiwa insan berhati2 dgn perjlnan dunia krn dlm jiwanya ada sistem yg gerun dgn hati akhirat.ayat 4 membwa insan hanya mahu hidup atas ibadah dan kpd Allah tempat mrk bergantung krn sistem dlm dirinya berpegang dp matlamat hidup yg jelas dan melihat sgala yg lain dari Allah adalah lemah serta binasa. ayat 5,6 membawa insan kpd sistem hanya percaya dan mahu mengikuti jln para kekasih Allah dan menjauhi kehidupan golongan sesat yg dimurkai Allah. Begitu jg ayat serta rukun dlm solat,semuanya adlah membina program dan menyuci virus, maka kewajiban kita dlm menyuci virus dan insatll sistem dlm diri dilakukan dgn penuh penumpuan utk hasilkan kejyaan. jika mrk solat tetapi sifat solat tiada hidup dlm sistem diri mrk, bermakna solat itu tiada menjdi program dlm diri mrk,solatnya hanya pd bacaan dan amalan pd zahir shj.para ulama sufi memulakn penyucian virus dan install kembali sistem dlm diri manusia dgn istigfar,selawat dan perbykkan zikir


perbykkan zikir nafi isbat atau Allah samada pd lisan atau hati dgn sebyknya sehingga mencapai puluhan ribuan sehari. zikir Allah adlah amat baik menyucikan virus dan menanamkan tauhid.teruskan berzikir walau lalai sekalipun krn utk rombak program dan virus yg tiada baik yg sudah puluhan tahun dlm diri kita bkn dpt dilakukan dgn beberapa bulan,ketekunan dan kesabaran adalah pembuka pd kejyaan.Solat adalah program pembinaan insan yg hakiki dan mempunyai kekuatan dlm penyucian virus dan install program yg benar serta merombak sistem yg salah.mrk yg menjaga solat dgn sbenar, maka mrk akn memiliki program yg benar dan boleh menyuci drpd virus yg boleh merosakkan sistem mrk.Begitu jg dgn khalwah,suluk para ulama sufi, ia adalh proses penyucian virus dan install kembali sistem tauhid dan matlamat hidup yg jelas pd diri insan.


Memiliki makrifat dan bersifat suci adalah program asal insan, ia dirosakan apabila krn virus dunia begitu tebal sehingga sistem tersebut sudah hampir tidak berfungsi,maka perlu kpd pembaikian dan pembaikian itu dinamakan ilmu tarekah oleh ulama tasawwuf.Org tasawwuf adalah mrk yg telah memiliki program yg amat baik hasil pembakian, sdangkan para ahli tarekah atau salik adalah mrk dlm proses penyucian virus yg perlu dihantar kepd mrk yg pakar dlm membuang virus dan membaiki program yang rosak dinamakan syaikh.Para salik tiada boleh digolong ahli tasawwuf lg tetapi golongan tasawwuf adalah mrk yg telah menjalani penyucian dlm ilmu tarekah.para guru tarekah adalah mrk yg wajib sudah memilki program tasawwuf dlm jiwa mrk,jika tiada ,bagaimana mrk boleh membantu membaiki program yg rosak klu mrk sendiri penuh dgn program yg salah dan byk virus.


Maka akidah,syariat,akhlak,keilmuan dan kejayaannya dlm merawat dan mengubah program yg salah dlm jiwa para muridnya adalah syarat utama dlm mengukur kebenaran guru utk membimbing kita,bknnya kasyaf,ilham atau karamah menjadi kayu ukurnya krn ia boleh ditipu oleh syaitan.Sabar dan terus istiqmah amal dan mujahadah dgn kaedah yg betul melalui pertunjuk para guru,insyaallh akan terhasil perubahan perpindahan zikir pd jiwa,dari zikir lisan pd qalbi, kemudian pd ruh dan kemudian pd sirr. Perpindahan ini akan dpt dirasai sehingga pd peringkat perasaan tertinggi dlm merasai kebersamaan dan kefanaan dlm kebesaran Allah.Wallhualam.