IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Thursday, January 5, 2012

Nikmat

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!

"Nah. Ambil la.Aku beli di oversea hari tu"

"Gantung-gantung je?"

"Attiq!!! cubalah bersyukur..untunglah ada orang nak bagi.."

..............


Kalau kau bersyukur. Allah akan tambahkan lagi nikmat tuh.

Projek nilaian syurga

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!


Aku, aku, aku, aku.

Siapa paling berani?
Aku.

Siapa paling pandai berhujah?
Aku.

Siapa yang paling hebat?
Tentunya aku.

Allah...

"Kau tahu Bunga..aku suka cakap kat depan. Mungkin sebab memang aku suka bercakap? Hahaha. tapi aku memang suka cakap kat depan terutamanya bila ada microphone.."

"Aku selalu geram bila tengok atau dengar person in charge (PIC) yang uruskan sesuatu slot atau modul kat depan. Rasanya macam depa tak pandai bercakap.."

Allah..

"AWAK!! itu ananiyah tu namanya.." PANG!

Kadang-kadang aku tak sedar barah ini mulai bernanah. Mungkin sudah sampai tahap ke 3 atau ke 4 menurut kiraan seorang doktor..Kiraan Allah?? 

Kau tahu syirik itu datang dari dalam diri apabila sebenarnya kau menyembah diri kau sendiri. Angkuhnya engkau wahai diri. Sombongnya engkau wahai hati. 


Kalau bukan kerana kekuatan dan kasih sayang Allah..Siapalah engkau..

Tiada aku dalam aku. Bantulah aku Ya Allah..