IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label Attiq and her manners. Show all posts
Showing posts with label Attiq and her manners. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Wanita Solehah

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!

Dulu masa kat maahad...

Kami putera puteri suka bergaduh, bertegang lidah dan segala urat yang ada. Kami ditarbiyah supaya sentiasa menjaga batas ketika bermuamalat dengan budak-budak putera. Maka, apabila bercakap tentang hal gerak kerja atau pelajaran pasti dalam suara yang tegas dan muka ala-ala berkerut. Dan mungkin itu juga yang menyebabkan kami sering berselisih pendapat. Batas yang cuba dijaga melahirkan rasa ingin bersaing dan persaingan kami memang sengit. haha. Pelajar puteri tak pernah nak mengalah bila bercakap bab budak putera ni..

Cikgu-cikgu selalu cakap, "korang selalulah bergaduh..nanti besar kang kahwin dengan dia gak." APAKAH?? haha

Realiti dan hakikatnya, budak-budak maahad akan berkahwin sesama mereka jugak. Masa kat sekolah memang sakan bergaduh, tetiba besar sikit dapat kad undangan majlis gembira.Peh..memang selalu. Batch aku sahaja ramai yang sudah menjadi ^_^. Apatah lagi batch abang dengan kakak senior. Kuasa Allah ^_^

Suasana di maahad melatih kami untuk berani tampil kehadapan, bercakap spontan, berani mengeluarkan idea, melatih kepimpinan dalam diri demi untuk melahirkan insan berjiwa rabbani, selaras dengan visi dan misi Hamidiah. Jadi, tidak hairanlah jika  kau ada kenalan daripada Maahad Hamidiah terutama yang muslimat beliau ialah seorang yang outspoken yang bila kau dengar hujahnya akan tertusuk-tusuk hatimu..LANTANG. Mungkin itu pendapat sesetengah orang. Tetapi inilah yang mematangkan kami :)

........

Ada seorang sahabat saya, Rahmah namanya. Dia pengawas merangkap ahli BADAR maahad. Pelajar putera dan ustaz panggil dia singa. Memang superb. Cerdik & pandai di dalam kelas. Aktif bergerak kerja membangun biah solehah di maahad. Kalau ada student yang buat salah laku terutama berkaitan dengan ikhtilat pasti beliau yang akan menyelesaikannya. Kalau ikut waqi' aku hari ini, Rahmah sangat sesuai untuk jadi pemuhasabah. Hehe. 


Nak dijadikan ceritanya, selepas habis SPM (8A woo) beliau melanjutkan pelajaran ke Darul Quran (DQ) kemudian menyambung pula di sebuah pondok di Kelantan. Takdir Allah, jodoh beliau awal dan kini telah mendapat seorang puteri sebagai penyeri rumah tangga bahagia :)
Masa di maahad dulu, beliau selalu bercita-cita ingin menjadi isteri solehah kebangga Nabi :) 


Selepas berumah tangga, beliau telah banyak berubah dari segi keayuan dan kelantangan bersuara tetapi masih berpegang pada prinsip yang teguh. 


(aku pernah post pasal adik-beradik umi wa abiku di entry ini :)


Guru dan suaminya merupakan faktor terbesar perubahan dirinya berlaku. Di sinilah tugasnya seorang suami dalam membimbing dan memperbetul akhlak dan adab si isteri yang dirasakan kurang. Kan perempuan itu tulung rusuk kiri yang sedia bengkok. Kalau ditarik kuat, patah. Kalau dibiarkan, tetap akan bengkok selamanya. Maka, tugas suami ialah meluruskan dengan penuh sopan dan berhemah agar sama-sama dalam rumahtangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah :)


Si isteri juga perlu sentiasa terbuka dengan teguran dan nasihat suami dan mengubah  perangai yang tidak bersesuaian dengan statusnya yang kini bergelar seorang isteri. (Sayap Kiri perjuangan, Bukan sayap sebarangan)


Selain suami, besar jugak peranan seorang guru mursyid dalam membimbing perjalanan tazkiyatun nafs diri seseorang yang akhirnya dapat mengubah perilaku, akhlak dan adab seseorang dalam mengejar redha Allah. Hati yang bersih sangat dititik beratkan dalam perjalanan tasawuf ini.


Macam mana kita nak tahu atau nilai (KPI) sejauh mana ilmu yang kita tuntut itu berkesan? Ahaa..Abi kata,ia boleh dilihat  melalui adab, khidmat dat taat kita. Kalau 3 item itu bertambah baik, maka, ilmu yang kita pelajari menunjukkan kesan.


Kesimpulannya..."Hidup berumah tangga mempunyai aturan yg sangat sopan dan santun dalam islam. Akhlaq mulia suami/istri yang akan membuat khdupan rmh tangga itu bahagia.." ini petikan kata-kata daripada isteri kepada guru yang ku kasihi.




Bil barakah wal karamah..




Al-Fatehah.




"Kita tidak akan dikahwinkan dgn seseorang atas sebab cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dgn jodoh kita, jodoh yg Allah telah tetapkan sejak azali"





Thursday, February 23, 2012

Tamrin Hati

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Saya seorang yang sangat suka bercakap. Semua benda nak sembang. haih. Kalau tiba-tiba suatu hari saya diam seribu bahasa itu maknanya saya bukan dalam kondisi yang baik. JANGAN KACAU.

Ada satu kata-kata:

Barangsiapa yang banyak cakapnya, maka banyaklah salahnya...

Semester ini baru saya benar-benar terasa Allah nak uji saya dengan apa yang saya ada, apa yang selalu saya cakap. Hari ni saya masuk kelas, saya tegur murid-murid saya sebab mereka makan sambil berdiri bahkan berlari bahkan menjerit-jerit. Allah..betapa mereka anak kecil yang masih belum dibentuk lagi..tetapi sudah dipengaruhi dengan sistem yang rosak sekarang.

"Cikgu nak tukar subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan ni jadi Pendidikan akhlak & adab!"

"Cikgu nak bila cikgu keluar nanti awak semua boleh dapat sesuatu yang awak amalkan sampai ke mati."

"Cikgu sangat pantang kalau tengok orang makan atau minum sambil berdiri,apatah lagi makan sambil menjerit-jerit!"

"Awak makan dengan syaitan tahu tak bila awak makan tak baca doa, berdiri plak tuh!"

Habis 15 minit tidak seperti dalam perancangan.huk

Praktikum kali ni baru benar-benar terasa yang saya sedang mengajar depa tentang ADAB yang saya sendiri agak tidak beradab & berakhlak :(

ADAB ni merupakan perkataan yang sangat terkesan di hati saya. Kalau ada orang sembang pasal adab atau teguran mengenai akhlak, cepat hati ini tersa sebab saya sedar kelemahan saya yang satu ini.


aku tersenyum melihat gelagat
mereka yg layak bicara,
takut utk bicara
mereka yg tiada layak bicara
berani bicara

ketawa aku melihat
mereka yang suka memberi nasehat
tulisannya indah,bicaranya hebat
tetapi malangnya ia diliha
hanya permainan kanak2 yang petah berbicara

ada mereka yang bicara tentang nafsu
memberi keinsfan pada pendengar
ada mereka yang berbicara tentang nafsu
memberi kesakitan pada pendengar
ada yang berbicara tentang nafsu
tetapi menambah subur nafsunya


"Kalau awak boleh ubah perangai budak-budak tu jadi baik drpd sebelumnya, awak memang cikgu PSK yang cemerlang. Aplikasi nilai dalam kehidupan sebenar itu lebih penting darpd awak mengajar depa teori semata. Ustaz ustazah tak cukup tangan nak didik depa dengan nak kejar silibus lagi..Silibus PSK ni membentuk depa jadi lebih proper, lebih berakhlak..Mesti nabi suka, Mesti nabi tersenyum, mesti nabi sayang.."


Mampukah aku?


Ya Allah, jauhkan sifat tiada malu ada dlm jiwa anakku
jadikan bicara dan tulisan mrk adalah benar dari jiwa
bukan spt kanak2 yang akan menyanyi apabila diberi mikrofon
walaupun nyanyiannya sumbang dan sakit telinga yang mendengar
tetapi diteruskan juga kerana merasa orang lain seronok dgn nyanyiannya.

........


Tiadalah layak saya nak berbicara tentang tazkiyatun nafs sedangkan hati ini sangat kotor..serupa air kopi pekat..



Dosaku terlalu berat kerana aku menyuruh engkau melakukan kebaikan tetapi aku tidak melaksanakannya. Dan ak menyuruh engkau supaya istiqamah tetapi aku sendiri belm tetap pendirian..

Duhai malangnya nasibku, bila bekalan belum dibuat untuk menghadapi kematian dan sebenarnya aku tidak sembahyang atau puasa kecuali yang wajib-wajib sahaja..



Anak-anak muridku, tolong cikgu laksanakan amanah ini. 

Thursday, January 5, 2012

Nikmat

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!

"Nah. Ambil la.Aku beli di oversea hari tu"

"Gantung-gantung je?"

"Attiq!!! cubalah bersyukur..untunglah ada orang nak bagi.."

..............


Kalau kau bersyukur. Allah akan tambahkan lagi nikmat tuh.

Projek nilaian syurga

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!


Aku, aku, aku, aku.

Siapa paling berani?
Aku.

Siapa paling pandai berhujah?
Aku.

Siapa yang paling hebat?
Tentunya aku.

Allah...

"Kau tahu Bunga..aku suka cakap kat depan. Mungkin sebab memang aku suka bercakap? Hahaha. tapi aku memang suka cakap kat depan terutamanya bila ada microphone.."

"Aku selalu geram bila tengok atau dengar person in charge (PIC) yang uruskan sesuatu slot atau modul kat depan. Rasanya macam depa tak pandai bercakap.."

Allah..

"AWAK!! itu ananiyah tu namanya.." PANG!

Kadang-kadang aku tak sedar barah ini mulai bernanah. Mungkin sudah sampai tahap ke 3 atau ke 4 menurut kiraan seorang doktor..Kiraan Allah?? 

Kau tahu syirik itu datang dari dalam diri apabila sebenarnya kau menyembah diri kau sendiri. Angkuhnya engkau wahai diri. Sombongnya engkau wahai hati. 


Kalau bukan kerana kekuatan dan kasih sayang Allah..Siapalah engkau..

Tiada aku dalam aku. Bantulah aku Ya Allah..