IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

2011 KE ARAH PERUBAHAN

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!


01012011

Aku baru tahu kenapa mesti pengantin perempuan emo-menangis bila majlis akad nikah di jalankan. Ngee. Perasaan dub-dab-dub-dap itu.Fuh. Mendebarkan. Cemas sampai keluar air mata. Saat lafaz itu di baca, di hayati, masuk terus ke dalam hati. Speechless. Janji yang diungkapkan akan terus di ingati dan dilaksanakan. Doakan kami bahagia dan thabat sampai maut menjemput kami ^^ Mawaddah wa Rahmah. Semoga kau dan aku akan berjumpa di syurga nanti ^_^


*Tok kadi memang mantap.haha

02012011

Ingat tak lagi dengan berita kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang pengantin lelaki dan keluarganya sejurus selepas majlis akad nikah di adakan. Lokasinya di negeri Perlis Indera kayanagn. Fuh.  Anda bayangkan sendiri bagaimana penerimaan hati seorang wanita yang keterujaannya tidak sempat hilang apabila mendapat khabar bahawa lelaki yang baru bergelar suaminya kini sudah tiada. Masya Allah.

Biasakan hati dan bibir ini menyebut nama Allah. Apabila dalam keadaan genting dan mencemaskan, Allah sentiasa tetap di hati. 

Alhamdulillah ya Allah. Tammim bil Khoir.


* Kalendar 2011: Time to change versi Muna 'Izzah


 Oh ya. Kalender di atas di siarkan tanpa kebenaran. Kita tengok apa respon beliau.

Tuesday, October 5, 2010

Mahbubun

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!




Subhanallah



Allahu Akbar!




Ya Rahman Ya Rahim




p/s: Awak dah telefon emak awak hari ini?

Saturday, August 28, 2010

Y.

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


kenapa s e n y u m? ada dua pulak tu.

s e n y u m. sebab saya nak belajar senyum dengan ikhlas. langsung dari hati. sebab saya nak banyakkan senyum. sebab saya rasa saya kedekut dengan senyum. sebab, saya hanya senyum dengan orang tertentu. sebab senyum itu rupanya penawar kepada penyakit. sebab senyum itu buat hidup saya gembira sepanjang hari. sebab senyum boleh merapatkan hubungan. sebab senyum boleh mencetuskan ukhwah. senyum itu indah.

kenapa dua?

sebab ada s e n y u m 1. hanya untuk saya dan hati saya.

Doakan saya jadi hamba Dia yang paling murah dengan senyuman.

=)