IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, November 30, 2010

Pesanan Abul 'Ala Al-Maududi (Pemikir Islam) kepada Mahasiswa

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah.

"Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini.

Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan.

Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si 'pembunuh' sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut.

Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk.Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."



Al-MAudidi


.........
Fikir2kan wahai mahasiswa yang berada dalam golongan 4.29 juta yang belum mendaftar sebagai pengundi!

Wahai saudara semahasiswa ku! kuasa ini adalah milik kalian, jadi gunakanlah kuasa ini untuk menentukan hala tuju negara kita. kalau kalian tidak ambil tahu maka siapa lagi yang akan pedulikan nasib rakyat di tanah air ini.. para pemerintah kini terus menerus merompak harta rakyat dengan mengurangkan subsidi barang keperluan, peningkatan kos pendidikan, sedangkan masih ramai lagi rakyat yang miskin yang masih belum terbela. Adakah kalian redo dengan pembantaian ini? buka hati dan buka minda, jangan biarkan mereka-mereka ini terus memperbodohkan kalian, terus membunuh keintelektualan kalian dengan nikmat keseronokan dunia yang sementara. ayuh kita bangun dari segala kelalaian. Bangkitlah warga mahasiswaku sekalian!


* Petikan artikel sapa entah.

Monday, November 29, 2010

ASYHADU

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



Kedah Sejahtera



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIHANI


Kami peserta Kem Anak Soleh 
Mengaku bahawa kami anak-anak orang Islam
Kami mengaku kami sayang akan Islam
Kami menagku kami hamba Allah
Kami sedar bahawa solat itu tiang agama

Oleh itu kami berjanji
Kami mahu menunaikan solat 
Kami tidak akan meninggalkan solat
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Jadikanlah kami orang yang suka menunaikan solat


لا اله الا الله محمد رسول الله

!الله اكبر الله اكبر! ا لله اكبر






Serius!buat kerja Allah elok2!

Thursday, November 18, 2010

Posto! Posto!

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!




Kepala Surat


Kehadapan YAB Dato' Menteri Besar Selangor yang juga merangkap sebagai EXCO Pembangunan Tanah, Kewangan dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri. Dengan ini, saya sebagai satu daripada jutaan rakyat Negeri Selangor ingin mengemukakan beberapa cadangan dan penambahbaikan agar kepimpinan YAB dapat diteruskan dengan mantop dan diredhai Allah.

....

Sebenarnya saya tidak tahu nak tujukan surat ini kepada siapa. Antara jawatan-jawatan ini, semuanya macam berkaitan sahaja. Antara EXCO Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, YB Yaakob bin Sapari,  EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, YB Teresa Kok Suh Sim dan jawatan yang disandang YAB sendiri. Diharap, sesiapa yang terasa ambil lah ini untuk tindakan susulan.


Hal ini berbangkit adalah kerana.. (ok.mintak keizinan. Tulisan selanjutnya dibawah ini saya tulis dengan ayat tidak skema.Terima kasih)


Hal ini berbangkit adalah kerana pada hari ini 18 November 2010 bersamaan hari Khamis, hari kedua Raya Aidil Adha, kami telah pergi ke pekan Banting untuk mencari kek sempena hari lahir emak yang ke 47. Al kisahnya, bapak telefon, pesan kepada saya untuk membeli satu set KFC Bucket. KFC! Kentucky Fried Chicken! Anda tahu apa ertinya bagi saya? Dengar perkataan KFC pun saya dah fobia.

Seperti mana yang ramai tahu, KFC itu adalah sekutu kuat Amerika dan Yahudi yang menyokong serta mendokong beberapa siri peperangan yang berlaku ke atas Dunia Islam. Terutamanya di negara Palestin yang kini tiada lagi tercatat di atas peta dunia. Apakah maksudnya???


Segala ilmu dan maklumat yang saya terima, menunjukkan bahawa jika kita membeli atau menyumbang kepada mana-maa agensi yang berkaitan dengan msuh-musuh Islam, itu dikira sebagai BERSUBAHAT! Anda tahu dosa bersubahat itu dikira bagaimana? saya ingat lagi masa Form 5, ustaz cerita di akhirat nanti, anak-anak Palestin yang syahid ketika ini akan menuntut bela terhadap kita yang secara tidak langsung memberi sumbangan dalam mebunuh mereka. Ouch. Tidak takutkah anda?

Tsk. 

Dalam hati saya ketika itu, saya menjerit. KENAPA TIDAK ADA RFC DI SINI!!! ARGH!!! anda tahu apa itu RFC? ya itulah Radix Fried Chicken keluaran Syarikat HPA, syarikat Muslim yang sepatutnya kita sokong. Sedap pun sedap. Sementelah saya mengaji di Penang, kami sering ke cawangan RFC di Sg Petani. Lapang rasanya bila makan di situ. Bukan disebabkan lokasinya, tetapi rasa lega atas ketidak risauan memberi sumbangan seperti makan KFC.

Oh ya. RFC ini sebijik macam KFC. Memang dicipta sebagai gantinya. Tsk. Kenapa di Banting ini tiada?? Bukan setakat Banting. Tidak pernah ku dengar lagi ada cawanag RFC ini di Selangor. Tsk.

Dengan rasa runsin, saya bertanyakan pendapat seorang sahabat yang menjadi rakyat kepada negeri yang baru sahaja diisytiharkan MAJU iaitu Negeri Melaka. TSk..

Bukan main lagi beliau mencadangkan beberapa jenis makanan lain yang boleh dibuat ganti. 

"Beli ayam HPA, kat sini ada" -MI

Tak dak..

"haih, mesti ada"- MI

 Tak dak..Satu Banting aku dah pusing.

"piza muslim tak dak ka? Kat sini ada"- MI

Heh. Tak dak..

"hari ni kitorang nak gi makan nasi mandi"

Semestinya di Melaka. huh.

.......

Ok. sila baca bukan dengan nada cemburu. haha.


.....

Apa yang ingin sampaikan disni ialah kepentingan kita mempunyai satu hub makanan halal lg baik. HALALAN TOYIBAH. Menyokog usahawan muslim dan bumiputera.  Perut rakyat jelata juga terpelihara dengan makanan halalan toyibah. Semoga Allah memberkati kita.


Saya tidak mahu mengulas panjang tentang kepentingan hub makanan halal ini di bangunkan. Anda sendiri sudah arif tentang perkara ini.

Saya berasa amat sedih apabila mengenangkan Makanan2 yang ada di Banting, Mc Donal, Secret Recepi, KFC, Pizza Hut. serba serbi lengkap. Tsk.

Saya mohon pertimbangan daripada pihak kepimpinan supaya mengadakan satu usahasama dengan usahawan-usahawan muslim supaya membuka cawanag kedai mereka di Selangor. Saya amat memerlukan makanan zahir dan batin yang diredhai Allah. Please..

Mungkin surat ini juga boleh ditujukan kepada YB Datuk Dr. Hassan bin Mohamed Ali EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Mungkin.


Selangor Maju 2005. Melaka baru je maju 2010. heh.




Salinan Kepada ( s.k)  Blog s e n y u m ii

                                 Pejabat Menteri Besar
                                 
                                 YB Merlimau (permintaan MI)





Rakyatmu,
Siti Norattiqah Hj Azman
Kg. Kundang, Selangor Darul hsan.


Ouch. Enta-enti. Fenomena.

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!




"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara"
 (Surah al-Hujuraat: ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya"
 (Hadis Riwayat al-Bukhari)

.........



Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.




Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.



Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.



Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".




Cinta Remaja Dakwah.



Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".



Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.



Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.






Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah. ..





Salah Faham Ukhuwwah fillah

Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.



Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.



Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh. .lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.



Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.



Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.



Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.



Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".



Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.




Diperolehi daripada Majalah i edisi Bulan Februari 2008
oleh Ustaz Maszlee Malik (Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

Tuesday, November 9, 2010

Baliklah.

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!




The Mujahid!



Hujan kau ingatkan aku.Tentang satu rindu. Di masa yang lalu. Saat mimpi masih indah bersamamu.Terbayang satu wajah. Penuh cinta penuh kasih. Terbayang satu wajah. Penuh dengan kehangatan. Kau ....

Allah izinkanlah aku.Bahagiakan dia.Meski dia telah jauh.Biarkanlah aku. Berarti untuk dirinya.Terbayang satu wajah. Penuh cinta penuh kasih. Terbayang satu wajah.
Penuh dengan kehangatan

Terbayang satu wajah. Penuh cinta penuh kasih. Terbayang satu wajah. Penuh dengan kehangatan. Kau ...

Hujan kau ingatkan aku. Tentang satu rindu. Dimasa yang lalu. Saat mimpi masih indah bersamamu
Kau keluargaku.


.........

Erk??




Friday, November 5, 2010

To Whom It May Concern.

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Apa kamu buat bila tada apa-apa nak dibuat?  Ada satu hari dalam beberapa hari ini, ketidak buat apa-apaan aku buat aku =.=

........


Pergi bilik orang. Kacau orang. Tada kerja.

.......


Pesanan Untuk Orang Berdosa tulisan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni. Bab 7: Hati Yang Menyimpang. Topik 3: Membiarkan Waktu Kosong. Mukasurat 230. (Aku tapandai tulis bibliografi. Jangan Tiru. Nanti gagal.lol.)


Dimulakan dengan sepotong ayat Quran yang aku rumuskan maksudnya seperti ini; Ey Manusia! Kau ingat Allah cipta kau ni saja-saja je ka ha? Sia-sia? Dulu kau tada. Jadi Dia cipta. Kau ingat kau hidup selamanya kat sini? Ey, nanti kau akan kembali jugak kepada Allah!  Untuk rujukan sebenar. nota kaki (surah al-mu'minun:115)


"Jika seseorang memiliki waktu kosong bererti dia lalai"      nota kaki: ulama' salaf.

"Kalau orang yang saya lihat tidak sedang menyibukkan diri dengan urusan dunia atau akhirat, maka nilai orang itu jatuh dari pandanganku." Umar Al Khattab!


Makna katanya orang itu (aku kah?) tada cita-cita, tekad kecuali hanya menyibuk memerhati mengira orang yang lewat di depannya sampai kan dia tabuat ibadah sunat, tidak membaca al-Quran atau tidak bertasbih. Dari pagi dia hanya duduk di taman, di bawah lampu merah, atau di tepi jalan tanpa ada aktiviti apa pun yang berguna untuk dunia dan agamanya, menurut buku ini..

menurut aku pulak. bangun pagi. melenggung. termenung. berangan. bergerak sikit. main tekan-tekan tikus. penat. baring. tidur. bergerak sikit. pegang buku. Tertidur. mengeluh. bergerak sikit. sembang. tetiba dah malam. aik?

.......

Umar adalah seorang Amirul Mukminin (beliau tak state Umar Abdul Aziz atau Umar Al Khattab) tapinya baginda ini suka menyibukkan diri. Kalau sudah selesai buat kerja-kerja pemerintahan, beliau segera pergi mendirikan solat.Selesai solat beliau mendamaikan dua orang yang berselisih, Lepas itu, pergi berkeliling ke rumah-rumah sambil melawat rumah rakyatnya. selepas itu, melawat anak-anak yatim dan janda-janda tua, setelah itu,pergi memeriksa pejabat-pejabat. Kalau semua ini telah selesai, belau lantas berkata kepada Abu Musa: "wahai Abu Musa, inagtkan saya kepada Tuhan."

See? Fuh.

Jadi tada waktu kosong sedikitpun bagi seorang mukmin. Rasulullah S.A.W sendiri adalah orang yang paling menjaga waktunya. Ulama' Salaf ada mengatakan: "Waktu santai adalah waktu kosong. Jika anda melihat orang yang selalu bersantai bererti dia adalah pengangguran." (WHOA!)


............


Useless! Roar!!




Ada banyak lagi cerita tentang kesibukan para amirul mukminin mengisi masa lapangnya dari bersantai-santai.Tidak seperti sekarang. Contohnya bercuti ke Ulan Bator ka.lalala~


Astagfirullah. Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. mulut kena banyak berselawat ke atas nabi Muhammad SAW =D


JANGAN BUANG MASA ANDA DENGAN TIDAK BERBUAT APA-APA. FIKIR! BERBUAT SESUATU UNTUK UMMAT INI, WAHAI MANUSIA. MULUT ITU BIARKAN IA TERUS BERZIKIR. FIKIR!


tik tok.tik tok.



Fastabiqul Khairat!! Cepat! Cepat!