بسم الله الرحمن الرحيم
Allahu Akbar!
Apa kamu buat bila tada apa-apa nak dibuat? Ada satu hari dalam beberapa hari ini, ketidak buat apa-apaan aku buat aku =.=
........
Pergi bilik orang. Kacau orang. Tada kerja.
.......
Pesanan Untuk Orang Berdosa tulisan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni. Bab 7: Hati Yang Menyimpang. Topik 3: Membiarkan Waktu Kosong. Mukasurat 230. (Aku tapandai tulis bibliografi. Jangan Tiru. Nanti gagal.lol.)
Dimulakan dengan sepotong ayat Quran yang aku rumuskan maksudnya seperti ini; Ey Manusia! Kau ingat Allah cipta kau ni saja-saja je ka ha? Sia-sia? Dulu kau tada. Jadi Dia cipta. Kau ingat kau hidup selamanya kat sini? Ey, nanti kau akan kembali jugak kepada Allah! Untuk rujukan sebenar. nota kaki (surah al-mu'minun:115)
"Jika seseorang memiliki waktu kosong bererti dia lalai" nota kaki: ulama' salaf.
"Kalau orang yang saya lihat tidak sedang menyibukkan diri dengan urusan dunia atau akhirat, maka nilai orang itu jatuh dari pandanganku." Umar Al Khattab!
Makna katanya orang itu (aku kah?) tada cita-cita, tekad kecuali hanya menyibuk memerhati mengira orang yang lewat di depannya sampai kan dia tabuat ibadah sunat, tidak membaca al-Quran atau tidak bertasbih. Dari pagi dia hanya duduk di taman, di bawah lampu merah, atau di tepi jalan tanpa ada aktiviti apa pun yang berguna untuk dunia dan agamanya, menurut buku ini..
menurut aku pulak. bangun pagi. melenggung. termenung. berangan. bergerak sikit. main tekan-tekan tikus. penat. baring. tidur. bergerak sikit. pegang buku. Tertidur. mengeluh. bergerak sikit. sembang. tetiba dah malam. aik?
.......
Umar adalah seorang Amirul Mukminin (beliau tak state Umar Abdul Aziz atau Umar Al Khattab) tapinya baginda ini suka menyibukkan diri. Kalau sudah selesai buat kerja-kerja pemerintahan, beliau segera pergi mendirikan solat.Selesai solat beliau mendamaikan dua orang yang berselisih, Lepas itu, pergi berkeliling ke rumah-rumah sambil melawat rumah rakyatnya. selepas itu, melawat anak-anak yatim dan janda-janda tua, setelah itu,pergi memeriksa pejabat-pejabat. Kalau semua ini telah selesai, belau lantas berkata kepada Abu Musa: "wahai Abu Musa, inagtkan saya kepada Tuhan."
See? Fuh.
Jadi tada waktu kosong sedikitpun bagi seorang mukmin. Rasulullah S.A.W sendiri adalah orang yang paling menjaga waktunya. Ulama' Salaf ada mengatakan: "Waktu santai adalah waktu kosong. Jika anda melihat orang yang selalu bersantai bererti dia adalah pengangguran." (WHOA!)
............
Useless! Roar!!
Ada banyak lagi cerita tentang kesibukan para amirul mukminin mengisi masa lapangnya dari bersantai-santai.Tidak seperti sekarang. Contohnya bercuti ke Ulan Bator ka.lalala~
Astagfirullah. Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. mulut kena banyak berselawat ke atas nabi Muhammad SAW =D
JANGAN BUANG MASA ANDA DENGAN TIDAK BERBUAT APA-APA. FIKIR! BERBUAT SESUATU UNTUK UMMAT INI, WAHAI MANUSIA. MULUT ITU BIARKAN IA TERUS BERZIKIR. FIKIR!
tik tok.tik tok.
Fastabiqul Khairat!! Cepat! Cepat!
No comments:
Post a Comment