IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, January 4, 2011

2011 KE ARAH PERUBAHAN

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!


01012011

Aku baru tahu kenapa mesti pengantin perempuan emo-menangis bila majlis akad nikah di jalankan. Ngee. Perasaan dub-dab-dub-dap itu.Fuh. Mendebarkan. Cemas sampai keluar air mata. Saat lafaz itu di baca, di hayati, masuk terus ke dalam hati. Speechless. Janji yang diungkapkan akan terus di ingati dan dilaksanakan. Doakan kami bahagia dan thabat sampai maut menjemput kami ^^ Mawaddah wa Rahmah. Semoga kau dan aku akan berjumpa di syurga nanti ^_^


*Tok kadi memang mantap.haha

02012011

Ingat tak lagi dengan berita kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang pengantin lelaki dan keluarganya sejurus selepas majlis akad nikah di adakan. Lokasinya di negeri Perlis Indera kayanagn. Fuh.  Anda bayangkan sendiri bagaimana penerimaan hati seorang wanita yang keterujaannya tidak sempat hilang apabila mendapat khabar bahawa lelaki yang baru bergelar suaminya kini sudah tiada. Masya Allah.

Biasakan hati dan bibir ini menyebut nama Allah. Apabila dalam keadaan genting dan mencemaskan, Allah sentiasa tetap di hati. 

Alhamdulillah ya Allah. Tammim bil Khoir.


* Kalendar 2011: Time to change versi Muna 'Izzah


 Oh ya. Kalender di atas di siarkan tanpa kebenaran. Kita tengok apa respon beliau.

2 comments:

Muna 'Izzah Md Isa said...

teruk gile ambik xmintak izin. heh.

SITI NORATTIQAH HJ AZMAN said...

ni kalender versi lama. bukan yang last edited kan.hehe.

x pe. kalender peribadi utk semua ^^