Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, August 9, 2011

Jiwa Mutmainnah

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



"Ibnu Abbas memberi 3 ubat tenang jiwa. Duduk majlis bacaan al-Quran samada baca sendiri
atau dengar orang lain baca.Duduk tempat sunyi munajat kepada Allah.Duduk dalam majlis ilmu".




Serabut. Kecelaruan jiwa. Bila kau mengalami keuzuran, kau rasa macam nak menjerit. Tidak mampu berbuat apa pun. 

Kunci kereta terus dicapai. Walau matahari sudah meninggi. Waktu yang ada semakin singkat berbaki.


"Solat Jama' Qasar ni..." dari kejauhan ku dengar Abang Talib menyampaikan kuliah mingguannya. Setia seperti selalu. Macam dulu-dulu. Rindu suasana ini. Rindu dengan cara ini. Cuaca yang sangat menyokong perasaan ini. Hilanglah keserabutan..jauhlah kau..Jauh lah kau pergi dari aku.


Roda terus berputar membawa isi hati yang tidak ketahuan punca. Pemandangan ini. Angin ini. Bau ini. sampai nak terlanggar tiang lampu gamaknya. Datanglah wahai ketenangan..






"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya"













1 comment:

SITI NORATTIQAH HJ AZMAN said...

Ketentraman itu hanya ada pada ridha, ketenangan pada taslim

-Abu Muhammad-