IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Saturday, June 16, 2012

Ambe dah tua

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Hari ini..Pagi-pagi dah dapat mesej yang membuat aku keharuan..nak menangis pung ada.

Beliau suka mengingatkan aku tentang zaman muda-ku. Zaman kegilaan-ku. Beliau membuatkan aku membelek semula semua hasil kerja waktu muda-mudaku dulu..

......

Kata Buya HAMKA, "anak muda ini separuh daripada GILA". Ya, kalau anda anak muda, tahniah kerana mendapat gelaran si GILA.

Kenapa anak muda itu dikatakan GILA?

Kata Buya HAMKA lagi, kalau bukan kerana anak muda bernama Mus'ab bin 'Umair, atau anak muda bernama Zaid bin Harithah, atau si anak muda paling GILA bernama Muhammad bin Abdullah, apakah kita, umat Islam sekarang ini mampu berpijak di bumi dan melihat Islam itu tertegak di situ? Kalau bukan kerana KEGILAAN dalam jiwa anak muda bernama Muhamaad Al Fateh, mungkin Kota Konstantinople hanya akan tinggal sebagai satu daripada impian untuk ditakluk juga...(Anak Muda Gila, budakpicisan.blogspot.com)


...................

Betul lah seperti yang dikatakan bahawa umur ini sifatnya berubah. Tidak tersekat pada satu waktu yang sama..

Tua dah ke kau ni attiqah? 

...........

"Kehidupan,kedewasaan seseorang bukan bergantung pd umur tp pd ilmu dan pengalaman mrk,ramai yg umur lanjut tp ilmu,fikiran dan jiwa mcm budak2, ada yg muda tp ilmu,fikiran dan jiwa mcm org tua..sultan muhammad alfateh,usamah bin zaid adlah golongan muda yg begitu hebat dlm sejarah,dlm usia 20 an memimpin angktan perang dgn jayanya,pentadbir dan perancang yg hebat..." (Walid Al-Malik, Bicara Cinta 2012)


.....

Maaf kerana tidak tertunai lagi janji.. Tinggal satu semester lagi tinggal utk perpisahan ini...hahaha..ITU TANDA-TANDA PERPISAHAN..kan? haha.


.........

Wahai anak muda yang GILA,
Sungguh, aku kagum dengan KEGILAAN kamu.
Hanya anak muda GILA yang sanggup ketepikan 
Segala caci maki hinaan umpatan kejian ugutan
Dan segala macam yang keluar
Dari jiwa mereka yang BACUL
PENAKUT
TAKUT untuk melihat kemenangan ISLAM
TAKUT dengan JANJI ALLAH
Biarlah kau si anak muda GILA dihina.
Setitik air mata kau, SYURGA Allah janjikan.
Asal ikhlas hanya satu niat di hati.
Semuanya kerana ALLAH.
Semoga kau terus menjadi si GILA, wahai anak muda.

...


Anak muda yang GILA mampu merubah dunia. Jadilah kita si GILA ini. GILA untuk menjadi penyambung warisan perjuangan Nabi dan para sahabat.

1 comment:

'Izzah said...

"sahabat yang sebenar tidak memerlukan kata-kata atau kalimah bila bertemu, cukup hati berbicara melafazkan ikrar persahabatan kerana Allah" :)