IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Monday, February 27, 2012

Awak dah fikir masak-masak?

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!


"Betulkan cara berfikir anda berasaskan kpd surah al fatehah,ia merupakan ibu Al Quran..."

Duhai anakku, kesalahan berfikir akan membawa kesalahan dlm kehidupan. fikiran akan terbentuk dgn melalui budaya,adat,suasana, persahabatan,idola,kajian,bacaan. Pemikiran jg boleh dtg dari pengaruh jiwa atau pengaruh syaitan.Maka yg paling selamat,perbentukan pemikiran kita adalah bersumber wahyu Allah swt.

AlFatehah yg kita baca adalah 7 prinsip yg wajib dipegangi krn ia membentuk budaya fikir dan seterusnya budaya kehidupan. 

Prinsip 

1.Allah amat cinta pd sekelian hamba,dan jgn meragui cintaNya. jika kita menyakini cinta Allah,maka kita akan tenang dan pasrah kpd kekasih kita dlm kehidupan.PadaNya tempat kita bermanja,berbisik ,merasa bahagia,tenang dan selamat. 

2.kita hanya pemegang amanah,bukan pemilik mutlak pd diri sendiri dan apa yg wujud pd alam

3.setiap tindakan perlu berfikir jauh dan matang krn ia akan memberi kesan bkn sekadar kehidupan dunia yg kecil ini,tp kehidupan yg luas dan kekal abadi. 

4. Kehidupan wajib menjurus pd ibadah walau apa yg kita lakukan, jdkan doa dan tawakal sebagai senjata utamamu dlm kehidupan,memandang diri amat lemah dan setiap detik perlukan pertolongan Allah. 

5.Berpegang atas jalan Islam dalam seluruh kehidupan krn ia adalah jln yng membawa kehidupan yg terurus,suci,bahagia dan tenang.

6. Cintailah Baginda saw dan segala sunnah kehidupan Baginda, dan semua mrk yg benar mengikut jalan Baginda,Baginda adalah cahaya daripada Allah,mrk yg berjln tanpa Rasulullah, mrk berjln dalam kegelapan. Cinta akan membawa kita bersama dgn mrk yg dicintai. jgn memusuhi dunia,dunia tidak bersalah dgn sesiapa, ia mmg dicipta dgn kegelapan,kesalahan kita adalah berjalan tanpa memiliki cahaya.

 7. Jangan mengikuti golongan yg tiada mencintai Baginda saw dan sunnahnya, yg mencerca para sahabat r.a. menolak para imam aswj dan memusuhi para aulia .Jlan cahaya hanya satu dan cahaya Rasulullah yg terus mengalir dari zaman ke zaman melalui waris Nabi yang Haq dikalangan aulia, ulama dan solehin yg benar ,mrk benar mengikuti sunnah Nabi pd zahir dan batin.Persahabtan dgn mrk yg benar akan membawa kita berfikir secara benar.

Tujuh prinsip alfatehah jika benar dipegangi,akan merubah pemikiran dan kehidupan kita. Sayangi diri dgn berada pd jln yg benar,jgn sentiasa mengharap org lain sentiasa memujuk kita pd jln kebenaran,dakwah bkn paksaan,ia hanya seruan,ia kembali diri kita sendiri samada mahu merubah dirinya kpd cahaya atau tetap mahu berada dlm kegelapan. pilihlah samada mahu berfikir dgn wahyu atau berfikir dgn nafsu atau manusia sekeliling.

Guru yang ku cintai,
Walid Al-Malik

No comments: