IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Monday, February 27, 2012

Dear Muna,

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


26.01.89 Siti Norattiqah Azman
27.02.89 Muna 'Izzah Md Isa

(That's why i'm bigger than you)

Timeline aku-kau

Lama dah kita kawan. Hampir 5 tahun. Macam-macam benda dah jadi. Macam-macam benda dah dikongsi. Kita tetap bertahan sampai sekarang. Kasih sayang Allah semuanya ^_^

Kawan dengan kau buat aku tambah lagi satu keluarga baru. Pakcik Isa, Makcik  Naimah, along (selamat pengatin baru),angah,widaad,mus'ab, auni...such a bliss. Pakcik & Makcik tahniah & terima kasih sebab dah besarkan Muna sampai dia jumpa dah 'Izzah dia. Umur pun dah naik 23. Orang kata semakin bertambah umur, semakin dekat kita dengan kematian. 

"Semakin hampir manusia dgn Allah,maka semakin mudah berada dlm dosa yg besar lantaran cemburunya Allah..."


Benda yang paling terkesan sekali selama kita bersama ni kau nak tahu apa? haha..Bila kau jadi driver aku tak kan tidur (except la bila kita tgh gaduh atau aku tak dak mood nak bercakap). Lama kot perjalanan Penang-Selangor-Melaka. First time dulu seksa gak nak kena layan kau supaya kau pun tak tido masa driving.heh. Lama-lama dah biasa. Dan sekarang bila aku pulak yang drive dan kau tido. aku pun dah biasa :)

Sebenarnya ada banyak lagi benda yang bermakna yang boleh dicerita, tapi biarlah jadi rahsia kita berdua.


Besarnya umur 23 ni lebih terasa bila kau akan melangkah ke satu lagi tangga maratib amal yang telah digariskan. Subhanallah. Ke arah pembentukan daulah Islamiyah! Takbir. Semoga Nabi berbangga & tersenyum kerana kau akan melaksanakan salah satu tuntutan sunnahNya. 



Naik tangga :)


Kan kalau bas nak berhenti akan ada satu daya yang kita panggil momentum.kan? satu jangka masa yang diambil sebelum ia berhenti.aku amek masa setahun jugak nak adapt dengan berita gembira ni. Busyrolana~nil nal muna~ hihi.Setahun terakhir yang paling banyak air mata, paling banyak gaduh, paling banyak ketawa,paling banyak suka duka.Macam-macam Allah bagi :) kau sendiri banyak terasa dengan aku sewaktu proses transisi ini berlaku.kan? haha. Susah nak biasakan. Tetapi akhirnya, kita masih lagi bertahan hingga saat ini dan aku dah boleh mandiri sendiri sekarang:) dengan Rahman & rahim Allah. Fuh..tarbiyah.tarbiyah..


Bagi aku, kawan baik ialah orang yang paling susah sekali kita nak nasihat atau tegur.Walaupun macam-macam benda yang kita rasa ada sesuatu yang tak betul disitu.huh. tapi tak boleh nak cakap. Diam itu jalannya.Jadi sebenarnya, aku bukanlah pengkritik kau yang baik. Maafkan aku kawan..aku bukan kawan yang baik. Seorang sahabat sejati ialah apabila dia melihat kepadanya akan teringat akan Allah..Terima kasih sebab kau dah jadi kawan terbaik ang pernah aku ada.


Paling aku tak kan lupa sekali ayat kau ialah "tiq, muka gelap bukan bermakna hati gelap kan.." Gelak besar aku dengar..walaupun hakikatnya hati aku ni hitam pekat (-_-)


Aku selalu tak tahu nak buat macam mana bila kau datang menangis depan aku. Aku hanya boleh peluk sahaja. Tak terkeluar ayat yang boleh melegakan hati pong. Aku memang failed pujuk memujuk ni.huhu


"CUKUPLAH ALLAH (MENJADI PENOLONG)BAGI KAMI DAN DIA SEBAIK-BAIK   PELINDUNG" (ALI-IMRAN 3:173)

.........

Sanah Helwah ya Muna 'Izzah..It's the past that molded you, but the present have the power to keep the shape and the future holds the right to make it better! Semoga kau terus istiqamah di jalan ini. Barakallahufik

Eh.aku titipkan nasihat dari guru yang ku cintai;Nasihat utk pengantin


Sign with love,
Attiq














Post ni ala-ala membalas post Cubaan Membumi 26 jan :)

Macam terngiang-ngiang pantun
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Pen Merah pen biru,
U marah aishteru :)

3 comments:

datin said...

terharu...ntah...mg persahabatan yg dibina punya keberkatan

LayyiNah Az-Zahra said...

sobb... syahdu pulak... hu...

anum said...

tapi kau makin cerah.. x aci.. arghhh