بسم الله الرحمن الرحيم
Allahu Akbar!
Dulu masa kat maahad...
Kami putera puteri suka bergaduh, bertegang lidah dan segala urat yang ada. Kami ditarbiyah supaya sentiasa menjaga batas ketika bermuamalat dengan budak-budak putera. Maka, apabila bercakap tentang hal gerak kerja atau pelajaran pasti dalam suara yang tegas dan muka ala-ala berkerut. Dan mungkin itu juga yang menyebabkan kami sering berselisih pendapat. Batas yang cuba dijaga melahirkan rasa ingin bersaing dan persaingan kami memang sengit. haha. Pelajar puteri tak pernah nak mengalah bila bercakap bab budak putera ni..
Cikgu-cikgu selalu cakap, "korang selalulah bergaduh..nanti besar kang kahwin dengan dia gak." APAKAH?? haha
Realiti dan hakikatnya, budak-budak maahad akan berkahwin sesama mereka jugak. Masa kat sekolah memang sakan bergaduh, tetiba besar sikit dapat kad undangan majlis gembira.Peh..memang selalu. Batch aku sahaja ramai yang sudah menjadi ^_^. Apatah lagi batch abang dengan kakak senior. Kuasa Allah ^_^
Suasana di maahad melatih kami untuk berani tampil kehadapan, bercakap spontan, berani mengeluarkan idea, melatih kepimpinan dalam diri demi untuk melahirkan insan berjiwa rabbani, selaras dengan visi dan misi Hamidiah. Jadi, tidak hairanlah jika kau ada kenalan daripada Maahad Hamidiah terutama yang muslimat beliau ialah seorang yang outspoken yang bila kau dengar hujahnya akan tertusuk-tusuk hatimu..LANTANG. Mungkin itu pendapat sesetengah orang. Tetapi inilah yang mematangkan kami :)
........
Ada seorang sahabat saya, Rahmah namanya. Dia pengawas merangkap ahli BADAR maahad. Pelajar putera dan ustaz panggil dia singa. Memang superb. Cerdik & pandai di dalam kelas. Aktif bergerak kerja membangun biah solehah di maahad. Kalau ada student yang buat salah laku terutama berkaitan dengan ikhtilat pasti beliau yang akan menyelesaikannya. Kalau ikut waqi' aku hari ini, Rahmah sangat sesuai untuk jadi pemuhasabah. Hehe.
Nak dijadikan ceritanya, selepas habis SPM (8A woo) beliau melanjutkan pelajaran ke Darul Quran (DQ) kemudian menyambung pula di sebuah pondok di Kelantan. Takdir Allah, jodoh beliau awal dan kini telah mendapat seorang puteri sebagai penyeri rumah tangga bahagia :)
Masa di maahad dulu, beliau selalu bercita-cita ingin menjadi isteri solehah kebangga Nabi :)
Selepas berumah tangga, beliau telah banyak berubah dari segi keayuan dan kelantangan bersuara tetapi masih berpegang pada prinsip yang teguh.
(aku pernah post pasal adik-beradik umi wa abiku di entry ini :)
Guru dan suaminya merupakan faktor terbesar perubahan dirinya berlaku. Di sinilah tugasnya seorang suami dalam membimbing dan memperbetul akhlak dan adab si isteri yang dirasakan kurang. Kan perempuan itu tulung rusuk kiri yang sedia bengkok. Kalau ditarik kuat, patah. Kalau dibiarkan, tetap akan bengkok selamanya. Maka, tugas suami ialah meluruskan dengan penuh sopan dan berhemah agar sama-sama dalam rumahtangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah :)
Si isteri juga perlu sentiasa terbuka dengan teguran dan nasihat suami dan mengubah perangai yang tidak bersesuaian dengan statusnya yang kini bergelar seorang isteri. (Sayap Kiri perjuangan, Bukan sayap sebarangan)
Selain suami, besar jugak peranan seorang guru mursyid dalam membimbing perjalanan tazkiyatun nafs diri seseorang yang akhirnya dapat mengubah perilaku, akhlak dan adab seseorang dalam mengejar redha Allah. Hati yang bersih sangat dititik beratkan dalam perjalanan tasawuf ini.
Macam mana kita nak tahu atau nilai (KPI) sejauh mana ilmu yang kita tuntut itu berkesan? Ahaa..Abi kata,ia boleh dilihat melalui adab, khidmat dat taat kita. Kalau 3 item itu bertambah baik, maka, ilmu yang kita pelajari menunjukkan kesan.
Kesimpulannya..."Hidup berumah tangga mempunyai aturan yg sangat sopan dan santun dalam islam. Akhlaq mulia suami/istri yang akan membuat khdupan rmh tangga itu bahagia.." ini petikan kata-kata daripada isteri kepada guru yang ku kasihi.
Bil barakah wal karamah..
Al-Fatehah.

"Kita tidak akan dikahwinkan dgn seseorang atas sebab cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dgn jodoh kita, jodoh yg Allah telah tetapkan sejak azali"
No comments:
Post a Comment