بسم الله الرحمن الرحيم
Allahu Akbar!
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi
Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
Pernah ada seorang sahabat mengulas mengenai sajak Pak Lah ini, Aku cari mana dia Al-Ghazali....
"tak payah cari jauh-jauh..kat maktab ni ada sebuah..tersergam indah lagi.." hahaha.hehSurau Al Ghazali..
Sehebat namanya....
Pak Uda selalu buat aku terfikir..Cuba kamu tengok betapa 'izzahnya Al-Gahzali kita..lokasinya sangat strategik..tanahnya pun tinggi..surau kita letak di tempat yang tinggi...
“Al- Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih”
Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya
Masa mula-mula masuk maktab dulu..Julai 2007 sampai la sekarang Julai 2012..banyak sangat perubahan yang berlaku..Subhanallah..
Daripada guna karpet hijau kuning sampai tukar ke tile putih
Daripda dinding putih tukar cat hijau oren
Daripada tabir langsir ke papan dinding tukar plak ke langsir semula..
Daripada tak boleh solat jumaat di situ sampai boleh dah solat jumaat sekarang ni..
Allah..macam-macam benda dah terjadi..macam-macam benda dah lalui..
5 tahun setengah hidup bersama surau Al Ghazali..
Masa mula-mula masuk maktab dulu..aku suka bertapa kat dalam surau ni..sorang-sorang pun tak pe. Dulu, surau ni tak berapa nak imarah..jadi kebanyakan waktunya aku akan solat berseorangan di bahagian muslimat...perubahan biah yang berlaku dari Maahad ke maktab buat aku rindu duduk di surau...
Tak lama lepas tu..aku ada geng kalau gi surau..tak janji pung..tapi mesti akan jumpa bila solat di sana..Paling susah nak mujahadah subuh kat surau..Suatu ketika, asrama di pasang grill di semua pintu masuk..Grill akan dibuka hanya pada jam 6 pagi..Turun-turun tangga..sampai depan pintu grill tu,berkunci..kecewanya...Subuh dah la masuk awal..dari kejauhan je dengan imam mengimani makmumnya...
Ada satu waktu, aku batuk dengan sangat teruk. nak katanya, macam sepanjang tahun tu..istiqamah je batuk ni berbunyi..Suatu hari kat kelas, Noh kata "teruknya batuk ko attiq..aku dah taw dah ko gi subuh kat surau bila dengar batuk ni.."
Huh..semenjak tu, tak solat subuh dah kat surau..bukan sebab batuk tu..tapi sebab ada org dah tahu sapa di balik dinding muslimat itu..huh..tapi mana boleh tahan lama sgt tak solat kat surau.........
Sekarang pun masih sama..selepas diarah untuk duduk di luar maktab..tiada peruntukan asrama untuk kami yang semakin membesar..keterikatan dengan SAG tidak terputus..Allah bagi kekuatan untk datang ke program-program yang dianjurkan oleh pihak Badan kebajikan Surau.
Tambah-tambah lagi bila hati ini rasa serabut sangat..memang tak boleh duduk sendiri di rumah..kunci kereta dicapai..SAG yang di tuju..mesti waktu tu, langit akan warna oren..suasana kat maktab yang lengang dan sunyi..bunyi azan magrib bersahutan...dan jadi sangat lega bila pijak kaki ke dalam surau. RASA itu...aura apa ntah..tapi mesti atmosfera nya akan jadi sangat sayu..huhu (ye la..hati serabut kan..)
Muazzin dan imam selalunya akan orang yang sama seperti waktu aku duduk di asrama dulu..Bila lama x menjengah ke SAG dan ke sana semula..RASA itu datang..Tambah pulak bila sohibul qasidah yang jadi imam..huwaaaa..menitik-nitik air mata membasahi telekung rasanya...
Sambung bertapa di surau sampai rasa serabut tuh dah hilang sikit...Terima Kasih ya Allah..
Benda yang akan aku rindu selepas keluar nanti..
No comments:
Post a Comment