Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Friday, August 27, 2010

Tawareh

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!

Malam 18 Ramadhan.

Dongak ke atas tersenyum. Ada bintang-bintang yang tak dapat dihitung. Ada bulan yang terang membulat. Toleh ke kanan senyum. Ada jemaah yang meramaikan surau. Toleh ke kiri senyum. Ada keluarga yang menghidupkan Ramadhan. Tunduk ke bawah senyum juga. Ada banyak bunga baru yang emak tanam kembang berbunga.

Hari-hari terakhir bagi fasa ke 2 Ramadhan; KEAMPUNAN.
Sudah puas ka kita memohon ampun kepada Allah? Jemukah kita meminta merayu kepada Allah?

Ya Allah, beri aku kekuatan untuk terus mengabdikan diri kepadaMU. kadang-kadang datang rasa penat baca doa yang sama.mintak benda yang sama. TETAPI, Allah tak pernah jemu nak dengar apa yang kita minak dariadaNya. Manusia selalu lupa. manusia itu aku.haih.

.....

Taraweh.

Rakaat 1. surah al-Qadr
Rakaat 2. surah al-Asr

Rakaat 1. surah al-Qadr
Rakaat2. surah al-Kafiroon

Setiap kali rakaat 1 mesti akan baca surah al-Qadr. sampai rakaat ke 20. Memang predictable. ate, bapak kata kat kundang memang buat macam tu. biar senang ckit untuk imam yang bukan hafiz quran. lagipun nak ingat kan pada jemaah akan kedatangan satu malam yang tak ada tandingannya. lebih baik dari 1000 bulan.


 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 97:1] 
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ [97.2] 
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ [97.3] 
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ [97.4]
 Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ [97.5]
 Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Apa tunggu lagi. Yop. Kejor Yop.

No comments: