Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Saturday, August 28, 2010

Teraweh

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Malam ke 19 Ramadhan.

Masa semakin suntuk. Menjauh meninggalkan hari-hari yang berlalu.


Bintang masih setia menampakkan keindahannya di langit gelap. macam yang Allah kata dalam Al-Quran.

Dan sungguh, Kami telah menciptakan gugusan bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandangnya ^_^
surah Al-Hijr:16

Rasa tenang kejap bila baca ayat ni tadi ^_^


Malam ni, bapak ajak teraweh di Masjid Jamek Kg Kundang. Ada ustaz jemputan dari Jugra nak mai. kali ini buat 8 rakaat jah. campur witir 3. Emak pun ikt sekal. Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk emak solat secara normal tadi ^_^


Subhanallah.sayu je ustaz baca ayat-ayat quran tadi. Bila masa Qunut pada rakaat akhir witir, doa yang dibaca ambil masa dalam 15 minit. doa yang Syed Said Ghamidi baca. agak panjang. sampai part yang mintak keampunan ustaz nangis. kami pun terkesan. Subhanallah.


dan malam inijuga saya jumpa sahabat yang dah lama sangat tak jumpa.sejak dari form 3 lagi ^_^. saya suke bila bermasyarakat masa kat kampug.


saya suka kampung saya.
saya sayang keluarga saya.
saya rindu nak jumpa Raslullah Saw.

No comments: