IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Sunday, October 17, 2010

Pasti Menjemputku.

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



DENGAN NAMA ALLAH AKU MATI DAN AKU HIDUP


Sekarang, aku sedang rasa takut. Sejuk kaki dan tangan. Sejak magrib tadi. Sudah 2 hari kejadian itu berlaku. Rasa itu hadir sekarang. Aku masih belum sedia. Ya Allah..

Seusai magrib tadi aku dibangkitkan lagi dari mati. Sekali lagi aku bersyukur dan takut. Sekejap lagi aku akan mati sekali lagi sekejap lagi. Aku takut mati kecil aku itu tidak diberi peluang untuk bangun sekejap kembali untuk memohon ampun dan bekerja untuk Islam dan Iman lagi. Aku takut...

seram sejuk badan. tapi apa yang harus aku lakukan..Ya Allah..

Ada orang yang matinya dalam bulan ramadan, hari Jumaat pula. Alhamdulillah. Ada orang mati dibunuh. Ada orang mati dalam ketiduran. Ada orang mati saat bersolat. Ada orang mati dalam sujud. Ada orang mati paling suci, mati syahid bermandi darah di medan mempertahankan akidah, diri, akal, kehormatan dan harta. Pilihlah kematian macammana yang kita mahu. Ah, bolehkah aku dan kamu memilih cara untuk mati walaupun kita tahu kematian itu pasti? Ah..

Aku takut nyawa diambil dalam kemurkaan Allah. 

Aku mahu bebas dari Neraka dan seksa azab kubur. Tapi...surah al-Mulk pun jarang aku lazimi sekarang ini, apakah boleh aku menyelamatkan diri? Aku bermimpi mendapat teman yang kacak dan baik di dalam kubur, tapi aku terlalu jarang mendampingi mencintai al-Quran. Ah..aku yang terlalu beretorika.

Jauhkan aku daripada menjadi munafik Ya Allah..

Selagi masih bernyawa. Selagi masih tangan mampu digerakkan. Selagi mata mampu berkedip..tingkaykan imanmu Attiqah. Fokus dan Khusyuk ketika anda solat! tsk..

Tetapkan imanku ya Allah..Matikan aku dalam khusnul khatimah Ya Allah..

Mati itu pasti, cuma caranya berbeza dan tiada dapat kita pastikan lagi. Alangkah indahnya sebuah kehidupan ini jika bermatlamatkan akhirnya mahu berhari raya setiap hari bersama Allah dan Rasul-Nya didalam Syurga-Nya dalam kepuasan, redha dan cinta-Nya. 


Aku takut...doakan aku...


No comments: