IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Saturday, October 2, 2010

....

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

"Cikgu!cikgu! bukan dia yang buat benda tu. tapi saya.."

aku hanya mampu megalirkan air mata. tanx mate.never forget that. Hidup di Maahad buat aku sedar banyak benda. titik tarikh tahun permulaan hijrah ketika di tingkatan empat buat aku rasa sesuatu. Ukhwah yang manis. Sahabat yang  peka. rajin tegur aku kalau ada yang tak kena. selepas habis kelas karate-do pukul lima petang hari tu, dia panggil aku ke tepi dewan. direct dia cakap dengan aku. ada kawan suruh tegur pasal akhlaq aku. terkejut mula-mula. tercabar. tapi dia buat aku terfikir. lama aku termenung. lama aku muhasabah diri. terima kasih kawan.

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Jadi budak baru yang jahil dalam agama di Maahad buat orang mempersoalkan tingkah laku aku. "Attiq, kenapa suka cerita pasal lelaki?" "Lelaki,lelaki,lelaki tak ada topik lain ke nak cerita?"
(zaman muda remaja buat aku nak tergelak.HAHA. memang jahil.)

Mereka ikhlas menegur. meresap masuk jauuuhh dalam hati aku. zaman revolusi dua tahun yang pertama memang mencabar. setiap pagi ke kelas mesti menangis. banyak sangat dosa. tapi aku ada kawan dan sahabat yang sangat ramai untuk mendokong aku. dalam menegur depa masih membimbing. kadang-kadang tanpa depa sedar depa banyak buat aku rasa dihargai. kerdil sangat time tuh. bangun tahajud sama-sama. study sama-sama. nangis sama-sama.gelak sama-sama.makan sama-sama.berjuang bersama-sama. semua dengan matlamat cari redha Allah. aku rindu tarbiyyah di Maahad.tsk.


“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

aku memang senang terpengaruh. dan aku yang sekarang adalah hasil daripada mereka-mereka yang berada di sana. tapi aku yang sekarang sedang bertukar corak. masih tak tahu lagi patern apa. sekejap lurus. sekejap senget. tetapkan hati aku Ya Allah.


"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

aku belum mampu membina pengaruh. aku selalu kagum dengan kata-kata ini: "walau dimana-mana,biar kita yang mempengaruhi sekeliling bukan persekitaran yang mempengaruhi kita."
aku tak mampu. bahkan aku yang terpengaruh. Tetapkan hati aku Ya Allah.


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


aku masih busuk. Aku dah 21 tahun. Dan masih ada orang yang suruh aku memilih kawan yang betul. maksudnya? aku memang busuk. tapi aku nak kawan-kawan aku wangi. biar semerbak. aku sayang kawan-kawan aku.

....


“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

.......


Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”



tsk. aku tak suka bila kakak tanya soalan itu. tak mampu nak tahan air mata. aku cuba tawazun kak!




5 comments:

M.I said...

Maafkan saya kalau saya tak pernah jadi kawan yang baik untuk awak.
Maafkan saya kalau saya tak pernah jadi sinergi yang bagus untuk awak.
Maafkan saya kalau saya tak pernah jadi tulang belakang awak yang kuat.

maafkan saya.

:'(

attiq said...

maafkan saya jugak.

Muhammad berkata:

"sesungguhnya aku tidak mengetahi ada oarang yang lebih baik persahabatannya dengan aku daripada Abu Bakar. Kalau boleh aku mengambil seseorang sebagai kekasih, nescaya aku ambil Abu Bakar sebagai kekasih, tetapi aku aalah kekasih Allah. Hati aku dipenuhi cinta Allah"

inilah contoh tebaik untuk kita ikt. saya sayangg awak.Dunia Akhirat.

Anonymous said...

salam..

tertarik ngn prktaan tawazun 2??

ape mksdnya?

mtk huraian...

kalu bleh wt 1 entry.. =)

SITI NORATTIQAH HJ AZMAN said...

tawazun itu seimbang.

seimbang dunia akhirat.
seimbang yng boleh bwk kita gi syurga ^__^


entry khas? kita tggu dan lihat

Anonymous said...

ok, tq kak..

sy tnggu entri 2.. =)