Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Monday, May 2, 2011

Ready To Be Alone 2

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



.:treasurer.:


Pernah tak korang plan macam mana nak mati macam korang plan nak hidup dengan bersungguh-sungguh. Live life to the fullest! heh.


.............


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Libya. Pernah dengar pasal Libya? As syahid ustaz Ibrahim Libya? 

Pernah suatu hari,beliau dalam perjalanan ke satu ceramah. Perjalanan sudah lama diteruskan. Tetapi, beliau meminta driver beliau berpatah pulang semula ke rumah sebab beliau 'terubah niat'.
Samapi dirumah, beliau solat sunat 2 rakaat, istighfar, dan meneruskan semula perjalanan. Driver beliau pelik lagi hairan lalu menanyakan hal tersebut.
'Aku terfikir tentang bayaran upah jika memberi cermah nanti' padahal 'Hidup matiku hanya untuk Allah'.

Dush.(rasa tertampar)

Cuba renung. Cuba hayati. Cuba fikir. Cuba ingat. Kerja buat Islam kita selama hari ini. Ada tidak yang perlu di 'sucikan' semula?
Aku, kau, dia, semua. siapa kita??
............

Ada banyak nak cerita but i am not good in wording. haha.

Barakallahufikum..

1 comment:

maizatul suraya said...

Allahuakbar. mohon share ye atiq.