IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, May 3, 2011

Satu Amanah



بسم الله الرحمن الرحيم
Allahu Akbar!


Dalam berjuang, tanpa ada sahabat disisi, apakah rasa itu?



Dengan BismilLah ku bermula

Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini


Sahabat yang sama-sama gembira.



Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi



Sahabat yang boleh kau 'pukul' sesuka hati bila rasa geram. hakhak.


Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai


Sahabat yang bila kau tak dengar khabar dari dia barang sehari pun rasa macam 'ntah'.



Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia


Sahabat yang sentiasa ada tatkala letih 'berjuang'.

Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan 


Sahabat yang bila kau nak nangis dia ada kat depan. hakhak.



Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

Aku sayang semua sahabat yang ada disekeliling ku ini. (touching tak?)haha



..........


Ini contoh lafaz ikrar yang kami pernah buat.








بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan namaMu Ya Allah,
 saya Siti Norattiqah Azman 
dan sahabat dunya wal akhirah
  Muna  'izzah Md Isa 
melafazkan ikrar bersaksikan Mu,
 berjanji akan bersahabat semata kerana Mu,
 Ya Allah,
diikat dengan ikatan 'aqidah dan 
kami juga berjanji akan sentiasa mendoakan satu sama lain,
 menarik kembali tangan andai salah seorang dari kami tersungkur dan akan berpimpin bersama ke syurgaMu
 kerana hanya redhaMu yang kami harapkan. 
Rahmatilah persahabatan kami Ya Allah. 
Amin.











*Maaf sebab aku tak pernah jadi kawan kau yang terbaik*


No comments: