IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label entah. Show all posts
Showing posts with label entah. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

Tiang Agama

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



Dulu kosong.Nothing.Tiada.

Kemudian jarang-jarang.Kadang-kadang.Penin kepala.

Sekarang Alhamdulillah. InsyaAllah selalu ada.

Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya Engkau memegang hati-hati kami. Jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan HIDAYAH itu kepada kami Ya Allah.


Tetapi macam mana nak selalu bersama bila ada?


Saturday, September 18, 2010

Al-Fatihah

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



rare tak gambar ni?haha



Hajah Sarimah Binti Haji Mohd Tahir.
18 November 1964.

Itu emak saya =D 
Dia nampak sihat kan.Alhamdulillah. Gambar di atas di snap pada hari raya ke 8.
Hospital Ampang ibarat sudah menjadi rumah ke dua untuk emak. Kalau saya balik bercuti saya akan menjaga emak di rumah ini. tapi itu semua cerita setahun setengah yang lepas.

Emak sudah selesai buat rawatan kimoterapi yang berjalan selama setahun lebih. Hanya Allah sahaja yang tahu. Sekarang,emak hanya melawat hospital Ampang 3 bulan sekali atau mengikut tarikh-tarikh yang doktor telah aturkan.

Hari ini emak pergi ke hospital untuk buat bone marrow dengan I.T .Bone marrow tu kalau ikut bahasa kampung,orang kata amek air tulang belakang. Kalau orang kampung dengar.depa mesti marah. sebab depa kata nanti pesakit akan jadi lumpuh bla bla bla. Saya tengok sendiri doktor buat bone marrow tu. pesakit memang tak sedarkan diri. dah pengsan. doktor gerudi tulang belakang ni. bnyi dia memang power la. darah pun banyak keluar. belakang badan emak ada banyak lubang-lubang kesan buat treatment ni. kita kena sapu minyak bagi tak bengkak.

I.T ni pulak. tak taw nama panjang dia apa.tapi doktor akan suntik ubat pada tulang belakang.TULANG.bukan daging.memang sakit.lepas wat I.T kena baring lurus. tak boleh pakai bantal selama enam jam. lepas tu baru boleh gerak-gerak.

.........

Doktor feveret emak ialah Dr Zaki ^_^ (haha)
Muda lagi orangnya.Graduate dari UIA. Kakitangan di hospital ini memanggil emak sebagai 'makcik'. kahkahkah. itu tanda emak sudah tua.

...........

Sekarang, emak sudah boleh memandu kereta semula :) Sudah boleh solat secara berdiri. Siap sudah berjaya buat solat terwih 20 rakaat berdiri.whoa.kejayaan yang awesome. Sayang emak. 

Tapi emak masih penat-penat lagi. Tak boleh bat kerja banyak-banyak. Emak selalu nak ke sekolah semula. Tapi kerajaan bagi cuti sampai tahun 2011. Awal 2012 baru boleh mengajar semula.

Raya tahun ini, adalah raya pertama emak dalam keadaan sihat dan kami semua gembira memandangkan tahun lepas keadaan emak masih tidak stabil lagi. Alhamdulillah Ya Allah.

....


Kalian. doa untuk emak saya. semoga diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang Allah bagi ini. Diterima segala amalannya. Diberkati hidupnya. Matikan kami dalam khusnul Khatimah Ya Allah. Aminn 


Oh ye. Emak sakit Leukimia. Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL). 


Al-Fatihah.











Sunday, September 5, 2010

Typewriter

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Oh ya.

Blog ni saya tulis salah satu sebabnya ialah untuk merajinkan diri saya menulis. mengasah bakat yang bukan sekadar tumpul. tapi tak ada apa-apa pun. zero. i am not good in words.

saya lebih suka bercakap daripada menulis.mungkin mlas.mungkin tak tahu nak susun ayat. mungkin terlalu fikirkan format? entah.

lain la macam kawan saya ni. dia memang suka menulis. cita-cita dia nak terbitkan buku. jadi, memang kena rajin menulis la kan. blog dia pun hebat. bukan hanya sekadar tulisan picisan. kadang-kadang ilmiah jugak. tahniah babe :)

Oh. Dan dia pun suka bercakap jugak. pot pet pot pet. bagus dalam menulis jugak. whoa.

banyak benda dan isu terkini yang saya nak kongsi dengan semua orang. lagi-lagi pasal politik negara yang macam hampeh sekarang. isu jenayah yang sangat membimbangkan. isu keruntuhan akhlak muda mudi sekarang. isu ketamadunan manusi yang kian gelap. isu palestin. wahh.banyak sangat nak share. tapi yang macam saya cakap tadi. saya lebih suka bercakap. haha.

jadi, jangan letak harapan yang tinggi saya akan ulas isu semasa di sini. mungkin bila saya ada semangat nak tulis. mungkin masa tu akan ada entry tersebut. wait and see. no one knows.

aja! aja!

Poem

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Salutation to the Dawn



Look to this day! 
For it is life, the very life of life. 
In its brief course, 
Lie all the verisities 
and the realities of your existence :
The bliss of growth, 
The glory of action,
The splendor of beauty, 
For yesterday is but a dream 
and tomorrow is only a vision, 
but today well lived
makes every yesterday 
a dream of happiness
and every tomorrow a vision of hope. 
Look well, therefore to this day!
Such is the salutation to the dawn. 
( Sir William Osler, Kalidasa, Zenki )



saya tak paham. dah puas cuba-baca-ulang-berkali-kali. macam sedap puisi ni. tak pe. saya baca sekali lagi.

Friday, September 3, 2010

Dia

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


everytime. i feel u close to me. i dunno who im supposed to be. 
saya ada kawan. banyak la jugak. tapi dengan yang seorang ni. saya tak tahu nak rasa apa bila dekat dengan dia. tak tahu nak jadi macam mana bila dengan dia. entah.


gimme a chance. cause i dont wanna slip away. gotta keep you in my heart.leaving all my ways.
mungkin saya pernah buat sesuatu yang menyakitkan hati dia. buat benda yang dia tak suka. atau dia yang buat saya sebaliknya. entah.

so many times i feel you in my heart.and i just wanna take it from the start.
tapi sebenarnya dia ada dalam hati saya. selalu ada. tetap di situ. dan saya harap kami dapat jadi yang terbaik sama-sama. entah.

so please hold my hand today. cause i can feel it fallin away.fallin away
saya selalu nak dia rasa apa yang saya rasa. nak kerja sama-sama. bila dia berjaya. saya gembira. bila dia sedih. saya gundah gulana. bila saya rasa down. rasa jauh. rasa sepi. rasa asing. rasa lemah. ya. rasa itu. saya nak dia yang arik saya. dia yang capai tangan saya. kalau sampai tahap dia tampar sedarkan saya. entah.

Allah will show me the way.fallin away.cause i dont wanna slip away.fallin away
orang cakap. kita tak boleh bergantung pada manusia. tak boleh buat pengharapan pada manusia. sebab. Hasbunallah wa nikmal wakil. Cukuplah Allah bagi kita. Yang Maha Kuasa. Yang Maha mengasihani. Dia lebih tahu apa yang kita nak. apa keperluan dan kehendak yang sepatutnya dimakbulkan. entah.

every soul. is walking back to you. i wanna run.
Saya nak sangat bergantung pada Allah. Bertawakkal padaNya. bukan hanya sekadar mulut berbicara. tapi hati yang bergantung padaNya. entah.

what am i supposed to do. your helping hand. i need everyday.there’s something i can do.so in heaven i can stay.
tapi. kat dunia ni. kalau kita duduk sorang-sorang. lone ranger. pon tak boleh jugak. kena ada kawan. keluarga. dan sekurang-kurangnya seorang yang ambil berat pasal kita. kalau kita susah. dia tolong. kalau kita gembira. dia suka. entah.

i walk around the city. in the middle of the night. but nothing impresses me. til i open up my eyes.a dome. in its majesty. a minaret rising high. it’s a place for me that everyday. i’ll go to keep from falling away.
kalau berduka.kita rasa nak sorok dari orang. kalau tensi pon. tak nak dekat dengan orang. kalau merajuk. pon nak jauh dari semua. mana nak pergi? ada satu tempat yang bila kita duduk kat situ kita rasa Dia ada. bila kita pandang. kita rasa Kewujudan Dia. saya ada tempat macam tu. saya suka pergi situ. Subhanallah. entah.

Falling Away.

ini. corat-coret badan sebelah saya. saya pon tak kenal dia. kadang-kadang ada. kadang-kadang tak dak. tak ketahuan dari mana. kadang-kadang dia datang sebab Allah nak bagi ujian untuk saya. untuk tarbiyyah saya.

saya pon tak faham. entah.