IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, September 28, 2010

Untuk Mereka Yang Tidak Mahu Menjadi Seperti Dinosur Yang Pupus Semasa Dunia Berubah.

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!




.ROAR.TOLONG SAYA!!


Intrinsik.Motivasi Intrinsik.Dalaman.Motivasi Dalaman.

Semuanya bermula dari dalam.Dalam mana? Dalam HATI. Keghairahan dan kesungguhan hendak buat sesuatu mesti ada satu semangat dari dalam yang kuat. Baru rasa nak dan seronok untuk buat benda itu. bagi aku.


Subuh dan Isyak kena berjemaah. Baca Al-Quran sebelum matahari terbit. Baca Al-Quran setiap kali habis solat. Selawat sekurang-kurangnya seratus kali sehari. pegang tasbih berzikir. Bangun solat malam. Mathurat pagi dan peang (Sabtu/Ahad baca Kubra). Ratib Al Haddad. Ruqyah Ayat Asas setiap kali lepas solat. Solat DUHA dan Istikharah. Puasa Isnin dan Khamis. Sedekah.Ziarah Mad'u. Asmaul Husna setiap pagi.Selawat Tafrijiyyah sebelas kali sehari. Hasbunallah wanikmal wakil 36-kali-setiap-kali-habis-solat.


Fuh.

Itu semua senarai mutabaah yang ada di dinding depan laptop. Bawah lampu kuning bilik ini. Terlekat kemas di situ. Aku gagal.

Kadang-kadang hanya dapat tanda satu benda ja. Lame kan. Sedar tapi tak buat (Setan-setan)

Aku tak nak jadi hamba yang ingkar dan kufur selepas Allah bagi macam-macam kat aku. Aku dapat keluarga yang terbaik pernah aku ada. Kawan-kawan yang terbaik. Makan minum yang cukup. Woa. Terlalu banyak yang Allah bagi. 

Aku berhutang. Bak kata Professor Syed Naquib Al-Attas, manusia itu berhutang kepada Allah. Mungkin, hutang itu semakin bertambah. 

Dan motivasi dalaman itu boleh dibentuk bila ada tolakan dari luar. walaupun sedikit.

Mari menjadi hamba. Bukan Dinosur.


No comments: