IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Sunday, October 24, 2010

Fikir dan Risau

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



PM kita (: 



Bangga tidak tengok pemimpin kita sangat bersemangat (seperti gambar diatas). Bangga tidak kita punya pemimpin yang berjiwa besar? Bangga atau tidak? 

Ustad Nasrudin Hasan Tantawi kata  "Pejuang Islam ialah pendakwah yg mendidik jiwa ummah & membimbing arah tujunya. Bukan penghukum & bukan juga pendendam. Jiwanya besar."

....

Minggu ini berlalu dengan topik dan isu yang sangat menarik hingga merobek hati. Perhimpunan Agung UMNO berlangsung seperti yang biasa dilakukan setiap tahun. Dengan propaganda dan janji-janji baru. Cerita lama juga masih ada yang diungkit. [tidak mengapa kalau cerita pasal UMNO, sebab saya bakal penjawat awam.Lainlah kalau saya cerita pasal pembangkang.heh?]

ISLAM merupakan isu utama yang sering diperkatakan samaada di atas pentas, di depan televisyen apatah lagi di warung-warung kopi. TRANSFORMASI.TAJDID.PERUBAHAN.HADHARI? Semua orang ingin bercakap tentang agama ini. Semua orang ingin tunjuk hebat dengan bercakap tentang agama. tanpa tahu apa benda sebenarnya yang mereka dongengkan. Isu Agama bukan boleh dibuat main-main. Ini memberi kesan kepada aqidah seseorang. Terpesong aqidah apa natijahnya? Apa yang nak dijawab didepan Allah kelak. Ouh pemimpinku..


  • Zahid Hamidi: Ada Abu Lahab dalam Umno...
  • IFF: Ulama muda 'pertahan' Rosmah, selar pembangkang.
  • Shafie Apdal: Guna masjid daftar pengundi Umno. 
  • Elakkan 'sindrom bisu' dalam isu agama - wakil Perak.
  • Wakil Puteri: PAS tiru wasatiah Umno. 
  • Umno disaran tubuh majlis ulama. 


Perkara di atas merupakan beberapa pilihan tajuk-tajuk utama berita hangat sepanjang minggu ini. PERHATIKAN. Apa persamaan yang anda dapat lihat daripada tulisan merah di atas. PERHATIKAN. Dapat? YE. Islam isu utama. AGAMA ISLAM. AGAMA RASMI negara ini.

ini perkara sensetif! sakit hati apabila ISLAM cuba diperkotak katikkan. Politik Fitnah semakin hebat berpencak di gelanggang sana. ouh pemimpinku.

....

Bercanda bersama sahabat ketika duduk tiada kerja. (Jangan tiru aksi ini)

"Weh. nanti dah ada anak. kau nak namakan anak kau apa"
Oh! anak petama Najib. Anak kedua Rosmah. Anak ketiga Awang Adek.

kah.kah.kah. bergema bilik.

"Ey. Anak pertama kena letak Rosmah. Ros ni suka jadi yang PERTAMA."

HAK.HAK.HAK.

"Apa la nama anak kau. bagi la nama yang islamik yang kearaban sikit..contohnya macam Fathul Bahri ke.."


Kurang ajar tak mereka? huh.

.........

Ini cerita buat iktibar kita semua. ini cerita buat pengajaran bagi yang mahu amik hikmah di sebaliknya. Ini cerita hanya "dongeng" semata-mata. hahaha.

kata-kata terakhir ini saya petik dari kata-kata Ustad Nasrudin Hasan Tantawi:

"Negara perlukan mujaddid yg berjuang membenteras kemungkaran, menegakkan syariah , menyatukan ummah lalu mentadbirnya dengan petunjuk Allah . Rakyat Perlukan pemimpin yg bertaqwa, adil, mesra, amanah dan merasai derita...mereka lalu beri hak mereka & hargai mereka sebagai aset emas negara. Pemimpin perlukan rakyat yg baik , dengar & taat dlm perkara makruf serta tegur & nasihat jika alpa & menyeleweng bukan mengipas & mengampu."





......

Sekian.







4 comments:

NORIZAN ZAKARIA said...

aish.aish.kurang ajar sungguh mereka."kerajaan dh bagi elaun,cukup2lah kondem kerajaan." diorang ada Abu Suffian yang perjuangkan Islam.ish.ish.ish.


ish.ish.ish kerjaanku.

SITI NORATTIQAH HJ AZMAN said...

Ulama muda UMNO pertahan DS Rosmah Mansor isu IIF: Sumbangan pertama dengan langkah sumbang! - by Ust Nik Abduh

munah said...

kurang ajar kan iechan kawan2 attiq ni.

haih.

arh. i still love rosmah.

rosmah. oh rosmah.

SITI NORATTIQAH HJ AZMAN said...

hahaha. seb bek kawan-kawan attiq yang kurang diajar. bukan dia. bertuah punya budak.