IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Saturday, October 13, 2012

Terbang tinngi-tingi!

بسم الله الرحمن الرحيم 
Allahu Akbar!







"Hakikatnya program selawat inilah yg dpt melemahkan gerakan mak lampir,mak saudara

 lampir,sepupu dan sepapat dia..sebenarnya dlm masyarakat, dlm umno atau pas ramai geng

 mak lampir yg akan kepanasan dgn program selawat ini...klu kita diam maka semakin

 beranaklah mak lampir,maka mak lampir pun kata,wahai ummi fadilah, 500 tahun lalu aku 

bersumpah akn membalas dendam siapa yg ada hubungan keturunan mrk yg memasung 

ayahku...harap muslimat  kena belajar jurus ultraman.."







Wednesday, October 10, 2012

Sedia. Bersedia. Persediaan.

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Jangan kacau..Jangan...


Salam cinta pd semua anak perempuan


Jgn biarkan diri terhenti sekadar mengejar cinta suami,jdkan cinta suami sebagai wasilah dlm mendpt cinta yg lebih agung dan suci iaitu Allah dan Rasul..! Jika Allah benar telah menyintai kita ,nescaya kita akan diberikan suatu nikmat ketenangan dan kebahgian dlm jiwa yg tiada terhingga.. kejarlah cinta Allah dlm kita membelai suami dgn penuh kasihsyang,dlm kita membelai anak2 dan bersabar dgn mrk. apabila suami kita dirumah,dia adalah raja utk kita tumpahkan cinta,jika tiada dirumah maka serahkan mrk pd Allah dan kita tumpukan jiwa menyatu dgn Allah sepenuhnya. Ibadah khidmat dlm rumahtangga,membantu keluarga suami dan keluarga ibubapa kita adalah satu ibadah yg mulia dan tinggi darjatnya,jika kesibukan suami tak mampu lagi utk mengadakan hubungan ziarah keluarganya,maka kita sebaiknya yg akan pergi ziarah mrk dan bertanya khbar agar hubungan tiada putus, salah satu sifat kemuliaan ialah kita menyambung silaturahim dgn mrk yg dicintai suami agar tetap berhubung..


Berhati2 lah dgn doa,Allah amat hampir dgn wanita dan amat muliakan,doa ibu lebih didengar Allah dari doa seorang ayah,suami yg menzalimi isteri adalah musuh Allah dunia dan akhirat,namun isteri yg mendpt kedudukan yg tinggi disii Allah apabila sentiasa memohon keampunan Allah pd suaminya walaupun suaminya menyakitinya...
Duhai anakku...carilah cinta Allah dalam kesakitan jiwa dan kehidupan..jdkan mujahadah sebagai satu kenikmatan dlm kehidupan..
Moga difahamkan Allah dgn makna kehidupan yg sedetik ini..

......




Puisi Awak, Kita Ini Bercintakah?

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

--------------------------------------------

Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?

~Hilal Asyraf~
1238
111011
Irbid,
Jordan



.........................................................


Di sini bermula untuk sebuah perjuangan 

di penghujung kehidupan..

Tuesday, October 2, 2012

Rusuk Kiri Awak

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Bagaimana mahu memiliki jiwa yg kental agar tiada menjdi makanan syaitan?


Duhai anakku..



Kita sebagai manusia memilki perasaan namun jangan terlampau mengikut perasaan, hendaklah didik dgn berfikiran besar agar tidak mudah kita lemah dlm hal yg kecil,jdkan brp tokoh wanita yg hebat jiwa mrk spt siti khadijah sebagai idola dan ingatan tika dtg ujian,berjanji pd diri sendiri tidak mahu menjd manusia biasa yg lemah,tp mahu jd manusia para kekasih Allah yg memiliki jiwa yg kental, klu mahu menjd kekasih Allah didiklah diri dgn merasa sama sj samada dipuji atau dikeji,sentiasa ingat bahawa jika kita lemah,maka syaitan mudah menguasai kita dan akhirnya kita menjd budak mrk.



Bykkan doa, ibadah,memaafkan org ,penuhkan jiwa dgn zikirullah, selawat dgn niat menghubungkan rohoni dgn Rasulullah saw,hidupkan cinta pd Allah dan Rasul,belajar didik diri dgn sifat kerendahan jiwa yg dalam sehingga mencintai jln kehinaan dan tidak gembira dgn pujian. Bykkan membaca kisah aulia dan buku tasawwuf karangan imam tasawwuf yg besar,bergaul dgn mrk yg memilki jiwa yg kental dan fikiran yg besar, insyallah jiwa kita akn menjd kuat..

-Ayahanda Walid-


...........


Tidak sampai 40 hari lagi untuk berkelana  di bumi Pulau Mutiara ini. Di sinilah tempat mencari & menimba ilmu, tempat kami mengenal cinta, tempat jatuh bangun, tempat mengenal erti hidup..Dan hidup dalam kalangan sahabat-sahabat muslimat di tahun-tahun terakhir ni membuatkan aku rasa lebih mencabar. Banyak perlu dikoreksi dan dihayati. 

PEREMPUAN. Emosi mengatasi segalanya. Akal pendek budak lelaki kata.huhu

"Akal itu teman hati dan karakter fizik (emosional) itu teman nafsu. maka janganlah engkau rapatkan/dekatkan antara nafsu dan akal..." Sidi Rohimuddin

Hampir setiap minggu, pasti ada masalah baru timbul. Dan pastinya itu satu ujian Allah utk kami bersama.

Walid pesan..

Didik jiwa agar tiada mudah sensitif krn ia akan menjd racun bagi kehidupan, mrk yg berjaya memiliki jiwa yg besar dan berfikiran jauh..

Jgn mudah tewas dgn perasaan yg mahu memerangkap kita dlm perangkap kemarahan,kebencian,kecil hati,merajuk,kecewa,putus asa,minta dikasihani,dipuji,dihormati,dibelai,lemah semangat,tangisan dll..

Setiap langkah diri kita berundur,musuh kita akan melangkah kehadapan dlm ketawa kemenangan..

MUSLIMAT. Perlu gagah melawan nafsu. Jangan pernah dipengaruhi oleh emosi mu.

"Jika ingin sehat selamat dari segala penyakit fizikal akibat tekanan emosional, intelektual dan psikologis maka janganlah beban deritanya diluahkan kecuali kepada Allah atau kepada yang membawa solusi kepadaNYA.." Sidi Rohimuddin.



Melangkah dan terus melangkah tanpa berpaling lg kebelakang hingga sampai janji Allah..

Monday, October 1, 2012

Pejuang Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم 
Allahu Akbar!


Duhai anakku

Benih hanya akan tumbuh subur apabila disemai ditanah yg baik.
Ilmu dan ibadah hanya akan tumbuh subur apabila disemai pd tanah hati yg ikhlas dan merendah diri.
Mrk yg tiada ikhlas dan tiada mahu membuang keegoan diri,ibadahnya tiada akan tumbuh menjd cahaya bagaikan benih yg tiada akan tumbuh menjd pohon. 
Berkata imam alghazali "ramai yg mati dlm keadaan tiada bertaubat dari dosa yg besar iaitu takbur sedangkan sifat takbur adalah punca azazil dimurka Allah."






Memiliki kekuatan iman shj belum cukup sebagai seorg mukmin tanpa digabungkan dgn kekuatan ksayang..jika dgabunhkan kedua,nescaya segala kekuatan syaitan dan dajal akan hancur jika berdepan dgn mrk..
Tempat yg hidup selawat nescaya tiada akan tembus syaitan utk melihat atau mendengar disitu,mkr akan hancur jika cuba mendekati krn kalimah sslawat penuh dgn energy kecintaan,kecintaan Allah pd RAsulullah dan cinta mrk yg akn Baginda saw..dan cinta Baginda pd Allah dan umatnya..

Hidupkan dakwah mahabbah Rasulullah dimana tempat agar ssgala kekacauan yg dibina oleh syaitan akan hancur dan masyarakat akan kembali pd akhlak yg mula dan diredhai ..




Cinta adalah penawar besar boleh melembutkan jiwa yg kasar,firaun tak mampu membunuh Nabi Musa walaupun amat marah krn sakit ditarik janggut,,namun krn dirayu oleh wanita yg dicintainya Aisiyah..dia menghentikan niatnya.Dia membunuh aisiyah pun krn isterinya itu dilihat tiada lg cinta pdnya setelah diberi pilihan samada dirinya atau Nabi Musa as..apabila isterinya memlih Nabi Musa as,dia amat kecewa dan amat marah sehingga dia menyiksa dan membunuhnya,,...

Cinta boleh melembutkan seseorg yg ganas,tapi cinta juga boleh menjdkan org yg lembut menjd ganas .....

Bertakwa kpd Allah krn ia sebaik bekalan dimana kita berada..

Semoga diberkati Allah..



Saturday, August 11, 2012

Serikandi Berselawat

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!


Pd anakanda yg dikasihi,

Masyarkat Jahiliyah Mekah merasa hina dgn anak perempuan,membunuhnya dianggap kemuliaan.Tiada bangsa didunia ini ketika itu memuliakan wanita malah ada kajian yg buat oleh rom adakah wanita boleh dimasukkan dlm kategori manusia. Isteri menjd pusaka yg boleh diwariskan pd anak2 jika mrk mahu pdnya samada sebagai hamba atau mahu dijualnya.

Ketika masyarakat menghina wanita,Rasulullah ketika bergelar Rasul lg dgn penuh kasihsayg mendukung anak2 perempuannya kemana Baginda pergi,Baginda tak peduli cemuhan disekelilingnya,jiwanya yg suci dan penuh cinta tak akan terikut dgn budaya hidup masyarakat jahilyah yg sudah hancur jiwa sucinya.

Baginda disekelilingi dlm sejarah hidupnya amat mencintai wanita dan amat dicintai wanita. Nabi seorg yg lembut dan semua wanita berani bergurau dgn Nabi sehingga dlm disebut dlm hadis bukhari ,jika Baginda pergi kepasar,ramai wanita kalangan yg menjual menarik tgn Rasulullah saw mengeliligi pasar krn kasihnya pd Baginda saw. Namun Baginda saw adalah seorg yg amat pemalu dan sentiasa menundukkan wajahnya yg mulia apabila berada dlm majlis yg ramai.

Baginda adalah pejuang bagi kemuliaan wanita ,melarang menghina dan melakukan kezaliman pd wanita. Baginda amat lapang jiwanya bila bersama dlm majlis bersama wanita.Pernah sekali Rasulullah bersama jamaah wanita,suasana ketika itu amat bising krn mengambil peluang bicara dgn Baginda,apabila dtgnya Saidna Umar ra. semua wanita td terdiam,lalu Baginda tersenyum dan mengatakan secara bergurau pd saidina umar ra.'Ya umar,syaitan lebih takut kamu pd diriku" lalu marah saidina umar pd jamaah wanita itu krn lebih takut dirinya drpd Rasulullah saw.

Rasulullah amat mencintai anaknya bungsunya Fatimah ,apabila anaknya dtg,Baginda bangun memegang tgn fatimah dan membawa duduk bersamanya dan berbual dgn penuh kasih. Berkata Aisyah ra" sungguh indah bila melihat pertemuan anak dan ayah iaitu Rasulullah dan Fatimah ra.Nmun cintanya pd fatimah tidak diberinya dgn kemewahan,tiada dijodohkan dgn anak/ raja dan bangsawan yg ramai meminangnya,dijodohkan dgn Saidina Ali r.a. yg miskin dan serba daif.Saidina Ali sendiri pd awalnya menutup niat utk meminang Fatimah r.a walaupun amat dicintainya memandanhkan kekurangan dirinya,namun apabila disuruh oleh Saidina Abu Bakar baru berani meminang krn Saidina Abu Bakar memberitahu bahawa Baginda sentiasa menunggu pinangan dari Saidina Ali.

Begitu jg apabila anaknya Fatimah dtg meminta pembantu rumah,Baginda tiada memberi hanya menyuruh anaknya bykkan zikir..."Ya Fatimah,engkau adalah penghulu wanita disyurga,bersabarlah engkau..."

Cinta Baginda amat tinggi pd kaum wanita sehingga khutbah haji wida memberi pesanan agar muliakan wanita,...maka wajarlah anakanda semua cinta pd Baginda melebihi yg lain didunia yg fana ini dan mengajak kaum hawa mencintai Baginda bersma ssbagai membals cinta Baginda walaupun mungkin tiada boleh mengatasi cintanya yg agung..

Selamat menyambut lailatul qadar mlm yg bersamaan dgn seribu bulan kelebihannya..

Monday, July 16, 2012

Nabi Muhammad Afdholur Rasul

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Semoga kita mendapat limpahan keberkatan apabila mengalunkan qasidah ini..








Sollahhu alan Nabi..Ya Nabi
Sollahu ‘alar Rasul
Sollahu ‘alaL habibi
Nabi Muhammad afdholur Rasul

Saidina Umar,Uthman,Ali, Ya Rabbi
Abu bakar sahabat Nabi
Siti Fatimah binti Rasuli
Ya Rasulullah,junjungan kami

La illaha illallah Ya Allah
Kalimah tauhid penyejuk hati
Siapa benci kalimah Allah
Kelu lidah di waktu mati

Ya Rasulullah Ya Habibi
Tunggu kami di titian meniti
Peganglah kami duhai Nabi
Agar tiada ke neraka menanti

Islam ,iman,tauhid makrifat
Pegang teguh syariat Nabi
Islam itu membawa rahmat
Hidup bahagia mukmin sejati

Baitul makmur di langit tinggi
Tempat tawaf malaikat suci
Rajin- rajin menyuci Qalbi
Itu amalan Allah cintai *2x rangkap akhir

Sollahhu alan Nabi..Ya Nabi
Sollahu ‘alar Rasul
Sollahu ‘alaL habibi
Nabi Muhammad afdholur Rasul
 

Thursday, July 12, 2012

Perempuan Pendesak

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



"Dasar perempuan pendesak!"

"Attiq!! Zul kata kau perempuan pendesak..haha" 

Tertampar hatiku..tapi..itulah hakikatnya.


Sejak dua menjak ni, aku selalu nampak diri aku pada orang lain.

seperti ingin memantulkan bagaimana aku bermuamalat, bersosial dengan manusia lain.

memang hodoh..sangat hodoh..

malunya jika benar aku berkelakuan sebegitu..

Aku nampak dia membentak-bentak meminta sesuatu benda.


Aku nampak dia merengek memaksa sahabatnya melakukan sesuatu.


Aku nampak dia bercakap meninggikan suara apabila berbicara.


Aku nampak bagaimana respon individu yang berada disekelilingnya..




Dia itu seperti aku. Aku nampak aku melalui dia..


Hodohnya aku..
............


Puncanya satu.


Tiada kesabaran. Tak sabar langsung. Memang tak boleh bersabar.. Hai la..


Aku memang tak boleh kalau bab-bab menunggu ni..paling lemah.Failed. habis orang tu aku fire.huh


Semua sahabat faham perangai buruk aku yang satu ni..


Ada yang pernah menangis kerana sikapku ini..


.....


Suatu hari kami pergi shopping barang di Tesco.


Barang yang aku nak cari semua dah selesai. tinggal tunggu dia selesaikan barang yang ingin dibeli..Masa ni mula la bahang nya..


"Wan....cepat la.."


"Wan~~~"


Dia buat dek jah..taw dah kata aku nak cepat..dia buat tak layan ja.


"Wann........jom la..."


"Attiq..kau ni kan..cuba la sabaq sikit..Nanti mesti Allah uji kau menunggu bakal suami kau datang meminang..Apa kau nak buat? hai la.."


Tak maw la..(hatiku berbicara.hahaha.taw takut..) 


"Ye la..ye la.."












...........


Minggu lepas aku pergi ke satu program. Aku sangat terkesan dengan sikap buruk ku ini..


"Kak attiq ni kan..itu namanya kerja orang tak sabar..hish.."


Dan




Aku rasa aku perlu berubah..









Aku nak Nabi Muhammad bangga aku menjadi ummatnya..


Aku nak Nabi Muhammad tersenyum melihat indahnya akhlak ku bermasyarakat dengan yang lain..


Aku nak nabi Muhammad mengaku aku ummatnya..


Aku nak mintak syafaat Nabi Muhammad di akhirat nanti..




Aku nak semua orang selesa bekerjasama dengan ku..


Aku nak Islam menang!




.......


Kekecewaan itu akn terubat,Kelukaan itu akan pulih,
Akhirnya aku menanggung rindu lantaran sikapku,
Tidak akan ku berpaling,
Walau ia meniti hari.....


.: Datin Alwani Abu Bakar :.




Doakan yang terbaik untuk aku..


Yang bakal menempuh madrasah Ramadhan yang mulia.


Tiada aku dalam aku..

Wednesday, July 11, 2012

Emak

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



Suatu hari.

"Assalamualaikum pak..sihat ka? tengah buat apa?"

"Sihat..bila nak balik?"



4 hari kemudian.

"Assalamualaikum pak..tengah buat apa? semua ok?"


"Sihat..bila nak balik?"


....


Munawir bagi mesej dalam inbox Fb


"gtw mak mlm ni kul 9 ak tepon rmh. ok"




Aku pun terus mesej bapak dengan emak balik sekolah hari tu..




Bapak balas, Emak kat hospital Ampang.




Tersentap bila baca mesej tu.Terus telefon bapak..




"Memang dah sampai jadual mak ke hospital ke pak?"


"tak la..kimo pot mak sakit.bernanah-nanah..gi klinik Amin, dia suruh gi jumpa doktor kat Ampang.."




"Aha..dah dapat giliran belum ni?"


"Baru je sampai..ramai orang hari ni..harap-harap mak tak kena tahan kat wad.."


.....


Aku pun kalut la bagi mesej pada munawir semula yang mak tak kan sempat sampai rumah jam 9 malam tu..kena telefon no hp emak..jenuh cari internet..huhu




......


Masa dengar kuliah magrib kat surau bapak telefon semula..




"Emak kena tahan wad. Doktor nak cek lebih lanjut.tak dak sapa jaga mak malam ni.."




......


Chat dengan Munawir..dia dah telefon mak kat hospital..Flight dia ke Yaman kul 3 pagi waktu Mesir..mintak doa dari emak dengan bapak..Semoga selamat semuanya..




...........




11 Julai jam 9.05 minit pagi kakak mesej.




Emak tengah dibedah


Nanti dah keluar aku mesej lain..








Al-Fatihah!

Saturday, July 7, 2012

Ramadhan terakhir di Bainun

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!




Ramadhan terakhir ku di Bainun...(semoga Allah panjangkan umurku ke Ramadhan tahun ni)


Terawih pertama, Surau Al-Ghazali pasti akan melimpah ruah dengan ramainya guru pelatih yang menyambut malam Ramadhan dengan penuh kegembiraan.

Para imam ditempah khas untuk solat terawih yang akan dilaksanakan selama sebulan ini..


Ramadhan yang lepas, kami banyak ke Masjid Ara Kuda dengan alasan, depa solat laju sikit..haha..memandangkan praktikum fasa ke dua berjalan ketika itu..alasannya..RPH tak siap lagi..BBM tak buat lagi...hai la..


Ramadhan tahun ni..aku berazam utk penuh di Surau Al-Ghazali..menikmati detik-detik terakhir di bumi Bainun ini..huhu

InsyaAllah..




Rupa-rupanya ada banyak perkara yang perlu dilakukan untuk menghadapai bulan mulia ini..bukan nya dok saja..heh

Tips ni, jumpa kat FB ust Nik Abduh.Sangat bermanfaat

Menjelang kedatangan Ramadhan al mubarak; 

1) Terus berdoa agar kita dianugerahi kunjungan tetamu agung penuh barakah ini.

2) Rangsangkan dan bekalkan diri seawalnya dengan maklumat Ramadhan dengan membaca tafsir, sunnah al Rasul dan kalam ulama berkaitan kelebihannya. 

3) Mula berlatih sedari bulan Rajab, juga bulan Syaaban ini dengan puasa sunat agar diri lebih bersedia dengan hari-hari puasa yang panjang dan malamnya yang dipenuhi ibadah.

4) Mula memperuntukkan dan menjadualkan masa yang lumayan untuk membaca dan menghangatkan balik hafalan al Quran agar kita terus bercinta dengannya seawalnya menjelang kehadiran bulan al Quran.

5) Mula bangun lebih awal sebelum solat subuh dan nikmati saat hening munajat di hadapan tuhan yang maha pengampun.

6) Mulakan muhasabah diri dengan mengimbau kelalaian diri dan kealpaan lampau semenjak kita meninggalkan Ramadhan lepas dan rasailah kenikmatan menyambut bulan pengampunan yang bakal menjelang.

7) Mula aturkan sebaiknya jadual kehidupan keluarga dengan rangkuman istiqamah solat berjamaah di masjid.

8) Simpan sejumlah wang untuk berbakti dan mengejar kelebihan bersedekah di bulan Ramadhan al mubarak.

9) Berazam untuk beriktikaf, terutama hari-hari 10 akhir Ramadhan. Tiada amalan terbaik saat itu kecuali beriktikaf.

10) Sematkan moto utama perjuangan... 'JAUHI UMNO DI BULAN RAMADHAN'.

Selamat bertemu di anjung Ramadhan. Allahu akbar wa liLlahi al hamd




JOM!


Semoga Allah beri kekuatan


Be prepared!

......


Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.....




Monday, July 2, 2012

SAG

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi
Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI

Pernah ada seorang sahabat mengulas mengenai sajak Pak Lah ini, Aku cari mana dia Al-Ghazali.... 
"tak payah cari jauh-jauh..kat maktab ni ada sebuah..tersergam indah lagi.." hahaha.heh


Surau Al Ghazali..
Sehebat namanya....


Pak Uda selalu buat aku terfikir..Cuba kamu tengok betapa 'izzahnya Al-Gahzali kita..lokasinya sangat strategik..tanahnya pun tinggi..surau kita letak di tempat yang tinggi...



Al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih
Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya



Masa mula-mula masuk maktab dulu..Julai 2007 sampai la sekarang Julai 2012..banyak sangat perubahan yang berlaku..Subhanallah..


Daripada guna karpet hijau kuning sampai tukar ke tile putih
Daripda dinding putih tukar cat hijau oren
Daripada tabir langsir ke papan dinding tukar plak ke langsir semula..
Daripada tak boleh solat jumaat di situ sampai boleh dah solat jumaat sekarang ni..


Allah..macam-macam benda dah terjadi..macam-macam benda dah lalui..


5 tahun setengah hidup bersama surau Al Ghazali..


Masa mula-mula masuk maktab dulu..aku suka bertapa kat dalam surau ni..sorang-sorang pun tak pe. Dulu, surau ni tak berapa nak imarah..jadi kebanyakan waktunya aku akan solat berseorangan di bahagian muslimat...perubahan biah yang berlaku dari Maahad ke maktab buat aku rindu duduk di surau...


Tak lama lepas tu..aku ada geng kalau gi surau..tak janji pung..tapi mesti akan jumpa bila solat di sana..Paling susah nak mujahadah subuh kat surau..Suatu ketika, asrama di pasang grill di semua pintu masuk..Grill akan dibuka hanya pada jam 6 pagi..Turun-turun tangga..sampai depan pintu grill tu,berkunci..kecewanya...Subuh dah la masuk awal..dari kejauhan je dengan imam mengimani makmumnya...


Ada satu waktu, aku batuk dengan sangat teruk. nak katanya, macam sepanjang tahun tu..istiqamah je batuk ni berbunyi..Suatu hari kat kelas, Noh kata "teruknya batuk ko attiq..aku dah taw dah ko gi subuh kat surau bila dengar batuk ni.."


Huh..semenjak tu, tak solat subuh dah kat surau..bukan sebab batuk tu..tapi sebab ada org dah tahu sapa di balik dinding muslimat itu..huh..tapi mana boleh tahan lama sgt tak solat kat surau.........


Sekarang pun masih sama..selepas diarah untuk duduk di luar maktab..tiada peruntukan asrama untuk kami yang semakin membesar..keterikatan dengan SAG tidak terputus..Allah bagi kekuatan untk datang ke program-program yang dianjurkan oleh pihak Badan kebajikan Surau.


Tambah-tambah lagi bila hati ini rasa serabut sangat..memang tak boleh duduk sendiri di rumah..kunci kereta dicapai..SAG yang di tuju..mesti waktu tu, langit akan warna oren..suasana kat maktab yang lengang dan sunyi..bunyi azan magrib bersahutan...dan jadi sangat lega bila pijak kaki ke dalam surau. RASA itu...aura apa ntah..tapi mesti atmosfera nya akan jadi sangat sayu..huhu (ye la..hati serabut kan..)

Muazzin dan imam selalunya akan orang yang sama seperti waktu aku duduk di asrama dulu..Bila lama x menjengah ke SAG dan ke sana semula..RASA itu datang..Tambah pulak bila sohibul qasidah yang jadi imam..huwaaaa..menitik-nitik air mata membasahi telekung rasanya...


Sambung bertapa di surau sampai rasa serabut tuh dah hilang sikit...Terima Kasih ya Allah..


Benda yang akan aku rindu selepas keluar nanti..







Sunday, June 24, 2012

Perempuan dan Fitnah

بسم الله الرحمن الرحيم
 Allahu Akbar!



"Jalan Tanpa Kaki Terbang Tanpa Sayap"

Malam ni, kami terbang lagi..jauh merentas lautan..

.........

Saat gendang dipalu..

"Fafa, tolong tegur adik depan tu.."

"Wawa, cuit mat depan awak tu.."

hai la depa ni..

"Attiq, ko ni macam budak jahat taw x?" izan,sambil tergelak.

"semua yang goyang ko attack.." izan, gelak lagi..

Haha.Inilah tarbiyah namanya..mula-mula memang selalu kena tegur utk biasakan..x gitu? heh

(yang hadcore semua duduk kat belakang..takut jadi gila nanti.kehkehkeh.sambil memantau suasana dihadapan ;)

"Aku kena buat-buat tak layan je benda ni..baru boleh stay still..huh" izan

"Ho la..buat macam first time je dengar benda ni.tak paham maksud..blur..hai la.." aku

"Cuba tengok sahabat-sahabat kat depan tu..elok je duduk menekur..tawadhu' semua..haha"

Tarbiyah..Tarbiyah ;)

Apabila alunan cinta itu menjadi semakin sedap dan masuk ke dalam hati,Ya Toibah je pun..tapi...

"Mungkin kita memang patut lebih banyak mendengar...kan? attiq to izan

hmmmmm, sambil senyum lebar ^_____^ sedap suara~

"Weh,korang buat macam mana tadi masa mula alunan cinta tuh?" dengan excitednya semua orang bertanya sesama sendiri..

"Allah je tahu, apa yang dalam hati.." haha

..........

Terdapat pelbagai tanggapan atau worldview mengenai seorang muslimat. Aku meraikan setiap lontaran yang diberikan :)

"Sayap kiri..sayap kiri..enta orang taw x sayap kiri tu buat cuci najis jah!"- Din,2012

"Muslimat ni duduk dapur je la..tak boleh la asyik nak saing dengan muslimin ja.." Jw,2012

"Muslimat ni kan sudah dididik terbang tinggi-tinggi..tapi jangan lupa utk turun ke bawah semula.." HM,2012
......

"Nampak gaya nya..tak jadi la rancangan kita nak gi ziarah ulama' melayu tu kan..huhu.." izan

"Boleh..tapi tunggu lepas kahwin la..itu pun kalau suami kau jenis orang macam kau..huhu.."


PEREMPUAN, memang Allah ciptakan awak cukup menarik.Tapi, akal awak pendek..berlapang dada lah..mesti nabi sayang :)

Terima Kasih ;)





*Ok! kami nak turun lah ni...