Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Sunday, September 5, 2010

Kau nak aku jadi Pemimpin korang? Sokonglah aku :)

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Saya jumpa ini. Saya suka. Padan muka. heh?


Kalaulah Saya Jadi Pemimpin


Kalau sayalah jadi Tuan Menteri,

saya tak tahu mana nak lari,

sebab saya tahu Allah tanggungjawabkan saya dengan apa yang saya pimpin.

Dan apa harta rakyat yang saya diamanahkan.

Dan kebajikan rakyat yang perlu saya pertahankan.

Dan kezaliman serta penindasan yang perlu saya hapuskan.

Dan Islam yang benar dan sahih yang perlu saya tegakkan.

Tuan Menteri rasa Tuan mahu lari ke mana?



Kalau sayalah jadi Tuan ketua,

boleh beruban saya hari ke hari,

memikirkan sudah terbaikkah khidmat saya kepada rakyat.

Sudahkah rakyat terbela?

Sudahkah yang miskin diberi makan?

Yang muda diberi pendidikan,

yang kaya dibersihkan hatinya.

Yang tua diberi cinta,

dan yang kecil pula sentiasa dibina.



Kalau sayalah jadi Tuan Patinggi,

saya tak tahu jawatan dan harta saya mahu ke mana.

Sebab saya mati nanti, anak-anak dan waris yang takutnya berebutan.

Kerna saya tahu bukan itu patutnya saya wariskan.

Dan saya juga risau melihat di kiri kanan jalan mereka,

tak berumah, tak berdapur, tak belajar,

tak punya hidup seperti saya.

Adakah saya sudah buat apa yang patut saya buat?



Sebab itu saya bukan kamu Tuan Menteri, Tuan Ketua, Tuan Patinggi.

Saya tak mampu berbuat macam kamu.

Tuan-tuan semua memang hebat.

memang amanah, memang kuat, memang mantap.

Tuan-tuan sudah membela rakyat.

Tiada lagi rakyat  miskin tertindas.
Tiada lagi jerung-jerung dan buaya menyiksa mereka tak berdaya.

Tiada lagi tanah peribumi dijual dan digadai.

Tiada lagi anak-anak muda berseronok terbiar.

Islam, Tuan-tuan jadikan sebagai dasar.


Syurga untuk Tuan-tuan... 


Syurga untuk Tuan-tuan... 

Kalaulah syurga itu yang Tuan mahukan...


www.iluvislam.com
Oleh: tajulrijalannuar
Editor: Rasailul Ashwaq



Paham x maksud yang dia dan aku cuba sampaikan? 

Aha..
kamu pandai. ya..yang itu la.





2 comments:

Muna 'Izzah Md Isa said...

woa.woa.woa.woa.woa.woa.woa.woa


haha. lihat. i'm so shocked. woa. haha


aku dh kate, u shud have a blog long time ago. menulis itu satu nikmat, bukan?


waa.. i like.i like.

eh mcm mana nak ckp how teruja aku skang?

ltak la cbox. org mcm aku suke men kat cbox je, kat box kunang2 ni kureng sikit. hahahaha. mksud aku org pemalas mcm aku.


waa. nak promote blog ko arh. hahaha.

bak kata k.fyruz, "teruskan menulis demi kebenaran!"

yeay.

gahahah

SITI NORATTIQAH HJ AZMAN said...

o yea.

teruskan menulis demi kebenaran.

Ya Allah.
bagi jari attiqah tulis benda yg benar2. hati yg ikhlas jugak Ya Allah..aminn.

=D

oi.x yah la excited sgt.