Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Friday, September 3, 2010

Bagaimana Cara SAYA Hidup Untuk ISLAM ?

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!


Allah bagi kita 24 jam sehari. selama yang saya tahu. tak ada lagi yang dapat lebih. semua orang dpat yang sama :)

Tapi macam mana kita nak gunakan masa yang Allah bagi tu dengan sepatutnya? masa yang kita taw tak kan dapat diulang kembali. walaupun ramai orang bercita-cita untuk membuat time machine itu.heh.

Macammana? Bagaimana? 
Itu yang kita nak taw.


Pertama sekali yang penting ialah kenapa kita hidup? bak kata en hasni; WHY??
ini soalan aras tinggi. adakah?

Apa tujuan hidup anda? tak tahu? cuba carik kenapa. dalam Al-Quran sendiri ada menerangkan: Dan tidak lah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada Allah. [51:56] Rasa perhambaan kita kepada Allah. Mari menjadi hamba.


2. Menginsafi nilai dunia ini dibandingkan dengan akhirat.

"Dunia ini adalah penjara untuk orang mu'min dan syorga bagi orang kafir"


3. Menginsafi yang Maut pasti tibakita akan mati hoi!

"Rasulullah SAW bersabda; Aku merasa hairan terhadap orang yang yakin kepada kematian tetapi ia masih terus bergembira. Aku hairan kepada orang yang yakin tentang neraka tetapi dia masih ketawa. Aku merasa hairan terhadap orang yang meyakini qadar ketentuan Allah tetapi masih kecewa. Aku merasa hairan terhadap orang yang melihat dunia membolak-balikkan penghuninya tetapi ia masih merasa aman terhadap dunia. Aku merasa hairan terhadap orang yang meyakini adanya hisab di akhirat tetapi masih tetap tidak beramal(untuk bekalan)"


4. Mengetahui hakikat Islam
  • belajar ilmu agama. dalami ia.
  • gi la duduk dengan ustad-ustad.

5. Mengetahui hakikat jahiliyah.

"Barangsia yang mempelajari bahasa sesuatu kaum ia terselamat dari rencana jahat mereka"


Mari menjadi hamba ^_^




No comments: