IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, September 7, 2010

Cinta Negeriku


بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!





Saya anak Selangor. Bagi sesiapa yang tidak tahu. Gambar di atas ialah Jata Negeri Selangor. Bagi sesiapa yang tidak tahu. Selangor Darul Ehsan. Kalau ini pon tidak tahu. haih.

Saya raya di Selangor kali ini. sebenarnya semenjak dari 21 tahun yang dulu lagi. tak tahu la tahun-tahun akan datang.ikut suami.haha.







Korang kenal makhluk Allah kat atas ni? tak kenal? ish ish.

Mungkin anda bukan orang Selangor. 

Beliau is my inspiration :)

Memperkenalkan YB Dr Halimah Ali :




ADUN N45 SELAT KLANG
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan



Kiranya beliau adalah Exco Pendidikan Negeri Selangor yang baru. Banyak sangat perubahan yang cuba di apresiasikan. Dengan satu motto yang sangat berwibawa saya kira. 

Baldatun tayyibatun wa robbun ghafuur 

Yang bermaksud negeri idaman yang baik,maju,selamat,sejahtera,anggun,unggul, canggih dan dirahmati dan diampuni oleh Allah.


=D

Korang ingat tak pesta buku yang terbesar di Malaysia yang di buat di Tasik PKNS Shah Alam yang lalu. Beliau antara orang kuat yang cuba membudayakan membaca sebagai gaya hidup.

Antara program pembangunan modal insan yang beliau dan crew-crew yang lain giat usahakan ialah S.P.I.E.S. Spiritual. Physical. Intellectual. Emotianal. Social.

Anda pernah ke program terhebat ESQ 165? S.P.I.E.S ni pun ala-ala macam tu la. khusus untuk rakyat negeri Selangor. Program Motivasi yang dapat melahirkan insan yang tahu erti hidup. dan bagaimana untuk terus hidup.


Target yang dipersetujui oleh kerajaan ialah generasi muda yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan remaja/belia. Bahkan sebenarnya ia memerlukan proses pembentukan generasi idaman lebih awal daripada itu, iaitu proses awal pembinaan rumahtangga itu sendiri. wink2 =D

Kemudian fasa rebung ini dilentur dengan pendekatan holistik yang berkesan melalui model pembangunan modal insan S.P.I.E.S.



Visi
Masyarakat Cemerlang yang menjadi model manusia sejagat sebagai masyarakat yang sejahtera, produktif, efektif, maju dan berdaya saing; berlandaskan nilai-nilai spiritual dan moral yang murni.

Misi
Menyediakan program dan latihan yang mengintegrasikan nilai spiritual dan moral bagi melahirkan rakyat yang cemerlang secara holistik
Membina masyarakat yang mempunyai kepedulian sosial dan mesra alam
Melahirkan masyarakat bermaruah dan berkualiti tinggi



Kita ada :

SPIES KANAK-KANAK DAN REMAJA. SPIES IPT. SPIES BELIA. SPIES MASYARAKAT. SPIES KEPIMPINAN. Pasukan Sukarelawan :

Para peserta kursus remaja, belia dan siswa akan diserapkan ke pasukan sukarelawan Briged Amal Selangor:
  • Briged Amal Remaja (13 – 17 tahun)
  • Briged Amal Belia (18 – 25 tahun)
  • Briged Amal Siswa (Siswazah IPT)

Syok kan. saya tak berpeluang mengikuti program ni lagi. tapi Munawir sudah. heh.



GeMS


Kerajaan negeri mahu melakukan transformasi budaya dengan mendahulukan mentaliti masyarakat terhadap masalah yang semakin gawat ini. 


Justeru, melalui sebuah unit yang ditubuhkan khas iaitu UNIT GEJALA SOSIAL di bawah EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN Kerajaan Selangor telah memperkenalkan satu gelombang baru.


Yang mahu mengetengahkan idea positif dengan mencetuskan kesedaran rakyat jelata khususnya kepada ibubapa/pimpinan masyarakat setempat/guru-guru dan juga kepada golongan terfokus remaja dan belia kepada KEPERLUAN MENDESAK membentuk generasi muda ke arah generasi yang efektif dan produktif. Yiha.


Generasi ini akan menjadi modal insan berkualiti yang berdaya membangunkan Selangor ke arah matlamat kerajaan melahirkan SELANGOR NEGERI IDAMAN, MAJU,SEJAHTERA DAN BERKEBAJIKAN.


Ombak jahiliyah dan demam hedonisme serta kecelaruan matlamat hidup menghalang visi Selangor tercapai kerana meleka dan merangsang remaja/belia Selangor menjadi insan liabiliti. 

Justeru, wake-up call untuk semua dengan lontaran panggilan kepada golongan muda menjadi sebahagian daripada GeMS ini diharap memitigasi kerugian tenaga muda/modal insan.


p.s: ayat kat atas ni gempak kan. sedap sangat. tak sampai hati nak ubah. jadi saya kopi pasta jah ^_^


........

Apa macam?? Negeri korang ada ka? *tersenyum bangga*

Kalau nak. UBAH la. 





Oh ya. Anda rasa logo 1 Malaysia ni atau Logo-logo kat atas tu lagi menarik?