IP

Langkah Sederap

Daisypath Friendship tickers

Saturday, September 18, 2010

Al-Fatihah

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allahu Akbar!



rare tak gambar ni?haha



Hajah Sarimah Binti Haji Mohd Tahir.
18 November 1964.

Itu emak saya =D 
Dia nampak sihat kan.Alhamdulillah. Gambar di atas di snap pada hari raya ke 8.
Hospital Ampang ibarat sudah menjadi rumah ke dua untuk emak. Kalau saya balik bercuti saya akan menjaga emak di rumah ini. tapi itu semua cerita setahun setengah yang lepas.

Emak sudah selesai buat rawatan kimoterapi yang berjalan selama setahun lebih. Hanya Allah sahaja yang tahu. Sekarang,emak hanya melawat hospital Ampang 3 bulan sekali atau mengikut tarikh-tarikh yang doktor telah aturkan.

Hari ini emak pergi ke hospital untuk buat bone marrow dengan I.T .Bone marrow tu kalau ikut bahasa kampung,orang kata amek air tulang belakang. Kalau orang kampung dengar.depa mesti marah. sebab depa kata nanti pesakit akan jadi lumpuh bla bla bla. Saya tengok sendiri doktor buat bone marrow tu. pesakit memang tak sedarkan diri. dah pengsan. doktor gerudi tulang belakang ni. bnyi dia memang power la. darah pun banyak keluar. belakang badan emak ada banyak lubang-lubang kesan buat treatment ni. kita kena sapu minyak bagi tak bengkak.

I.T ni pulak. tak taw nama panjang dia apa.tapi doktor akan suntik ubat pada tulang belakang.TULANG.bukan daging.memang sakit.lepas wat I.T kena baring lurus. tak boleh pakai bantal selama enam jam. lepas tu baru boleh gerak-gerak.

.........

Doktor feveret emak ialah Dr Zaki ^_^ (haha)
Muda lagi orangnya.Graduate dari UIA. Kakitangan di hospital ini memanggil emak sebagai 'makcik'. kahkahkah. itu tanda emak sudah tua.

...........

Sekarang, emak sudah boleh memandu kereta semula :) Sudah boleh solat secara berdiri. Siap sudah berjaya buat solat terwih 20 rakaat berdiri.whoa.kejayaan yang awesome. Sayang emak. 

Tapi emak masih penat-penat lagi. Tak boleh bat kerja banyak-banyak. Emak selalu nak ke sekolah semula. Tapi kerajaan bagi cuti sampai tahun 2011. Awal 2012 baru boleh mengajar semula.

Raya tahun ini, adalah raya pertama emak dalam keadaan sihat dan kami semua gembira memandangkan tahun lepas keadaan emak masih tidak stabil lagi. Alhamdulillah Ya Allah.

....


Kalian. doa untuk emak saya. semoga diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang Allah bagi ini. Diterima segala amalannya. Diberkati hidupnya. Matikan kami dalam khusnul Khatimah Ya Allah. Aminn 


Oh ye. Emak sakit Leukimia. Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL). 


Al-Fatihah.











7 comments:

Muna 'Izzah Md Isa said...

hey. aku tak tahu aku sgt perempuan pejadah hari ni.

i cried read this.

ouh. that feeling. i can feel it. deep down inside.

oh man, u're such a strong. like strongest i've ever met. i don't know what would i do if i was in your shoes.

adore your mom's n your strength*


big applause for the efforts. i always know you're strong enough to face all the mehnah.

al fatihah*

Serikandi Islam said...

Alhamdulillah.wanita itu sudah semakin baik.optimis sayang.baik-baik saja insyaAllah.

All is well(kau kena tgk cerita 3 idiotS)

i pray the best for ur mother okay.luv u.muah muah.

Muna 'Izzah Md Isa said...

all is well!! haha. suke!

dah tengok (:

ko virus chan eh? lol

SITI NORATTIQAH HJ AZMAN said...

:)

All is well.InsyaAllah.

Kami dh tgk citer tu chan.hehe

weyh.korang comel bila jd kunang2.hak2. tapi jadi kawan aku lagi cmel. makasih.tsk.

Muna 'Izzah Md Isa said...

attiq suke ada kunang2 di belog die rupenye. ouh.

HAHA. funny one.

Kak Rehan said...

Salam Bertandang dari kak Rehan... Hmm, syafahallah..=)

-Doctor Zaki ada fesbuk tak? haha~ akk gi sepital, sambil assistant doc ambik darah, sambil usha nama, nak add fesbuk, haha~tak senonoh~

SITI NORATTIQAH HJ AZMAN said...

haha.

saya cuba gak nak tanya doc zaki aritu .dia guna nama apa kat fb. haha. tp x dan tanya.

laju kot wifi kat sepital tu.

akak buat bisnes apa kat hsptl?hihi